Friday, October 30, 2009

Thai Beef Noodle Soup

Semalam masak simple je untuk dinner. Bukan la sebab saya ni nak diet ke apa, tapi sebab pertama, tak tau nak masak apa dan sebab kedua, saya dah bantai makan Burger McD ngan husband sebelum balik rumah. Tapi balik rumah masak la juga soup ni, bukan apa takut bila dah malam nanti, dua dua pakat kebuluran la pulak. Pagi tadi pun breakfast dengan benda yang sama. Ha... kan dah jimat tu.

Bahan bahan

500gms tulang lembu
1 labu bawang besar - dibelah 2
1/2 batang carot - dipotong kepada saiz sesuai
2 cm halia
2 biji bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih
Air secukupnya

Cara membuat stock
  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam periuk tekanan (PC). Ikut arahan PC masing masing. Kalau ada function untuk 'MEAT' tekan dan tunggu hingga masak.
  • Tapis untuk ambil sup sahaja. Masukkan ke dalam periuk lain. 
  • Panaskan dan perasakan dengan garam dan sos ikan. Renehkan dengan api perlahan.
  • Kalau suka mee boleh gunakan mee dan kalau suka bihun, celur bihun dan toskan.
  • Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan taugeh, daun ketumbar, cili merah potong dan limau nipis yg dipotong baji.
  • Tuangkan stock/sup tadi ke dalam mangkuk bihun tadi.
  • Kalau suka boleh makan dengan cili kicap tapi Thai version, mereka gunakan sos ikan dan nuoc cham (sejenis sos pencicah).

4 comments :

Watierman said...

Simple but nice...memang kadang2 ada perut yg nak di isi lagi ...menjelang lewat malam...

hazila said...

Kak Watie,
Ye lah kak. Kadang kala tengah malam pun perut minta diisi.

Anonymous said...

sedapni.. tambah2 ade daging lak tue... i memang bau je kalo daging2 nie..ni yg cepat2 datang nk bekpes ni.hehe

hazila said...

Ijan,
meh la kita bekfes sama sama. Tapi menu yg lain lah ye...