Sunday, January 24, 2010

Tiramisu


Hari ni mari kita makan Tiramisu


Bahan Bahan

400 gm Biskut Ladyfingers
500 gm Keju Mascarpone
300 ml bancuhan kopi
120 gm gula
4 biji telur
Serbuk koko untuk hiasan

Cara cara

1. Pukul kuning telur, gula di dalam bekas sehinggan gebu. Masukkan keju mascarpone dan kacau dengan lembut hingga sebati.
2. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga soft peak, kemudian masukkan ke dalam campuran keju dan kuning telur tadi. Gaul sebati.
3. Celup biskut lady fingers ke dalam bancuhan kopi, susun dalam bekas yg sesuai.Susun biskut hingga membentuk satu lapisan.
4. Tuang campuran keju hingga menjadi satu lapisan. Ulang proses hingga selesai.
5. Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam. Sebelum hidang, taburkan dengan serbuk koko.

8 comments :

pB said...

umah kat mana??

teringin gak nak gie makan makan kat umah zila nie ..

hi hi hi

hazila said...

pB,
Saya kat Shah Alam, jemputlah nak datang pondok buruk kita.

pB said...

hik hik hik

pB pun kat shah alam gak ...
sekampung ruper nyer kitaaa

hazila said...

pB,
Oh ye ke? Cam tu boleh lah jumpa sambil bergossip... (buat dosa je kan)

openid said...

Sedapppnye kak Zila,
Kite lama benar teringin kan tiramisu neh.tak boleh jadi kena uat gak nie..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...

Saya suka idea akak masukkan tiramitsu tu dalam gelas cam gini...
Tanya satu...Tiramitsu ni tak yah masak yaaaa...? so telur tu kira mentah² lah ya kak?

Anonymous said...

kalau xnak gune mascarpone cheese tu boleh x akak?

Nur Faziha said...

akak... mana nak dapat ladiesfingers..? saya dah puasss cari.. tapi tak jumpa.. uwaa! hari tu buat pakai sponge cake, tapi end up basah sangat.. uwaaa!!