Tuesday, October 13, 2009

Beancurd Dengan Isi Udang

Resepi asal guna isi ketam, tapi saya malas nak kopek ketam jadi tukar dengan isi udang. Ada bahan bahan yg tak letak sebab takde.

Bahan bahan

2 batang tauhu telur
30 gms isi ketam
10 gms lobak merah - dihiris halus
3 keping cendawan hitam - dihiris halus
200 ml air
Garam
1 sudu besar sos tiram
Lada putih
1 biji putih telur
1 sudu teh stok ayam (granules)
Sedikit campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Cara-cara
  • Panaskan minyak, potong tauhu kepada saiz yg sesuai. Goreng hinggan kuning keemasan dan ketepikan.
  • Panaskan air dalam kuali, masukkan lobak, cendawan hitam, isi ketam, garam, lada putih, sos tiram dan sedikit stok ayam. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan putih telur dan sedikit campuran tepung jagung. Kacau rata.
  • Tuangkan ke atas tauhu dan sedia dihidang.

2 comments :

Watierman said...

Dah lama tak beli taufu telur...sedap jugak..ni...kalau ratah cam tu aje pun sedap!!

hazila said...

Saya pun dah lama masak tauhu. Kalau makan luar selalu order sizzling tofu.