Sunday, March 7, 2010

Watermelon Smoothie


Dah beberapa hari takde entry, entahlah tiba tiba takde mood pulak nak ambil gambar. Tak masak pun ye juga. Malam tadi keluar dinner kat luar, bawa kamera tapi bila ambil gambar, rasa cam tak kena je, so malas pulak nak letak dalam blog.

Petang semalam ajak my husband pergi Puchong, konon kononnya nak cari satu kedai yg jual pinggan mangkuk.Ada seorang teman blogger yg beritahu pasal kedai tu. Tapi tak jumpa sebab terlupa nak tanya kedainya kat mana. Puas jugalah pusing 2,3 kali dan akhirnya balik cam tu je. Then singgah TESCO Xtra dan kebetulan hujan lebat so kami just berlegar legar dalam Tesco sambil cuci mata.

Tiba tiba ternampak seorang budak lelaki sedang menangis sambil melilau mencari seseorang barangkali.So my husband hantar budak tu ke kaunter, tapi bila pekerja Tesco nak membantu, tiba tiba dia berlari ketakutan. Then a few workers mengejarnya dan akhirnya dapat tangkap that boy. Rasanya beberapa kali kaunter tu umumkan tentang kehilangan anak tapi sampai kami balik masih takde seseiapa yg datang menuntut budak tu. Aduhai, ada juga ibu bapa yg tak sedar anaknya hilang. Leka sangat kot bershopping, mujur takde org yg berniat nak menculik kanak kanak tu, kalau tidak menyesal seumur hidup.

Panjangnya saya membebel hari ni, back to my photo. Tengahari ni tak masak lagi sebab my husband takde kat rumah. Pagi tadi keluar untuk confirm dan bayar deposit untuk Gazebo/Wakaf yang hari tu saya cerita. Balik, singgah makan roti canai dulu sebelum my husband drop me then keluar semula. Since malas masak, saya buat watermelon smoothie, resepi dari Yani kat Myresepi.


* 500g tembikai
* 200ml susu segar
* 100ml plain yogurt
* 3 sudu besar gula
* sedikit hirisan tembikai utk hiasan
* sedkit chocolate chips utk hiasan
* Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
4. Sedia utk diminum :)

3 comments :

Kamsiah said...

minum musim panas mcm sekarang ni...fulamakk...mau tambah 3,4 gelas...

Yat Maria said...

salam Zila..

watermelon smoothie yg bagaikan terasa kat tekak ni..

heran baca mak bapak shopping sambil tak ingat anak..lagi2 sekarang ni macam2 cerita pasal budak..haiz!!

yat

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam hazila..nyamannya tekak dtg sini....hikhik