Monday, June 27, 2011

Sup Cendawan Tiram


Selain Sambal Bali Ayam, saya buat juga sup cendawan tiram dan juga Terubuk bakar.

Saya pernah makan sup cendawan tiram ni di satu restaurant dan yang paling saya ingat ialah dia letakkan daun limau purut dalam sup tu. Mula mula rasam cam pelek je sebab tak pernah masak sup letak daun limau purut. Tapi bila dah makan rasanya sedap la pulak.


Bahan bahan
1 packet cendawan tiram
1 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit garam
5 cawan air - anggaran
Sedikit daun sup untuk hiasan

Cara cara
1. Cendawan tiram di siat kepada sais yang sesuai
2. Mayang bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan mayang hingga wangi.
3. Masukkan air dan cendawan tiram. Kemudian masukkan serbuk pati ayam, garam dan daun limau purut.
4. Biarkan hingga mendidih. Tutup api, taburkan daun sup semasa menghidang.


14 comments :

Cheq Sue said...

Hazila...mengancam je nampak sup tuh... sy pun dah ada beli cendawan ni...nak masak jugak la petang ni

Gee® said...

waa zila...sedap nmpak sup nih...kalau makan dgn bihun pon sedap nih ala2 tomyam gitu kan... yummy

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam hazila musim panas ni memang sesuai makan sup.Kak Ros buat sup timun tua 2 hari lepas.

Amie said...

pernah makan sambal bali dgn ayam panggang bali di bandung...berasap telinga! pedassss....

Yat Maria said...

simple pleasures...ai loikee!

Anna Qawina said...

ting tong..dtg tadah mangkuk..ada lg? hehe..suami saya suka le menu cendawan gini, saya je kurang..nak masak punb kurang ghajin..hehe

Mommy Ummar said...

salam..
nampak best sup ni wpun simple je resepi nya..
agaknya kalau tambah wakame (rumpai hijau jepun) tu best kan, sbb kalau sy buat maggi sup yg sempoi tu saya tambah wakame (beli yg kering kt jusco, masuk dlm sup kejap di kembang), sedap ;)

hazila said...

Sue,
Simple dish, dah tak tau nak masak apa. Sup pun sodap.

hazila said...

Gee,
ok juga idea tu kan. Bihun sup cendawan. Sedap bunyi ya tu...

hazila said...

Puan Ros,
Saya belum pernah cuba buat sup dengan timun tua. Pernah masukkan dalam asam pedas ikan.

hazila said...

Amie,
Sambal bali yg ni tak pedas sangat, biasa biasa je.

hazila said...

Yat,
sehari dua ni takde idea nak masak yg complicated.

hazila said...

Anna,
Alahai lambat datang la, periuk pun dah basuh.

hazila said...

Ummu,
WS, saya ada juga beli wakame kat Jusco hari tu. Ingat nak buat sup miso sup lagi.