Saturday, January 23, 2010

Sup Ikan Merah


Dah lama tak masak sup ikan...

Malam tadi cuma masak sup ikan je. Sedap juga hirup sup panas dan makan dengan nasi putih.

Bahan Bahan

Sebelah kepala ikan merah - dibersihkan dan di tos
1 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris nipis
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
Sedikit lobak merah
Sedikit bunga kobis
2 biji kentang - dipotong saiz yg sesuai
1 kiub ikan bilis
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Air
Sup bunjut

Cara cara

1. Tumis bawang besar, putih, halia dan rempah penumis hingga naik bau.
2. Masukkan air,sup bunjut,kentang,lobak merah dan kiub ikan bilis. Biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan kepala ikan merah dan kobis bunga. Kacau perlahan, perasakan dengan garam.
4. Jangan biarkan ia mendidih terlalu lama kerana isi ikan akan hancur. Penting menggunakan ikan yg segar.

3 comments :

umiyumi said...

sedapnya sup ikan ni. dulu2 kalu mak umi buat mesti kering kuah kena hirup.. slurrpp

Anonymous said...

kite pon lama mengesup ikan ni... sedappp pulak makan ratah ni.

Nukilan ida said...

Taktaula nak masak macamana.. Tapi hubku suker... Mcm masak sup biasa yerk???