Wednesday, July 13, 2011

Sayur Buncis Goreng Udang


2,3 hari ni badan rasa tak bermaya saja, rasa malas lebih banyak dari rajin. Mungkin sebab cuaca yang agak panas dan udara yang sedikit berjerebu.
Pagi semalam saya sempat ke pasar sebab barang basah memang tak ada di rumah. Tapi bila balik kerja semalam, rasa macam malas nak memasak. Kebetulan my husband pun tak berapa nak berselera nak makan, jadi saya memang masak sesimple yang mungkin.

Jadi saya masak sayur goreng buncis dengan udang, ada sayur dan lauk sekali. Senang kerja saya. Rasanya seminggu ini menu kat rumah saya akan penuh dengan sayur sayuran sebab nak kena habiskan stok sayur yang beli di Cameron Highland. Nak sedekah kat jiran sebelah rumah pun rasanya dah 2 bulan dia tak jengok rumahnya.

Jadi sila jangan muntah hijau kalau asyik menu sayur je yang keluar lepas ni.




 

5 comments :

Amie said...

selamat pagi Hazila,
sedapkan makan sayur kacang buncis panas2...rangup & manis!

Nuridah said...

Pagi Zila,

suka sayur gini goreng bersama udg...nasi panas2....shedappp...akak nk sepinggan???

Gee® said...

Zila... fav k.gee kacang buncis tuh.. yummy!!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x per menu sayur pow sebab boley ayu masak gak...owg diet katakan...ngeee

kasihredha said...

kalau ke CH rasa mcm nak beli semua sayur2 tu kan...segar2.

dah kira seimbang dah ni...ada sayur & udang :)