Apricots & Cheese Gratin
Sebab semalam saya tak masak untuk dinner, balik rumah boleh teruskan agenda yang tergendala beberapa lama. Resepi dari Majalah SEDAP. Resepi asal menggunakan apricots dalam tin, since saya jumpa fresh apricots yang manis, jadi saya gunakan yang fresh.
Bahan bahan
9 biji buah apricots - belah 2 dan buang bijinya
300 gm krim keju
75 gm mentega tawar
1/2 sudu teh garam
150 gm coklat masakan putih - cairkan
Biskut kelapa/digestive biscuits - hancurkan
Cara cara
1. Susun apricots di dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu nipis mentega dengan keaadaan bahagian cekung ke atas.
2. Pukul krim keju, mentega, garam sehingga lembut. Masukkan coklat masakan putih dan pukul sebati.
3. Tuang ke atas apricots tadi. Taburkan biskut sehingga rata permukaannya.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga biskut kecoklatan.
5. Hidangkan suam.
Selepas kena 'tebuk"...
Fresh Apricots
6 comments :
Ya Allahhh tak tahannnnnnnnnn!!!!! nampak sedap giler! mieza mesti cuba! Suka sgt! TQ share recipe :)
agaknya mana lebih sedap... aprikot dlm tin atau yg fresh... sebab lidah dah biasa yang dalam tin...
kalau ganti apricot dgn apple boleh tak?
menarik n tertarik...
Hazila, mengancamnyaa....ringkas dan mengenyangkan...senang keje kan..hehe
menariknya.nak...nama pun glamer :D
Post a Comment