Selamat berhujung minggu....
Oh ya, nama Asam Pedas Daging Tetel Nor Kasih ni takde kena mengena langsung dengan tajuk drama Nur Kasih kat TV tu ye. Sebenarnya saya dapat resepi asam pedas ni dari seorang kawan masa sama sama kerja dulu. Kebetulan nama FB dia Nor Kasih, so saya pun sajalah letak nama dia.
Beberapa kawan kawan lama tu selalu juga bercerita yang mereka pernah makan asam pedas daging tetel yang dimasak oleh kawan ni. So saya pun teringin juga hendak mencuba dan merasanya. Dia cuma beritahu apa yang perlu ada dan saya adjust kuantiti mengikut kesesuaian. Biasalah kan, kalau memasak ni agak susah sikit nak bagi exact quantity setiap bahan yang digunakan, tak sama dengan membaking sebab setiap bahan perlu diukur mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Bahan bahan
500 gms daging tetel - direbus hingga empuk ( saya gunakan PC )
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 sudu makan cili kering kisar
Sedikit belacan
1 sudu makan paste asam jawa
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Daun limau purut
Garam dan gula
Air secukupnya ( gunakan air rebusan daging tetel )
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang besar, serai, kunyit dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan sedikit air rebusan. Biarkan hingga rempah masak. Masukkan belacan, paste asam jawa dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
3. Masukkan daging tetel yang telah direbus bersama sama air rebusannya. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan daun limau pururt, daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Renehkan ia seketika dengan api perlahan supaya semua bahan mesra dan bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.
11 comments :
salam hazila...saya pun suka makan daging tetel masak asam pedas nih...ada daging tetel kat peti ais tengah menungg turn je...hehehe
ayu kan x pernah masak asam pedas selain ikan ...serius x pernah try...jakun betul kan kak...hahaha...mcm mana rasa ek...
WS quinnie,
Rasanya orang Melaka dan Johor je yang familiar dengan masakan ni. Tapi saya suka mencuba pelbagai menu.
Ayu,
rasa cam asam pedas ikan juga.
Kecur dibuatnya sedap cicah dengan roti ni, anta sikit kat dapur akak. Favorite betul!!!!!!
nanty leh try la...buat ngan ayam dulu :)
teringin nak masak begini tapi ntah bila.....
kecur sudah melihat daging tetel ituuu
sedap sedap...
paling syok tengok pics...awesome!!
suka periuk hijau yg. comel tu...dan
mangkuk hijau tu pula sama mcm akak punya... :)
kita suka sangat sambal BALI
assalam Haliza...mohon izin ak00 amek resepi yg best ini...thanks sis
Post a Comment