Thursday, October 15, 2009

Makan Luar

Hari ni sibuk sangat sampai ke petang. Sebelum balik, saya tanya my husband nak makan apa untuk dinner. Dia cakap tak payah masak, nanti dia tolong masak. Terkojuit beruk makcik dibuatnya, maklumlah my husband ni bukan jenis yg suka ke dapur. Rupa rupanya dia masak kat luar, dah agak pun. Dia ajak cuba makanan kat restoren Jom Lepak Cafe milik Pelakon Syed Aiman dan Linda Rafar tu. Ini kali pertama saya cuba makanan kat sini walau dah agak lama dia beroperasi.

Orang tak ramai pun, masa kami sampai ada 3 org yg dah lama dok kat situ. (Berdasarkan gelas kat atas meja). Malas nak makan nasi, kami cuma minta Bihun goreng dan Mee hailam. Servis agak perlahan sikit. Mee Hailam saya tak habis pun sebab agak tawar pada deria rasa saya.

Semasa entry ni ditulis, perut saya tengah menjerit minta diisi sebab masih terasa lapar. Nak masak dah malas, jadi saya nak pergi selongkar dalam kabinet cari apa yg boleh saya kunyah....

9 comments :

Anonymous said...

Ala ciannye.. rupa paras dah elok rasa pulak kurang.hehehe... kunyah la kak apo yg ado... hehhe

Fiza Nordin said...

kat area mane cafe depe ni kak?kat area "bagus" ke? alahai sunyi je cafenye...

Azita Zain said...

x cuba x tau, dah cuba boleh buat penilaian samada lain kali nak dtg lagi ataupun tidak.....hehehe. mee segera mmg sedap kalau dah lapar...!

kucingorengemok said...

artis² ni agaknya bukak restoren asal boleh... duit dah lebih, nak buat bisnes, tapi masak tak reti (pepandai je komen)

hazila said...

ijan,
masa sampai mee tu cam sedap je. Tapi bila makan, mee dia terasa kapur yg agak kuat. Terbantut selera akak....

hazila said...

Fiza,
Dekat dekat situ juga, satu row dengan MAMA KITCHEN. Memang sunyi sepi.

hazila said...

Kak Ita,
Tukang masak dia yang lama tu lari kalau tak silap. Lama juga dia tak beroprasi, saja nak cuba kan...

hazila said...

Lee lin,
Sekarang trend artis buka restoren. Tapi kadang kala tu, masakannya tak berapa nak kena kat tekak la...

nazhahmad said...

untuk makluman akk..restoren tu dah pun tutup..sy pernah makan disitu waktu belajar, sy paling suka asam pedas ayam mereka..mmg dimasak dgn cukup rasa dan rempahnya..yg penting..ala Johor..