Wednesday, July 6, 2011

Puding Jagung Bersos Laici

Puding Jagung Bersos Laici

Kali ini saya buat puding jagung yang lembut dan perlu menggunakan sudu untuk makan. Biasanya puding jagung yang dimakan dengan sos kastad sedikit keras.

Bahan bahan ( anggaran 2 orang, dapat 4 bekas seperti di atas )

600 ml susu segar
2 1/2 sudu makan tepung kastad
4 sudu makan gula
4 sudu makan jagung dalam tin

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
Buah laici segar / tin
 
Cara cara
1. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
2. Tuang sos vailla ke atas puding jagung, taburkan dengan isi buah laici.
 

14 comments :

ijayuji said...

Salam kembali kak zila!! Arrghhhhhhh sgt tensi okeyyy! byk sgt list yg nak kena buat ni kak! mana satu yg nak dibuat dulu kita pun tak tau hihihihi last2 terbongkang lagi best sbb frust hihihi... nmpk nice combination puding tu dgn laici sauce!

ijayuji said...

Lupa nak tanyer akak, jagung yg sebutir butir tu ke atau yg cream kak? berkenan pulak tgk puding akak nii :D

izahdaut said...

woooww sangat elegan dengan cup dessert kiub gituuu.. lawaaa

Mas said...

kak zila...cantik la gelas tu...
menawan......

wana said...

Best...gelas ikea ker?..;)ANEKA RESEPI TERKINI

Amie said...

Hazila sayangggg.... sedapnyalah puding tu wat buka puasa!

KhaiZa said...

Cantik cawan he he
--
JOM ORDER VCO-Untuk Kecantikan kulit-100%dari sumber semulajadi

hazila said...

Ika,
samalah dengan akak, punyalah banyak dalam waiting list tapi tak buat buat lagi. By the way akak guna jagung yang berbiji biji tu.

hazila said...

izah,
selalu guna bentuk bulat je, sesekali tukar segi empat pulak.

hazila said...

Mas,
Thanks

hazila said...

wana,
bukan gelas ikea, gelas beli kat kedai apek je..

hazila said...

Amie,
betul tu, sejuk je masuk tekak.

hazila said...

kHaiza,
hehehehe thanks.

CT Delima said...

As'salam Zila

fav family puding2 macam ni. a'ah kan selalunya kalau buat puding tu ia agak keras sedikit dan mudah dipotong. Tapi tak apalah yang ni mintak dibelai tu yang suruh guna sudu.. hihi