Tuesday, July 19, 2011

Masala Chai


 Masala Chai @ Spice Tea,

Sinonim dengan masyarakat India, tehnya sedikit pekat dan mempunyai rasa berempah. First time juga minum serta membuatnya sendiri.

Masa surf di internet, ada beberapa resepi yang berbeza dari segi rempah yang digunakan. Ada yang menggunakan sedikit saja dan ada juga yang menggunakan rempah yang pelbagai, so kita boleh adjust according to our taste.

Bahan bahan
2 cawan air
1 cawan susu segar
Gula secukup rasa
1 1/4 sudu makan serbuk teh ( black tea)
2 pcs buah pelaga
2 pcs bunga cengkih
1/2 batang kulit kayu manis
1 pc bunga lawang
1 slice of ginger / halia
A pinch of nutmeg powder

Cara cara
1. Masukkan susu dan air ke dalam periuk, panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk teh, spices dan gula dan biarkan hingga mendidih. Tapiskan ke dalam cawan dan sedia untuk dinikmati.




7 comments :

che'iza said...

Akak... saya dah berberapa kali minum air ni... Utk percubaan yg pertama kali tu... mmglah sedap kat tekak saya... Yang lainnyer... adeiii..

Kak nak tanyer ni... akak dah tapis dah air tu... yg duk terapung tu apa?....

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam kak,
saya tak pernah try minum teh sebegini. pernah buat sekali campur sikit dgn cinnamon powder, tak boleh minum. kalau massala ni, mmg tak pernah try. sedap ke kak?

hazila said...

Che iza,
hehehehe..tu saja letak buah pelaga & cengkih untuk props....

hazila said...

Naimatul,
Ok la juga, lebih terasa rempahnya. Sesekali boleh la cuba tapi kalau selalu tu mungkin tak kot.

Zareene Saifuddin said...

kak, kat cameron pon ada jual masaala tea nih..depa jual dalam bentuk teabags.. just tambah air panas & susu saja..

hazila said...

Zareene,
la ye ke? Tak sempat nak terjah sebab tergesa gesa nak balik. Next time boleh belek belek....

cikla said...

hehhe..cai ...kalau kat qatar ni mmg ada jual susu cair perisa cardamon..so buat teh manis bese, tuang ajer susu cair..memula minum tak suka..tapi bila dah lama jadi fave pulak..