Monday, October 26, 2009

Nasi Impit Kuah Kacang & Meat Balls

Ini kira fusion habislah... Teringin nak makan nasi impit kuah kacang lepas tu letak ayam atau daging. Tapi memandangkan takde stok ayam atau daging sebab semalam tak pergi pasar, saya masukkan meatballs balance buat spagetti tempohari. Ye lah kan, tak elok membazir.... Resepi kuah kacang saya refer pada resepi Dayangjack@MyR. Saya kopipes je..... Cuma saya masukkan meatballs.

Bahan bahan
  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya
  • Meat balls

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan meat balls.
  5. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
  6. Hidangkan setelah masak.

8 comments :

bintangku said...

menjejes ayaq lioq... hu hu hu... nak jadik jiran leh tak? hari2 leh dpt mkn sedap kan? heh heh heh

hazila said...

Boleh boleh... sebelah rumah tu padang. Kena buat rumah dulu la ye.

LOVE said...

Nasi impittttt!!! Adey!! Love suka sgt kat dia tau! Sll cari kat Bazaar Ramadhan, klu tak susah nak dptnya! ;) Dengan rendang ayam, uish uish uish! Sedap tak terhingga!

geraugebang said...

hebat tu, kuah kacang ada meat ball. mesti kacang-kacang tu terkejut. he he he

Watierman said...

Ini memang betul2 fusion....sedap tak!!!

hazila said...

Love,
Nasi impit tu yg ready made jenama NONA.

hazila said...

Kak Gerau,
Bukan setakat kacang je terkejut, perut tuan rumah pun dah konpius.

hazila said...

Kak watie,
hehehe...rasa cam kuah kacang biasa tu je. Cuma agenda nak menghabiskan meeatballs sebelum xpired.