Tuesday, July 5, 2011

Pasta Goreng

 Pasta Goreng Pedas

Ini menu breakfast pagi tadi. Tapi terlebih cili so agak pedas sikit walaupun bagi orang melayu cam akak ni. "Terbako" juga la lidah. Mula mula ingat nak buat Pasta berempah Cajun resepi kak nor tu tapi malas la pulak nak check resepi pagi pagi. So buat ikut apa yang sempat sajalah...

Bahan bahan
100gm pasta - direbus hingga masak, toskan.
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
2 sudu besar sos spaghetti
1 sudu besar cili kisar ( kena kurangkan )
Garam secukup rasa
Sedikit air
100 gms daging ayam - dipotong sais sesuai

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
2. Masukkan sos spaghetti, cendawan dan lobak merah. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan pasta, gaul rata dan biarkan sebentar. Tutup api dan sedia dihidang.


8 comments :

kasihredha said...

wau bestnya
akak suka pasta shell tu..
kalau goreng ..daging cincang masuk dalam shell tu.

Sempat liza masak pagi2 ye..
akak beli je :)

hazila said...

kasihredha,
sempat kak, saya bangun 5.30 am. Masuk kerja pukul 9 am. Drive ke tempat kerja lebih kurang 15-20 minit.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

arrr yg ni selalu buat gak..cepat dan sedap gitew :))

Amie said...

Assalam Hazila,
bestnya dapat sediakan sarapan pagi2 sebelumpi kerja...bijak bahagi waktu!

ijayuji said...

Salam Kak!! Baru beli pasta ni semalam plan nk buat masak mcm niii :D apa rasa ya Kak? Hihihi western dah dimelayukn Dan hasil pedas2 belaka I likeeeeeeee!!!!

quinnie said...

saya suka makan pasta masak ala2 kuah spageti nih...sedapnya...berpinggan2 leh makan..hehehehe

nuwairani ismail said...

tak kisah la masak pedas ke, tak pedas ke, kuah lemak ke, carbonara ke, sy memang suke pasta ni. kalau dpt makan yg kak zila masak lagi best la kot. heheh

cik cek said...

Emmm...sedapnya....lagi pedas lagi best....