Monday, July 11, 2011

Passion Fruit Iced Tea

 Passion Fruit Iced Tea

Salam pagi Isnin,
Letihnya badan hari ni, mata terasa kuyu semacam saja.
Inilah akibatnya kalau buat kerja "gila".

Actually saya ajak my husband balik Pahang hari sabtu lepas, my husband cakap ok juga sebab dah lama tak balik tapi lepas pergi majlis kenduri kahwin. Sebenarnya ada jemputan majlis perkahwinan di Bukit Jelutong hari sabtu so kami planned lepas habis makan kenduri terus balik Pahang, lagipun kami masih kerja hari sabtu tu. Jadi malamnya saya dah kemas semua pakaian dan esoknya kami pergi kerja dengan kereta my husband saja sebab malas nak balik rumah semula.

Sempat dengar berita di radio pasal banyak sekatan jalanraya dan ada sesetengah jalanraya yang sudah ditutup dari dilalui, baca status kawan kawan saya di FB yang tersangkut hampir 4 jam untuk sampai ke Tol Gombak dan ada yang keluar selepas subuh untuk balik Pahang. So my husband dah berbelah bagi nak balik ke tidak sebab tak sanggup nak sangkut berjam jam dalam keksesakan jalanraya. Lastly dia cakap, kita pergi dulu makan kenduri, lepas tu baru kita decide nak buat macam mana.

So kami pergi makan kenduri, elok keluar dari dewan, hujan pulak turun. So saya tanya macam mana, kalau tak pasti jalan ok ke tak lebih baik kita balik rumah dan lepak depan tv je. Tiba tiba my husband tanya, nak tak pergi Cameron Highland? Hah! Biar betul.... mana sempat nak booking Hotel atau Homestay ke... Tapi my husband cakap, kita pergi je, lagipun sekarang bukannya cuti sekolah atau public holiday. Mesti ada bilik kosong.

So kami pun terus menghala ke utara, my husband drive slowly sebab tak rushing katanya. Kami tak naik ikut exit Tapah tapi ikut exit Simpang Pulai sebab kawan my husband pernah cakap jalannya lebih baik dari ikut Tapah. Siap berhenti R&R Tapah, lepas tu naik Cameron Highland dan sempat singgah merata sepanjang perjalanan. Sempat berhenti minum teh lagi, sedangkan kami belum ada bilik penginapan lagi. Bila sampai dekat KEA Farm dah hampir pukul 6 ptg dan tiba tiba traffic tak bergerak. Ingatkan mungkin sesak sikit dekat KEA Farm tu tapi bila lepas KEA Farm pun masih tak bergerak. Hairan juga, lepas tu ada 2 kali ambulans datang dari aran bertentangan, so kami assume ada accidents kat depan.

Bayangkan dari KEA Farm ke pekan Brinchang ambil masa lebih dari 1 jam 30 minit. Hari dah makin gelap tapi kami belum tempah bilik lagi, saya dah risau dan call setiap nombor telefon hotel/resort/homestay yang ada kat papan tanda sepanjang jalan tapi semuanya penuh, dari standard room sampai Deluxe room. Nak google kat internet, line dah la macam siput khinzir. Sudahlah, tak kan nak tidur kat Masjid atau terpaksa balik malam tu juga.

Sampai pekan Brinchang dah hampir pukul lapan, saya terlupa yang malam minggu ada Pasar Malam di pekan Brinchang dan kekesakan disebabkan oleh pengunjung yang parking kereta di sepanjang jalan untuk ke pasar malam. Kebetulan ternampak beberapa hotel kat situ. Saya call, semuanya penuh. Last hotel yang saya call tu pun penuh tapi dia cakap cuba call hotel ni, mungkin ada. So saya call dan dia cakap cuma ada satu bilik saja berharga RM250. My husband cakap, book jelah. Tapi receptionist tu cakap tak boleh book melalui phone, kami kena register. So terpaksa parking jauh dan berjalan kaki dengan high heel untuk register. So kami terus ambil kunci dan naik bilik dan tunggu pasar malam habis baru turun ambil kereta untuk parking berdekatan dengan hotel. Inilah akibatnya kalau main redah jer....

Malam tu kawan my husband called cakap ada kerja yang perlu disiapkan sebab nak submit hari Isnin. Adoiiiii baru je nak berehat. So bangun pagi, pusing KEA Farm dan pasar pagi di Brinchang, beli barang serba sedikit dan kami turun balik ke Shah Alam lebih kurang pukul 9.30 pagi. So takde la nak pergi Strawberry Farm ke, Tea Plantation ke atau mana mana tempat. Orang lain pukul 9.30 pagi baru nak keluar hotel nak berjalan jalan di Cameron Highland, kami dah siap nak balik.... Sampai rumah, rehat sekejap then my husband pergi office dia. Oh letihnya uplanned trip yang ntah apa apa ni......


 Fresh Tea Leaves

 Passion Fruit @ Markissa

5 comments :

Cheq Sue said...

Kak zila... kalau weekend memang sesak napas la kat CH ni... saya aritu balik kg dalam perjalanan banyak kereta tengah naik.. dengan basnya...keretanya...tak sanggup!!

ijayuji said...

Salam Kak! Bagusnyer unplanned trip to ch tuuu Klu laki kita tak Ada buat booking apa ke mmg Jgn Hrp dia nk pergi desuka ati huh! Tp Dlm penat seronok tak Kak? Kita suke Kak sbb berdua jerr wakakaka..... Tea+passion fruit mmg terbaikkkkkkkk!!!! Klu kat coffeshop biasanyer kita order iced tea with passion fruit n manggo mmg sedap!

hazila said...

Cheq sue,
itulah pasal sebab dah lama tak panjat CH so suka suka main redah jer. Padan muka sendiri...

hazila said...

Ika,
My husband jarang sangat plan nak pergi bercuti sebab bila plan selalu je tak jadi. Tapi sebab kami berdua je ok la, kalau ada ramai budak budak dan ada baby jangan cari pasal main redah jer....

::Azura Rahman:: said...

salam kak..

kalu dari Kuantan nk ke CH blh lalu jalan Sg Koyan, Raub.. dekat sgt2.. zura pon tgh nk plan ke sana padahal dh berkali2 ke CH.. seronok sgt..