Wednesday, July 6, 2011

Bihun Sup Utara


Salam di hari rabu.....

Sarapan pagi makan bihun sup okay tak?
Sebenarnya saya masak bihun sup utara ni untuk dinner malam tadi. Petang semalam masa sampai rumah lebih kurang pukul 6.15 ptg. Masuk rumah terus tekan suis kat tepi pintu, rasa pelik pulak kenapa kipas dan lampu tak berfungsi. Masa masuk tadi saya boleh je buka gate dengan remote, so saya agak mungkin main suis ada problem. Bila check ok je, lepas tu terfikir mungkin saya terlupa bayar bill electric agaknya.

Then call my husband, cerita dengan dia yang rumah tak ada elektrik. First thing yang keluar dari mulut dia ialah " you tak bayar bill ke?". Ada ka... Then saya keluar, kebetulan nampak maid jiran kat luar. Lepas tanya dia baru tahu yang black out sejak pukul 1 tengah hari lagi.

So saya agak sekejap lagi ok la sebab jarang black out, pernah sekali dua rasanya tapi tak adalah lama sangat. So sementara tu saya rendam bihun, masak sup guna dapur sebab Pressure Cooker tak boleh guna. Pukul 7.30 mlm my husband call tanya dah ok ke tak, saya cakap belum lagi so dia cakap takpelah dia belikan satay dan donut. Saya pesan belikan lilin sebab kat rumah memang tak ada lilin. 

Saya terpaksa tunggu kat luar rumah sebab kat dalam rumah terlalu gelap dan panas. Sampai pukul 8.30 mlm, my husband tak sampai rumah lagi sedangkan dari tempat dia call ke rumah hanya lebih kurang 15 minit saja. Rupa rupanya dia ke hulu kehilir cari lilin, semua kedai kat situ kehabisan lilin, akhirnya dia beli torch light yang agak besar. 

Dan malam tadi kami dinner kat laman rumah dengan bertemankan torch light. Hanya makan satay dengan donut. Electric ada semula lebih kurang pukul 9 malam, so saya sambung masak, tapi my husband dah tak mahu makan. Jadi pagi tadi kena sarapan dengan bihun sup la jawabnya.


Bahan bahan
1/2 packet bihun ( Saya guna EKA, packet hijau )
1 sudu makan serbuk kunyit
Air Secukupnya

Rendam bihun bersama sama serbuk kunyit hingga kembang, anggaran 30 -45 minit ( mengikut bihun yg saya gunakan ). Tuang airnya, masukkan air mendidih dan rendam hingga bihun menjadi lembut. Toskan.

Bahan untuk sup
500 gms tulang lembu
200 gms perut lembu
1 packet rempah sup tulang
1 1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan lada sulah
1 keping asam gelugor anggaran besar 1/2 ibu jari.
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci tulang dan perut lembu, potong saiz sesuai. Masukkan ke dalam periuk bersama sama air secukupnya. Masukkan sebatang sudu stainless steel - Petua untuk lembutkan daging.
2. Rebus hingga empuk, kalau perlu boleh tambahkan air. Keluarkan sudu stainless steel tadi.
3. Di dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi rebusan tulang dan perut lembu. Tidak perlu masukkan minyak tumisan. kemudian masukkan rempah sup tulang dan asam keping.
5. Panaskan kembali, perasakan dengan garam dan lada sulah. Bila sudah cukup rasa bolehlah dimatikan api.
6. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuang kuah dan tambah dengan bahan bahan lain seperti isi daging,perut lembu, jeruk aisin, daun bawang, bawang goreng dan cili.

14 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

terlioq nyer tgk....peberet ayu ni taw...lagik pedas lagik sedap...perhhh...wordless lol

OMG kat japan if theyolls nak blackout mesti kasi notice seminggu awal...kecuali la waktu kecemasan mcm EQ/jishin 11 march...yg tue x terdaya nk buat apa sebab kuasa alam...

hazila said...

Ayu,
kami tak terima notis apa apa pun, mungkin sebab kaw. perumahan akak ni masih banyak yang dalam proses membina next fasa. Mungkin ada technical problem itu yg tiba tiba black out lama pulak tu...

Mieza said...

sedapnya bihun sup utara ni...mieza suka..kalao blk umah mentua mesti mau cari sup ni :)

KhaiZa said...

Sedapnyar...
--
PROMOSI COMBO SET VCO

kasihredha said...

sesekali makan kat laman ok jugak kan...romantik dalam cahaya torch light.
Bestnya mee sup tu...ada sambal lagi :)

cik cek said...

salam Hazila....

Alahai!.dah la kak cek belum lunch...nampak lak menu sup2 ni...memang fav kak cek ni...dpat semangkuk ni bestnya dapat hirup kuahnya...slurp...slurp...fuhhhh...sedapnya....:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalammm...

ehh.. petang semalam pun ada gangguan elektrik kat PJ ni.. tp kat ofis saya tak terkena pulak.. cuma anak sulung yang komplen katanya tengahari sampai ke petang takde letrik & dia kepanasan kat kelas sebab takde kipas.. nasib baik balik rumah letrik ada.. kalau tak payah jugak nak masak & lain2 tu...

tak kisahlah sarapan bihun sup pun.. kalau saya memang tak menolak sbb memang feberet ni.. tambah2 ada sambal merah tu.. mmg terliur dibuatnya..

fuzidss said...

pheww...malam ni my nak pekena .celebrate Amaar birthday Amaar pun baguih ni

Gee® said...

yaw..!! slrupppp....sedapnya hirup sup...

Ayu said...

wah bila nampak bihun sup utara zila ni..teringat kesedapan bihun sup utara yang kita cuba tak lama dulu recipe dari dapur madiha..memanglah sedap ...cuma lain kali kena buat juga cili yang dimaksudkan tu..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Favorite.......anta semangkuk

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sodap ni anta semangkuk ya

ijayuji said...

Salam kak! apa beza bihun2 lain dgn utara ya? nmpk mcm ke arah siam sikit bila tgk chili falke yg akak guna tuuu :D nanti nak try jugaklah! Antara blackout dgn air takde, mana satu yg akak pilih? SATU sahaja.. Kalau kita biar blackout jgn AIR takde seksa woooooo nak basuh itu ini hihihi...

Mas said...

perhhh...mengeliurkan betoi bihun sup tu...
rasa nak angkat jerk semangkuk...