Sunday, March 28, 2010

Tang Yuan


Semenjak dua menjak ni craving for Chinese Food la pulak...
Resepi saya ambil dari Shen@MyResipi.

Bahan-bahan ( 4-5 org )

* 300g Tepung pulut
* 1/2 cup air panas
* 1 cup air suhu bilik
* Inti - ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
* Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.

Cara-cara

1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya.
4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.

1 comment :

fuzidss said...

nampak mudah ni.. thing! he he