Monday, July 20, 2009

Maaf buat semua kawan kawan.....

Maaf pada semua kawan kawan yang berkunjung ke sini, sudah hampir 5 hari takde entry baru. Sebenarnya saya sepatutnya pulang ke Perlis pada hari Khamis sehingga hari Isnin. Tetapi disebabkan my husband ada meeting pada hari Khamis hingga lewat petang, jadi perjalanan kami terpaksa ditunda ke hari Jumaat. Tujuan sebenar saya dan my husband balik Perlis sebab nak buat majlis tahlil untuk arwah MIL yang dijadualkan pada hari Sabtu. Sampai je hari Jumaat, petang tu dah mula membersihkan rumah, maklumlah rumah tinggal takde penghuni jadi byk benda nak dikemas semula.
Dalam masa yang sama, dah mula sediakan bahan bahan untuk dimasak untuk majlis keesokkan harinya. Majlis Tahlil dan Yasin bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Tapi biasalah kat kampung, jemputan akan datang sampailah ke petang. Memang agak meletihkan sebab lepas kenduri, kena membasuh semua pinggan mangkuk dan periuk belanga pulak. Sebabkan rumah tu takde penghuni, jadi kena kemaskan semua pinggan mangkuk dan simpan semuanya di dalam almari. Bayangkanlah, my MIL hanya ada 2 org menantu perempuan, jadi sampai pukul 11 malam baru semua selesai.
Banyak plan saya lari bila my husband tukar plan. Sepatutnya kami balik Shah Alam hari Isnin, tapi terpaksa balik hari Ahad sebab my husband ada kerja dan kena hantar sepupunya balik ke UiTM Seri Iskandar di Perak. Saya minta maaf banyak pada Kak Inna, sebab plan awalnya saya nak singgah di rumahnya. Tapi sebabkan kesuntukan masa, saya tak dapat nak merayap ke mana mana pun. Tension juga sebab saya syok nak jumpa kawan blogger tapi lain pulak jadinya.


Hari Jumaat tu kami bertolak dari Shah Alam pukul 6.30 pagi, kami berhenti di Hentian Bukit Gantang. Tengok ramai orang sedang siapkan tempat untuk Majlis "Jom Makan Durian". Kalau tak silap saya, cuma bayar RM 7.50 dan kita boleh makan sebanyak yang kita mampu.

Buah Salak

Buah mangga, Duku langsat, Jambu air dan buah Delima

Kami sampai ke Perlis lebih kurang pukul 11.30 pagi.

2 comments :

geraugebang said...

Sedapnya buah salak ngan buah delima. Kalau makan banyak-banyak, bibir kan bertukar menjadi delima merekah

hazila said...

hehehe...bak kata pepatah " Bibir bak Delima Merekah". Sure cun....