Tuesday, July 21, 2009

Thai Rice Steamer


Dalam tak sempat pon, masih sempat buat satu perkara yang menjadi kegemaran saya, membeli belah. Bab yang ni memang my husband dah tak terkata apa apa dah, memang dia dah faham bebenor. Walaupun saya dah ada periuk pengukus yang biasa tu, masih juga nak merembat periuk kukus Thai ni. Biasanya org siam kukus pulut gunakan pengukus ni. Macamlah selalu nak kukus pulut kan, tapi biasalah biar menyesal beli jangan menyesal tak beli.

12 comments :

Chik Mi said...

Zila ,i pun ade tp yg mengkuang punye ramai yg berkenan,Zla beli kat mana? berape rega tu

hazila said...

Kat Padang Besar. Lepas pujuk rayu dapat RM23.

Chik Mi said...

ooo dah ade kat padang besar ye,my fren beli kat sebelah sana rm13,tp sekarang dah takut nak masuk sana sbb selalu ade bom nnti boleh kirim ke dia ,hihhihii semua nak

hazila said...

teringin nak masuk sebelah sana, tapi takut juga kena bom. itu yg cepat je rembat walau mahal sikit.

cikmanggis said...

hazila..bestnya kukus tu..jauh benar nak kena pi padang besar..rasa-rasanya kat rantau panjang kelantan..mesti ada ni..:)kena cari ni

kucingorengemok said...

saya suka pegangan baru ni: biar menyesal beli jgn menyesal tak beli... harus digunakan selalu :)

geraugebang said...

Memang best. Boleh masukkan dalam peribahasa millenium. Biar menyesal beli jangan menyesal tak beli. Yang sama maksudnya dengan peribahasa, biar duit habis puas hati daripada duit habis sakit hati.he he he.

blogresipi said...

Hehhe.. kite suke gak ayat last tuh... nak kena tulis neh takut lupe... kihkihkih

hazila said...

Cik Manggis,
Rasanya ada kot kat Rantau Panjang. Sebab byk barang dtg dari Siam.

hazila said...

Lee Lin,
hehehe...pepatah yg boleh membotakkan kepala para suami dan mengkempiskan poket sekali.

hazila said...

hahahaha...memang betul tu gerau. Jangan sampai encik suami bertukar jadi HULK sudahlah ye.

hazila said...

Ijan, marilah kita pakat pegang pepatah tu kuat kuat ye. Kalau kena marah ngan encik suami, akak tak tau ye....