Masa nak balik dari Teluk Batik ke Shah Alam, my husband ikut jalan biasa, tak ikut Lebuhraya Utara Selatan. Jadi kami melalui beberapa pekan. Yang kami melalui kawasan yang dipenuhi dengan tanaman kelapa. Boleh nampak pengusaha kelapa kering dan sabut kelapa.
Bila melalui Tanjung Karang, boleh nampak sawah padi yang agak luas dan terbentang jauh. Padi dah mula masak dan ada sesetengah pesawah yang sudah mengambil padi masak.
Bila melalui kawasan kampung, memang besar je biji mata menengok orang menjual pelbagai barang di sepanjang perjalanan. Terutamanya buah buah mangga, kelapa, jagung dan ubi keladi. Apalagi, bila nampak buah mangga je, secara otomatik saya akan suruh my husband berhentikan kereta.
Salah satu perkara yang menjadi tarikan kat Sungai Besar/Tanjung Karang ialah Siput Mentarang. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada orang menjual siput ni. harganya bergantung kepada saiz.
4 comments :
mangga 1 kilo singgit? confirm suami saya berenti dan penuhkan bontot kete... haha
Biar betul harga pelam tuh! satu hengget jer??? manyak murah neh!
Wah..nak kena gi ke area Perak lah kalau cam tu....murahnya mangga tu...
Kak Watie,
Mangga tu kat Sungai Limau, Sungai Besar Selangor. Kalau dari Penang, jauh juga dan ikut jalan lama.
Post a Comment