Wednesday, July 20, 2011

Secangkir Nescafe...


Hari ini takde entry masakan sebab malam tadi saya masak menu ulangan, masak lemak cili padi ketam dengan ikan terubok bakar. Dah beberapa kali tayang, so malas pulak nak ambil gambar.

Jadi saya cuma letak gambar menu breakfast pagi tadi. Dah lama juga tak minum nescafe dan makan telur separuh masak. Sebabkan dah lama tak buat telur separuh masak, pagi tadi cari bekas untuk buat telur separuh masak tu tak jumpa. Rasa macam baru je nampak, tapi bila nak buat, tak jumpa pulak. Jadi kena buat the old fashioned way la...

Saya dan suami kategori "Tea Person", sebab selalu minum teh berbanding kopi atau nescafe. Tea bags memang sentiasa ada, so kalau teringin nak minum nescafe sesekali, baru beli packet yang kecil sekali. Memang sedap bila minum naescafe tapi saya tak tahan sebab lepas minum mesti berpinar pinar je mata.

Half Boiled Eggs

21 comments :

Nuridah said...

Secangkir nescafe...haha...kak nur pun nak kedapur nie...nk buat nescafe...telur 1/2 msk pun ada...kak nur pun suker giler...sedap....slurppp terus hilang.

chikadakbiru said...

breakfast simple nih...tp penuh khasiat...hihihi

cik cek said...

Kak cek dtg ni....nak joint breakfast...emmmm...simple n nice breakfast....:)

che'iza said...

Sedap ni kak... Kenlak ada serbul lada sulah n kicap sikit.... wahhhh terangkat woooo.....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

OMG terubok bakaq????
fav ayu itu...lamanyer x makan terlioq dah...uwaaa

pB said...

biasa telur half boil ni pB makan di bulan ramadhan (bersahur)

Amie said...

teringat masa dulu2...sewaktu suami ada projek ayam telur...selalu dpt makan telur separuh masak telur ayam baru...terasa2 likat dan warnanya yang oren cantik serta ada rasa lemak2 asin.....bukan masin

eni osman said...

salam hazila...suka masuk blog ni..tengok gambar cantik cantik...pandai tuan punya blog ambik gambar.pakai kamera apa tu?..i like...tahniah...:)

hazila said...

Kak Nur,
Nak ajak kak nur breakfast sekali pun, nescafenya dah habis.

hazila said...

chikadakbiru,
yelah, kalau tak asyik nasi lemak atau roti canai je...

hazila said...

cik cek,
breakfast dah habis, kita dinner sama sama je lah...

hazila said...

che iza,
terlupa nak letak kicap dengan lada sulah masa nak shoot.

hazila said...

Ayu,
akak selalu juga masak terubok bakar sebab ada org tu suka sangat...

hazila said...

pB,
oh ya ke? Saya selalu sahur makan yg simple je, jarang sangat makan nasi.

hazila said...

Amie,
bestnya dapat makan telur segar. Masa macam kat kg.

hazila said...

eni osman,
Thanks for the compliments. Masih bertatih lagi, saya guna canon eos 500D + micro lens.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

weh...mak ai puasa ni, sedap kalau dapat seteguk masa buka nanti

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

samalah dengan saya & husband... lebih suka teh berbanding nescafe.. kengkadang beli nescafe botol paling kecik pun sampai jadi keras kejung dek terlalu lama terbiar & tak diguna.. hehe.. tapi kat ofis saya minum juga nescafe sebab nak hilangkan ngantuk.. hehe.. alhamdulillah.. takde apa2 alahan bila minum nescafe.. ada org pening2 kan.. tp saya ok jer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ehh lupa nak komen pasal telur separuh masak tu.. kalau sy mkn telur separuh masak tu mesti nak ada kicap manis & lada sulah sikit...

kasihredha said...

tak tahan melihat telur separuh masak itu... sedapnya makan dgn kicap

saripah bakar said...

kalau berpinar - kena ceck darah tinggi tu...