Wednesday, July 8, 2009

Drama di Pagi yang Hening.....

Hari ni takde entry masakan, bukan tak masak cuma resepi ulangan. Jadi malas nak letak entry. Tapi hari ni saya nak bercerita tentang drama yang berlaku pagi semalam.

Kawasan rumah saya, kebanyakkannya mempunyai lebih dari satu kereta, paling kurang sebuah rumah mesti ada 2 kereta. Jadi ada satu jiran baru masuk, selang 4 buah rumah dari rumah saya. Jiran ni Indian dan saya tak pasti ada berapa ahli keluarga, cuma mereka mempunyai 4 buah kereta (Gen2, Wira, Kancil dan Viva dan 1 motosikal). So Viva ni selalu parking depan rumah jiran di depan rumah saya. Kadang kala siap parking moto lagi kat situ.

Agaknya jiran saya yg melayu ni dah bengang sangat sebab hari hari viva tu parking kat depan rumah dia, sebaik saja viva tu parking, satu kereta dia parking kat kanan dan satu kereta lagi dia parking kat belakang kereta viva tu. So saya cakap kat my husband, esok pagi mesti ada drama swasta kat taman ni, my husband cuma tersengih je.

So pagi semalam, lebih kurang pukul 6.30 am, mulalah kedengaran hon yng panjang memecah keheningan pagi. Lama la juga, tapi jiran melayu ni buat tak dengar je. Bila saya hantar my husband keluar, jiran India ni terus datang kat kami dan tanya " Ini kereta U ke?". My husband hanya gelengkan kepala dan dia terus pergi goyangkan pagar rumah jiran melayu tu. Saya rasa lama lah juga, kemudian hampir pukul 7 am baru jiran melayu tu alihkan keretanya. Ingatkan jiran India tu dah serik, tapi dia pergi park keretanya kat depan rumah jiran lain pulak. Ermmmm tak tau la nak cakap apa............................. My husband cakap, jangan parking depan rumah kami sudahlah.

14 comments :

Azie said...

masalah ni plak sama yg kita hadapi...jiran yg tak phm bahse park dpn rmh kita..tu lum kaum kerabat dia park..adehh menyusahkan org tul kan..kat rmh sndri tak mo park..park kat rmh org plak..mencii tul..dh ckp bnyk kali wat derkkk jerk..hampess tul lah kak..mujur dia tak park dpn rmh akak..hemmm

Bitter Sweet said...

bukan nak mengata lah (tapi mengata jugak ni) :D

kaum kelly-ng ni kebanyakkannya gitu lah, penting diri sendiri je..tak faham bahasa

AzMas said...

susah nak bagi orang paham.. bila dia hanya paham diri dia aje. Kasi letak itu pasu besar2 lah depan rumah..

hazila said...

Betul tu Azie, yg ni pon samalah. Dalam porch dia tak nak pulak parking.Tapi kalau park depan rumah akak, confirm kena sound direct takde bagi hint punya.

hazila said...

Jue, selalunya diorang suka duduk ramai kaum kerabat dalam satu rumah. Mungkin nak jimat tapi susahkan orang lain pulak.

hazila said...

Mas, kdg kala bukan tak paham tapi memang buat buat tak paham. Nak senang kerja diorang je.

love2cook said...

K.Hazila...semua orang same jer...takde nak beza ikut kaum...yang kat area Love nih...orang melayu gak...suka je parking dpn umah orang...duduk sekumpulan dlm umah tu lagi...hihi...

blogresipi said...

Kadang2 bukan diorang ni tak paham tp buat2 tak paham jer... terok betol.

noor said...

Hihi....kes ini selalu je macam kat rumah sebelah saya....lagi teruk siap beli dualot rumah padahal kita orang satulot saja..anak kecil baru duaorang satu kereta saja...tapi masih suka nak parking kat luar. Porch tu nak nampak kosong memanjang.Tapi pada satu hari kes parking kat depan rumah orang selalu...jiran tu pun buat parking kat depan rumah dia....eerrr baru paham signal.

hazila said...

Betul tu ijan, kalau kita buat tak reti makin menjadi jadi. Tapi kalau ambil kira nanti boleh gaduh pulak.

hazila said...

Betul tu Love, bukan kaum tertentu je. Perkara ni akan jadi kalau masing masing tak peduli perasaan org lain.

hazila said...

Noorsl, jiran India ni cam tu lah. Porch dia tak nak park kereta sebab senang anak anak dia nak main kot. Masalahnya kacau laman org lain pulak.

Rainy said...

saya pun kena mcm ni jugak, sesama bangsa pulak tu

tadi saya sengaja bukak gate luas2 ingat dlm hati supaya dia paham2 lah & tak parking depan porch saya.

ptg2 ni turun tengok2 rilek je dia parking gak kat situ.

geram betul, depan porch saya dah jadik tempat permanent parking dia pulak. besok saya nak letak tong sampah besar kat situ. kalau tak reti bahasa jugak tak tau lah.

hazila said...

Rainy,

Itulah kadang kala susah nak bagi org faham kan. kalau kita cakap nanto org kata kita berlagak. kalau tak cakap, sakit juga hati dibuatnya.