Saturday, July 4, 2009

Menu Dinner Malam Tadi

Telur Dadar Udang


Captain's Chilli Crab

Tak tau nak cerita apa, jadi tengok gambar dinner kami malam tadi je lah ye....

Resepi untuk Chilli Crab

Bahan bahan

4 ekor ketam
2 sudu cili kisar
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
5 tangkai cili padi- dihiris nipis
1 batang serai - dihiris nipis
3 helai daun limau purut - dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1/2 cawan air
Sedikit minyak

Cara - cara
  • Gaul ketam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.
  • Tumis bawang putuh hingga naik bau. Masukkan bahan bahan yang telah dihiris nipis.
  • Kacau sebentar, masukkan cili kisar, kicap cair dan sos tiram. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan ketam dengan air dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping.
  • Biarkan hingga ketam masak dan kuahnya menjadi pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Kalau suka berkuah, tak perlu tunggu hingga kuahnya menjadi pekat seperti yang saya buat.

4 comments :

VG said...

Hi Zila...kalau boleh, please letak resipi ketam yeh? It looks so yummy.

hazila said...

Okay, I'll update the recipe later.

love2cook said...

Love dan hubby minat sgt telur dadar udang...ada resipi tak hazila? tks yer ;)

hazila said...

love,
Sebenarnya resepi main campak campak jer. Bahannya seperti kita nak dadarkan telur cuma udang tu celurkan dulu. Kemudian kupas dan potong kecil kecil. masuk dalam adunan telur dan goreng cam biasa.