Saturday, October 10, 2009

Lompang Koko


Petang ni untuk minum petang, saya buat Lompang Koko. First time buat lompang ni, kira merasmikan bekas lompang yg saya beli beberapa bulan dulu. Tak berapa cantik sangat appearancenya. Tapi boleh diperbaiki lagi.

Bahan bahan

Bahan A
150 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
20 gms serbuk koko
200 ml air

Bahan B
250 ml air
130 gms gms gula pasir
1 helai daun pandan

Sedikit kapur makan
Sedikit kelapa parut ( gaulkan dengan sedikit garam)

Cara cara
  • Satukan Bahan A dan gaul sebati.
  • Masak hingga mendidih Bahan B. Tuangkan ke dalam bekas yg mengandungi Bahan A tadi. Gaul rata dan masukkan juga sedikit air kapur makan.
  • Panaskan kukusan, susun cawan/acuan lompang di dalam kukusan.
  • Tuang adunan ke dalam cawan kecil dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Hiaskan dengan sedikit kelapa parut.

3 comments :

sunkist said...

cun aje ida tengok :) ngap 5-6 bijik pun tak puas tuh :D

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda secara PERCUMA di laman web kami. Jom berkenalan dengan blogger-blogger terkemuka dan berkongsi tips dengan mereka.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya.

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

HaSue said...

dah ok laa tuh kak..kalo agak2 tak abis dimakan sue ok jer nak tolong nih..aheh