Tuesday, July 19, 2011

Miso Soup with Clam, Shiitake Mushroom and Wakame


Hari Ahad lepas dah seharian, dari pagi sampai ke malam makan mamak, so semalam makan yang mild sikit. Saya buat miso soup untuk saya dan goreng ketam dan sambal sotong untuk suami.
Saya pernah nampak beras HUMA yang dijual di pasaraya, pernah tanya my husband macam mana la rasanya.. Dia cakap, entahlah sebab dia pun tak pernah makan. Then dia cakap beli la sikit kalau nak rasa. Nasib baik ada jual dalam packet 1 kg yang berharga RM 6.90. Bukan apa, kalau beli packet besar dan tak kena dengan selera my husband, berapa lama saya nak makan sorang soran kan....

Masa masak nasi tu, memang harum semerbak macam masak beras wangi dan nasinya sedikit melekit. Rasanya sedap walau hanya dimakan begitu saja.


Bahan bahan
1/2 kilo Asari / Clams
4 cawan air
4 pcs small konbu / kelp ( seaweed )
2 sudu makan Miso Paste
1 block japanese tofu - potong kecil
1 sudu makan bonito flakes
3 pcs shiitake mushroom
Wakame - rendam lebih kurang 10 minit
Sedikit daun bawang untuk hiasan

Cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan konbu seaweed dan bonito flakes. Panaskan hingga mendidih, tapis dan ambil stok sahaja.
2. Panaskan stok, masukkan miso paste, kacau sebati dan masukkan asari/clams dan hirisan shiitake mushroom.
3. Masak sehingga asari/clams terbuka dan masukkan potongan tofu dan wakame. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan potongan daun bawang semasa menghidang.

 Miso Soup

13 comments :

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

last week ayu buat miso kani/crab...
sedap nampak miso akak ni...jrng org mesia suka makan miso ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam hazila..

byk benda yg tak berapa kenal dlm ingredient tu... miso paste, wakame.. semua tak tau & tak pernah tengok... nasib baik bonito flakes kenal.. itupun gara2 'gila' dengan takoyaki.. hehe.. mana dpt semua bahan2 tu ye...

Laily Zuwan said...

salam kak.. mane nk dpt miso paste tu ye..saye cr kat jusco..tesco..giant semua xada..

hazila said...

Ayu,
miso soup akak masih boleh terima, sda beberapa dish yang sampai sekarang tak boleh masuk.

hazila said...

Madiha,
dalam peviuos entry pasal miso soup saya ada letak gambar ingidients yg saya gunakan.

hazila said...

Babyhanny,
WS, kebanyakan bahan akak beli dari Jusco especially Jusco Bukit Tinggi Klang, mostly barang ada kat situ. Tapi miso paste kena baca ingredients dulu ye...

che'iza said...

Lama dah teringin nak buat miso sup ni kak... tapi tulah... takut saya sorang2 yg mkn... Apa kata akak bg saya test dulu... rasa... hehheheh

Amie said...

Hazila,
beras HUMA tu padi huma ke? Kalau itu...memang sesuai sgt buat bubur sbb cepat masak, & memang ada lekit sikit ...

Laily Zuwan said...

owh.. jusco bukit tinggi ye.. ok2, saye try cr nnt.. thanks kak!!

hazila said...

che iza,
kalau dekat confirm akak hantar 2 mangkuk. Samalah dengan ahli rumah yg sorang lagi ni, picky eater. susah sungguh...

Mas said...

mas tak pernah makan lagi...
nampak sedapp la kak...

cikla said...

alahai sedapnya miso sup..tapi kat sini tak jupe miso paste!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ok hazila.. nanti saya check previous entry yer.. TQ!