Wednesday, March 31, 2010

Creamy Fettucine


Dah beberapa hari saya berhibernasi. Memang betul betul dalam mood yang teramat malas sangat. Malas nak masuk dapur apatah lagi nak memasak. Entah kena sampuk jin tanah mana entah.....
Spaghetti ni saya masak bila entah, sampai dah tak ingat bila. Inipun guna ready made sauce yang dalam tin tu.Saya rasa dah hampir 3 minggu saya tak beli barang basah. Bila buka peti doraemon pun dah kosong. Sepanjang masa berhibernasi ni, masak ala kadar ada la sekali dua, yang selebihnya beli kat kedai.
Nasib baik my husband tak kisah, dia pulak yang offer nak tolong belikan makanan. Oh adakah saya masak tak sedap? Ada gak saya tanyakan soalan cepumas ni kat dia, tapi biasalah jawapan standard yg dia bagi, " Ala, I sian kat you. Asyik masak je kan. Apa salahnya beli makanan kat luar. Nanti esok esok you masak la balik". Oh mithalinya suamiku.... Seronok juga tak perlu masak ni, balik kerja terus melepak atas sofa tengok TV. Tapi yang selalu jadi masalahnya ialah bila petang je akan ada bual bicara cam ni...

Suami : Nak makan apa malam ni?
Isteri : Entahlah. Nak makan apa ye... Abg nak makan apa?
Suami : I pun tak tau. You bagi la suggestion nak makan apa.
Isteri : Nanti I fikir ye....

Selepas satu jam kemudian....

Suami : Dah ada idea nak makan apa?
Isteri : Takde idea.
Suami : Punyalah lama fikir, takde idea juga.
Isteri : Idea takde, Idea dah lari...
Suami : Lari?
Isteri : Yup. Idea dah lari kepada encik usahawan berjaya.
Suami : ??????? Pening sungguh dapat isteri cam ni.

(hehehehehe.....ini lah akibat selalu dengar iklan kat radio Sinar. Ala iklan TM tu...)