Wednesday, September 30, 2009

Display Cabinet

Hari tu Kmal nak tengok cabinet yg my husband beli selepas membeli pinggan mangkuk tu. Ala display cabinet yang murah je.... Sibuk je saya ni nak cabinet juga, macam la byk beno pinggan mangkuk yg cun melecun kat rumah ni. Tapi sebabkan my husband willingly to buy walaupun saya tak minta, saya ok je. Nanti letak je pinggan mangkuk walaupun takde pinggan mangkuk yg antik atau Noritake ke....

Botol Mayo


Inilah gambar botol mayo yg saya gunakan untuk buat roti jala semalam. Actually bekas ni untuk diisi mayones tapi boleh dipelbagai gunakan ikut keperluan.

Tuesday, September 29, 2009

Gift

Tadi kawan my husband datang hantar gift yg kat atas tu. Ingatkan dalam dia ada kurma sebab last year ada kawan dia bagi kotak bukan main cantik lagi , ingatkan kuih raya ke, rupa rupanya buah kurma.


Bila buka kotak tu, rupa rupanya ada buku tentang Solat solat Sunat serta doa harian. Bagus jugakan. Boleh guna untuk jangkamasa yg panjang.





CD lagu lagu raya.

Roti Jala

Alang alang dah buat kari ayam, jadi pagi pagi tadi saya pun menjala la. Buat sikit je, maklumlah yg nak makan pun bukannya ramai benor. Seronok guna botol yg beli kat Yani kalau nak buat roti jala ni. Tak meleleh dan senang nak handle.

Puding Tauhu

Untuk dessert, saya buat Puding Tauhu dari resepi Kak Nor67. Resepi boleh refer kat MyResepi. Maklumlah, malas betul nak menaip balik. kalau rajin nanti saya copy dan paste je.


Kari Ayam Berkerisek

Walau macam mana pun mesti buat kari untuk my husband. Memandangkan hanya ada ayam dalam freezer, maka ia terpaksa dikarikan. Tapi kali ni saya letakkan sedikit kerisek.

Cencaru Rebus & air Asam

Seminggu Raya asyik dok makan Daging Rendang je kan, jadi lepas ni kena makan yang rebus rebus je pulak. Ini resepi orang malas tau......

Bahan bahan

2 ekor cencaru yang bersaiz kecil
1 biji tomato
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji bawang besar
Garam
Air asam jawa
Belacan
Air secukupnya

Cara cara
  • Rebus atau kukus ikan hingga masak.
  • Dadukan bawang besar, tomato, cili merah dan cili padi. Masukkan ke dalam mangkuk.
  • Gaulkan dengan garam, belacan dan air asam jawa. Tambahkan air jika perlu.
  • Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan air asam tomato tadi keatasnya.
  • Siap untuk dinikmati dengan sepinggan nasi panas.

Sunday, September 27, 2009

Menu Dinner Malam ni......

Malam ni dinner dengan nasi beriani JM. Selalunya kalau nak makan nasi beriani, saya selalu beli kat kedai Nasi Beriani Pak Anjang kat Seksyen 13 Shah Alam. Tapi sebab kedainya masih bercuti, jadi beli kat JM. Tapi kalau ikut anak tekak saya dan suami, yg kat sini kureng sikit. Yelah kan, lain org lain citarasanya.

Rojak petis

Jus rozel

My new Gadget

Alhamdulillah, hari ni dapat gadget baru. Ingatkan lambat lagi nak dapat atau kena tunggu bulan Disember masa Anniversary. Nampaknya dapat hadiah Anni awal, so bulan Disember nanti kena duduk diam diam je la. Petang tadi my husband ajak keluar, ingatkan saja je nak makan kat luar. Tengok tengok dia ajak ke kedai yg jual kamera. Dari jauh lagi saya dah tersengih sebab 90% harapan nak dapat kamera dah ada. So akhirnya Canon EOS 500D kepunyaan saya.



Antara free gift yang saya dapat

DSLR Beg

Tripod dan SD Card 4 GB

Avocado Smoothie



2 hari lepas saya ke Giant Shah Alam, sebabnya masa dok belek belek flyers tu nampak promosi buah avocado. So sempatlah beli 3 biji, hari ni baru teringat nak buat smoothie.

Bahan bahan

2 biji buah avocado yg masak
2 sudu besar susu pekat manis
500 ml susu segar (lebih kurang)
Sos coklat Hersyes

Cara-cara
  • Ambil isi buah avocado, masukkan dalam blender bersama sama dengan susu pekat dan susu cair. Blend hingga halus.
  • Tuangkan ke dalam cawan dan tuang sos coklat ke atasnya.
  • sedap dihidang dingin.

Saturday, September 26, 2009

Menu Lunch hari ni

Back to normal live, kena masak untuk lunch. Dah lama teringin nak makan pajeri terung, so hari ini ada masa dan bahan, siaplah untuk lunch tadi.




Friday, September 25, 2009

Acara pujuk memujuk.....

Sebelum raya hari tu, my husband cakap nak balik beraya kat Perlis walaupun raya kali ni turn kat rumah my parents. Maksudnya, lepas raya kat rumah my parents, masa raya ke4 tu nak terus balik Perlis pulak. Tapi last minute terpaksa cancel sebab my husband kena balik jengok site. Alahai, bukan main lagi saya plan nak merayap masa balik Perlis nanti, boleh lajak ke Langkawi ke.... Tapi sebab tak jadi, petang tadi my husband ajak keluar pegi tengok pinggan mangkuk. Terus excited dan apalagi, rembat je la apa yg patut....


Set Nasi Dagang

Hari ni tiba tiba terajin pulak nak buat nasi dagang. Tapi buat cara yang simple je lah. Rasanya tak sesedap yang jiran sebelah rumah saya buat masa hari raya tempohari. Tiap tiap tahun jiran saya ni mesti buat nasi dagang masa hari raya pertama dan saya dengan tak malunya akan makan sampai 2 pinggan. My husband siap kuis kuis saya supaya berhenti.... Tapi saya tak pernah makan nasi dagang sesedap yg makcik ni masak. Lagi satu, bubur lambuk yang dia selalu buat masa bulan puasa. Memang sedap betul. Nanti bila bila senang, saya nak bergurulah dengan makcik ni.

Nasi Dagang

Gulai Ikan Tongkol/Aya


Acar timun & carot - Sebab malas, saya parut je.

Thursday, September 24, 2009

Tapai Pulut

Biasanya masa hari raya, jiran sebelah rumah keluarga saya dikampung akan buat tapai pulut yang di isi di dalam daun getah. Tapi biasalah, kalau dah banyak sangat rumah yang nak di jelajah dan pelbagai makanan yang nak dijamah, jadi tapai tu saya sempat rasa sikit je. sebab tak puas makan, sebelum balik saya buat tapai dan pagi tadi dah boleh makan. Alhamdulillah, manis dan sedap makan sejuk sejuk.

Wednesday, September 23, 2009

Ketupat Raya

Kelongsong ketupat nasi aka ketupat daun kelapa

Beras yg siap dicuci untuk diisi ke dalam kelongsong daun kelapa


Proses merebus ketupat nasi

Ketupat nasi yang siap direbus dan digantung

Kelongsong ketupat daun palas aka ketupat pulut

Pulut yang separa masak untuk dibalut dengan daun palas

Ketupat pulut yang siap di balut dan sedia untuk direbus/kukus.

Thursday, September 17, 2009

Kad Raya....

Kad dari zanie

Kad dari Aya

Terima kasih yang tak terhingga buat yang sudi menitipkan kad ucapan buat saya. Semoga Hari Raya yang bakal menjelma, memberikan seribu kemanisan dan kemeriahan.

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman teman alam maya juga semua pengunjung yang sudi bertandang ke mari walau kadang kala di jamu dengan makanan yang dah 2,3 hari. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari sudut hati saya yang paling dalam, andai kata ada tulisan saya yang mengguris hati. Maklumlah, kadang kala niat kita lain, tapi mungkin lain maksudnya pada org yang membacanya. Walau bagaimanapun janganlah serik berkunjung lagi. Pada yang pulang ke kampung, pandulah berhati hati. Pada yang berhari raya di rantauan, anggaplah ia satu pengalaman kerana bukan semua orang berpeluang merasai kelaianan.

Wednesday, September 16, 2009

Kad Raya lagi.....

Kad raya dari Leen

Kad raya dari Anawahid

Kad raya dari Siti

Kad raya dari AzMas

Kad raya dari Kak Rusnah


Terima Kasih buat semua atas kiriman kad ucapan hari raya ini.

Tuesday, September 15, 2009

Menu Berbuka Hari ke 24

Bubur Nangka

Ikan Masam Manis

Daging Goreng

Jantung pisang rebus & air asam

Kad Raya lagi......

Kad dari Nyza

Kad dari Shida

Kad dari Ayu

Kad dari Nur

Kad dari kak watie

Terima kasih buat semua teman teman yg mengirimkan kad raya buat saya.