Thursday, July 28, 2011

Bubur Lambuk


Biasanya Bubur Lambuk dikaitkan dengan bulan Ramadhan.


Masa inilah orang akan memperkatakan tentang Bubur Lambuk Kampung Baru. Saya tak pernah rasa bubur lambuk Kg. Baru, so tak boleh komen apa dan bagaimana rasanya. Tapi yang pasti orang akan beratur panjang untuk mendapatkannya. So mestilah sedapkan....

Bazaar Ramadhan nanti mesti ramai yang menjual bubur lambuk, tapi bukan seperti yang saya sukakan. Biasanya mereka letak lobak merah dan beberapa bahan lain yang saya rasa lebih kepada bubur nasi biasa. Bubur Lambuk yang paling sedap dan paling saya suka ialah yang dimasak oleh jiran sebelah rumah emak di kampung. Dia akan kutip pelbagai daun ulam ulaman di kawasan belakang rumah untuk dicampurkan ke dalam bubur lambuk. Saya boleh makan berulang ulang kali....

Semalam terfikir nak cuba masak bubur lambuk saya sendiri, jadi saya cuba mendapatkan bahan bahan. Saya cuba berjaya dapatkan pucuk paku merah sahaja, cukuplah untuk percubaan pertama.

Bahan bahan 
1/2 pot beras
2 liter air - anggaran
1 inci halia *
3 ulas bawang merah *
1 ikat pucuk paku merah - diambil daun sahaja
3 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya sahaja.
1 sudu makan lada hitam yg ditumbuk
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan

Cara cara
1. Masak beras dengan air hingga menjadi bubur - gunakan Pressure Cooker.
2. Tumbuk halia dan bawang merah hingga hancur. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi bersama sama dengan lada hitam dan  isi ikan ke dalam periuk berisi bubur. Biarkan hingga mendidih.
3. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan santan dan sayur, perasakan dengan garam.
4. Setelah semua sebati dan masak, bolehlah diangkat.


Bubur Lambuk - My First Trial, bubur lambuk saya dah hampir kemerahan sebab saya letak semua pucuk paku merah.

17 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg lain bahan yang akak guna buat bubuk lambuk nie ek...byk benda yang selalu letak dalam BL x der dalam ni...but boley try buat mana tahu kena ngan selera nanty kan

cik cek said...

Menu buka posa sedap ni...emmm..rasa cam esok je nak posa dah..:)

umi said...

salam. memang favorite ni, wajib ada time Ramadhan terutama utk bersahur. Suka buat style Pantai Timur cam ni, cuma susah pula nak dpt pucuk paku merah sekarang. Kat mana hazila cari ni?

hazila said...

Ayu,
banyak daun yang akak tak letak sebab last minute plan. Tapi rasa dia lebih kurang macam yg akak nak.

hazila said...

cik cek,
itulah, makin dekat puasa, tekak makin mengada ngada pulak...

hazila said...

umi,
ws. kat shah alam senang juga nak jumpa especially kat pasar pagi. Saya selalu beli barang basah di Pasar pagi Seksyen 6.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Hazila..
Di sana bubur lambok letak sayur yer...
Kalau disini ltk kekacang spt kacang dhal merah /kuning & daging...

Amie said...

tengok bubur lambuk ni rasa macam dah bulan puasa je...

memang kena buat gak untuk buka puasa....sedap!

hazila said...

Mamahawa,
Bubur lambuk di sini ada pelbagai versi bergantung negeri mana. Ada yang letak ayam dan daging juga.

hazila said...

Amie,
yelah kak, dah rasa macam bulan puasa pulak.

K.Nor said...

tengok bubur lambuk zila ni tak sabar2 nak tunggu bulan puasa. sbb bubur lambuk sinonim dgn bulan puasa kan.. stail k.nor tak suka letak santan tp suka letak budu.. org ganu panggil bubur lambuk gak tp versi pedas sbb letak lada hitam lebih :)

meh nak rasa bubur lambuk zila :)

cplud miera said...

salam kak, aduuuuh, ini sgt sedap. selamat berpose

kasihredha said...

akak pun kalau masak bubur lambuk misti letak pucuk paku merah
tapi skrang susah nak cari

P/S Haliza asal Pantai Timur ke?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

zila.. bubur lambuk style terengganu memang bahan paling penting ialah pucuk paku merah tu atau nama lainnya pucuk midin. kalau takde pucuk midin memang tak lengkaplah bubur lambuk tu. selain tu letak juga daun2 ulam lain yg membuatkan jd lebih wangi & sedap. pemanisnya pulak.. mesti kena ada ubi keledek.. mcm yang kak nor ckp.. bubur lambuk t'ganu kena letak budu sikit.. tp santan pun sy letak jugak.. hehe.. (ada resepi bubur lambuk terengganu kat blog sy kalau zila nak rujuk) pendek kata.. macam yg zila ckp tu.. boleh makan berulang2.. & takkan pernah jemu lagi2 kalau air tangan mak sendiri yang membuatnya. saya pun lebih suka bubur lambuk style zila buat ni.. ada letak isi ikan, lada hitam bagai berbanding bubur lambuk biasa/ bubur moden yg letak carrot dll..

Gee® said...

ermm...sedap bubur lambuk nih...di Kuantan pon BL stail ni juga...kat sekitar kaw rumah akak ada byk pucuk paku midin ni...kalau nk buat BL main petik jer laaa

peacenownhereafter said...

resepi lebih kurang macam mak saya wat. suka2. bila mak saya wat memang tak jemu makan. ni pun online sambil makan bubur lambuk.

tapi mak saya tambah satu lagi sayur. kalo tak silap cekur manis namanya. halia tak letak dan letak serbuk kunyit.

bulan puasa nanti saya tolong mak wat bisnes jual bubur lambuk ni la.

Sha Saperi said...

SEDAPNYA...SALAM KENAL