Sunday, March 21, 2010

Apam Mekar......Akhirnya


Akhirnya......setelah kuciwa, hari ni hatiku berbunga riang. Bukan satu atau dua, tapi SEMUAnya mekar. Ingatkan nak kuciwa lagi hari ni. Bila buka tutup periuk, menyegih je.

Terima kasih buat semua kawan kawan yang bagi tips camne nak bagi mekar ni. Alhamdulillah ada kawn kawan yang tak kedekut ilmu. Murah rezeki diorang. Jemput makan.


Yang ni versi mini cup

Resepi asal boleh tebgok sini.

Bahan bahan

225 gram gula pasir
2 biji telur
1 teaspoon ovallete
250 gram tepung gandum ( Brand Blu Key - Halus dan ringan )
1 teaspoon baking powder
150 ml air soda (sprite)
Choco paste

Cara membuat :

1. Siapkan bekas yang di alaskan dengan cupcake case. Saya gunakan bekas muffin. Panaskan kukusan, biarkan wapnya keluar dengan banyak. (Penting)
2. Pukul telur dengan gula hinggan betu betul kembang dan pekat. ( Bukan berbuih tapi warna bertukar krim atau keputihan). - Sangat penting
3. Masukkan ovallete, pukul lagi. Ayak tepung dengan baking soda. Tuang tepung berselang seli dengan air sprite.
4. Pukul lagi hingga adunan menjadi kembang, pekat dan kental. Bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali, adunan ambil masa untuk jatuh semula ke dalam bekas.
5. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu biarkan warna asal dan satu lagi campurkan dengan choco paste. Kacau biar warna sekata.
6. Isikan mangkuk kertas dengan adunan yang berselang seli hingga hampir memenuhi mangkuk kertas.
7. Sebelum masukkan ke dalam pengukus, pastikan wap keluar dengan banyak. Kukus adunan lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba.





12 comments :

NORAIN said...

wah kak jelesnya tgk apam akak, mekar yg teramat...saya baru je beberapa hari lepas buat apam tp x jd ....sedih btul....ajarkan la sy petuanya kak...tulun tulun...

ni apam apa kak? nak resepi bleh?

ZaiY said...

salam zila..
sayapun tumpang gumbira gak..
sbb tu org kata jgn cepat putus asa kan...nanti leh wat lagi antar kat saya sikit..huhu..

Fiza Nordin said...

mesti bukaknya penutup kukus tu, akak pun tersenyum mekar mcm kuih tu erk...mesti punyelah!!!ade rase cam nak lompat2 kegembiraan tak???hahaha!!!

hazila said...

Norain,
Apam Tepung gandum. Nanti akak letak resepinya. Ini pun dah percubaan kali ke berapa.

hazila said...

Zaiy,
Kalau you duduk dekat, confirm saya gi hantar. Banyak ni.

hazila said...

Fiza,
hahahaha....melompat lompat dari dapur ke ruang tamu. My husband pun tercengang, apa la kena bininya ni.

K.Nor said...

zila... tinggalkan k.nor sorang2 dlm perahu ke? ermmmm mmg dah ada pasang niat nak try tp mood kureng ler.. zila punya apam tu bukan sengih dah tu..dah bukak mulut luas2 :) bak sket

cikmanggis said...

wow!comelnya..sekali pandang cam imbas imbas teddy bear hihi kena cuba ni..

Fa'e said...

eeee...geramnye tengok! mekar setaman dh hah! gabungan warnanya tu menarik la...cute je!

ijan said...

Salam Kak Hazila,
Akak apa khabar? lama tak sempat datang sini...

Cantik betul apam tue... kembang setaman. geram tengok!

mummyseri said...

Salam ..
mmg mekar sungguh apam ni :)
suke tgk..
tak penah lagi berjaya yg mekar mcm ni..

Ummi_R❀salici❀us said...

salam....

terima kasih atas prkongsian resepi ni, saya baru 1st time cuba buat, sbb tgk comel sgt apam ni..hehe n alhamdulillah memang menjadi, mekar sungguh... happy je tengok... cuma saya kurangkan gula je, yg lain suma ikut resepi. thanks again! :D