Friday, March 19, 2010

Tab Tim Grob (Red Rubies)


Teringin nak makan Tab Tim Grob aka Red Rubies ni. Tapi nak kena pergi Thai Restaurants la pulak kan. Tapi boleh makan sikit je, jadi sebab saya ni rasa cam nak makan ulang ulang, lebih baik buat sendiri.

Bahan bahan

Water chestnut - kupas kulit dan potong kiub anggaran 1/4 inch.
Pewarna merah
1/2 cawan tepung ubi
Secubit garam ( jika menggunakan santan)
Santan atau susu segar secukupnya
Gula atau air gula secukupnya
Isi nangka

Cara cara

1. Salut water chestnut denagn pewarna merah, tos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi teung ubi.
2. Salut water cestnut dengan tepung ubi. Goncangkan agar tidak melekat dan untuk asingkan tepung ubi yg berlebihan.
3. Didihkan air, masukkan water cestnut tadi ke dalam. Biarkan hingga ia timbul di permukaan.
4. Cedok water chesnut keluar dan masukkan ke dalam air sejuk. Buat hingga habis.
5. Untuk hidangan, masukkan red rubies tadi ke dalam mangkuk, tuang santan / fresh milk dan air gula.
6. Kalau suka boleh letak isi nangka dan ketulan ais / shaved ice. Sedia untuk dinikmati.

8 comments :

geraugebang said...

Amboi, macam hidangan pencuci mulut kat hotel jeer..

Bangchik said...

Makan ulang-ulang... ada juga orang kata makan runcit-runcit. Kelihatan sangat sedap!

♥LOVE2COOK♥ said...

OMG, I can't stop salivating right now!!! Akak, pass me some! ;)

TREAT AND TRICK said...

Amboi sedapnya, cantik sekali warnanya.....

TK said...

This is my favourite. I ni peminat dessert Thailand. Semua dessert dorang sedap and world famous!Kalau balik Kelantan mmg dpt makan desert sedap2 nih. Kat kopitiam dorang pun ada..

Yat Maria said...

skm zila,

another kesukaan of mine after the thai mango sticky rice..ko nyer sedap, i'm sure...

pB said...

nampak sungguh menyelerakan ...

esh said...

laaa...sng jugak rupanya nak buat dessert ni kan...hehhe

ada can la nak try :D