Alhamdulillah, dah sejuk sikit sekarang ni, kalau terus marah marah pun bukannya boleh elok balik kereta tu. Makin sakit hati adalah, so buat buat tak nampak sajalah KECACATAN kat kereta tu. Nanti bila free my husband nak hantar untuk repair. Lagipun masih boleh berjalan kira ok lah juga daripada tersadai kat bengkel.
( Oh ya...ini ayat penyedap hati sendiri)
Hari tu nampak kat bolg Che Iza, dia ada buat Lo Han Kuo Tea, sejenis herbal tea yang kebiasaannya di minum oleh orang orang cina. Hari ni saya kena kerja so lepas lunch tadi ajak my husband jalan jalan cuci mata kat Tesco. Terlupa pulak sekarang ni awal bulan so agak ramai orang, kurang selesa nak membeli sebab kebanyakkan shopping dalam kuantiti yang banyak. Kita ni cuma nak beli 1,2 barang saja, tak tahan nak beratur lama lama. Kebetulan saya nampak buah Lo Han Kuo ni, terus angkut masuk bakul. nasib baik masa sampai kat cashier tunggu sekejap dah boleh bayar.
Bahan bahan
1/2 biji buah Lo Han Kuo
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu
2 Liter air (anggaran)
Cara cara
1. Masukkan semua ke dalam periuk, rebus hingga mendidih. Tutup api dan tapiskan ke dalam cawan sebelum diminum.
Buah Lo Han Kuo
5 comments :
Tak pernah telek pulak buah ni kat tecso tu...len kali buleh la try ni
a'kum kak...saya teringin betul nak rasa air ni lepas tengok resepi dari che'iza...rupanya kat tesko ada jual buah ni...boleh beli nanti...terima kasih sebab kasi tau akak beli kat mana...
Cheq su,
Saya pun tak pernah telek, tapi lepas tengok kat blog che iza baru perasan.
quinnie,
kalau kat shah alam, dia letak sekali dengan bahan bahan kering, ada 4 biji dalam satu packet.
heheheh.... kak... macammana rasa dia.... Akaknyer tea... look nice dari saya punyer... Sebab masa saya rebus haritu... terover boiled.. pulak tu buah lo han kuo yg saya beli tu agak lama... dia jadi gelap..
Post a Comment