Wednesday, July 8, 2009

Kurma Telur


Resepi saya ambil dari blog Kak CT Delima. Dah lama bertangguh nak masak ni, tapi akhirnya malam ni saya buat juga. Dah tak tau nak masak apa, jadi apa salahnya mencuba. Sedap pada deria rasa saya. Seperti biasa, saya hanya buat sebahagian dari resepi dibawah.

Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus dan dibuat belahan sedikit supaya serap rempah.
3 biji kentang - dikupas kulit dan di belah 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan halus*
3 sudu besar rempah korma
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 biji lada hijau - dibelah dua
sedikit rempah tumis
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk bersama bawang hiris, daun kari, dan rempah tumis. Goreng sampai naik bau dan masukkan rempah kurma, gaul rata.
2. Masukkan air dan juga kentang, biarkan mendidih sampai kentang empuk.
3. Masukkan santan pekat, telur, lada hijau, garam dan sedikit gula. Tunggu mendidih dan perasakan boleh ditutup api.

6 comments :

blogresipi said...

Pajeri telur lama betol tak makan.. pernah mah kite buat skali dulu, tah camane terhangit plk.. kena perli ngn ayah, lepas tu dia tk buat langsung dah.hehe

hazila said...

Mesti terbantut niat bila kena perli. Takpe, anggap sebagai cabaran.

Chik Mi said...

dah lamaaa tak buat kurma teloq ni yes ni tak tau nak masak apa leh buat menu ni

hazila said...

mimi, hehehe...ni kes tak tau nak masak apa la ni...

geraugebang said...

biasanya gerau lepas rebus, gerau goreng dulu telur tu sebab anak Si Fucuk, Kentang, dan Soo Hoon tak suka telur botak macam tu.

hazila said...

Next time saya pun nak goreng dulu telur tu. Nampak menggerutu sikit kan...