Showing posts with label Jam. Show all posts
Showing posts with label Jam. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Pumpkin Kaya



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat hari Isnin....
Selamat memulakan tugas, tak kira yang rasmi atau tidak. Bila sebut hari Isnin, mulalah lemah semangat je kan, maklum la seronok bermalas malasan di rumah. Itu saya je lah, orang lain mesti banyak aktiviti yang hendak dilakukan.

Sedih bila baca berita tentang kehilangan 5 sekeluarga akibat lemas. Kesian pada anak kecil yang hilang seluruh ahli keluarga dalam sekelip mata. Bagaimana agaknya dia hendak meghadapi hari hari mendatang. Semoga Allah swt memudahkan segalanya untuk beliau. Memang ajal maut di tangan Tuhan, harap ibu bapa lebih berhati hati semasa membawa keluarga bercuti terutama di kawasan air terjun atau pantai. Bukanlah bermaksud jika kita lebih berhati hati boleh mengatasi kehendakNya, cuma ia satu usaha.

Maaf pagi lagi dah sedikit emosi.



Resepi kaya labu ini saya ambil dari blog Bake with Paws. Kebetulan ada sebiji labu yang dah seminggu setia menunggu di atas meja. Masa beli tu rasanya macam ada planning nak buat benda lain tapi terlupa. Maklum lah faktor usia.

Saya hanya buat 1/2 biji labu so masih ada berbaki. Nantilah fikir apa yang hendak dimasak. Kalau buat pengat sudah selalu sangat. Kuih koci labu juga rasanya sudah pernah dicuba.

Sementara nak cari idea, apakata kita sarapan roti cicah kaya labu....





Wednesday, May 4, 2011

Homemade Pineapple Jam


Salam pagi rabu yang sedikit lembab selepas hujan pagi......

Beberapa hari takde entry, nak kata sibuk pun tidak juga tapi lebih kepada kemalasan yang begitu tinggi setinggi Menara Kuala Lumpur agaknya.

Entry pertama bagi Bulan Mei ini ialah Homemade Pineapple Jam. Dalam dua minggu lepas, punyalah banyak kami dapat bekalan buah nenas. Jadi terfikir nak buat jem supaya tidak membazir begitu saja. Tapi sebab pertama kali mencuba, saya cuma buat dalam kuantiti yang sedikit dulu. Alhamdulillah, tidak mengecewakan.

Bahan bahan
2 biji buah nenas - kupas kulit dan bersihkan.
200 gm gula pasir - adjust according to taste and amount of your pineapple.
1 batang kulit kayu manis
1 sudu tepung ubi

Cara cara
1. Kisar buah nenas hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama sama dengan kulit kayu manis. Biarkan ia di atas api hingga jusnya hampir kering.
3. Masukkan gula dan gaul rata. Masak di atas api kecil hingga hampir kering dan pekat.
4. Boleh masukkan tepung ubi untuk memekatkan lagi jem.
5. Bila masak, sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, November 2, 2009

Homemade Strawberry Jam

Hari tu beli strawberry plan untuk buat benda lain tapi asyik tertangguh je, sampai buah ni dah nak bertukar kaler dah. Jadi cari resepi nak buat jem, jumpa kat blog RASAMALAYSIA. Tengok senang sangat nak buatnya, jadi here comes the strawberry jam.

Bahan bahan

1 mangkuk buah strawberry
1 mangkuk gula atau secukup manis yg disukai
Sedikit perahan jus lemon

Cara cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga hancur.
  • Masak di dalam kuali hingga mencapai kepekatan yg dikehendaki.
  • Biarkan ia sejuk sebelum di simpan di dalam air tight container.

Monday, June 15, 2009

Jem Rozel



Dua hari lepas saya gi supermarket, ternampak buah rozel yang dijual dengan harga yang agak murah. Mula mula ambil 1 packet saja untuk buat jus rozel. Lepas tu terfikir nak buat jem pulak. Walaupun tak pasti actual recipe, tapi saya try and error. Saya ikut je resepi nak buat strawberry jem yang sebelum ni. Alhamdulillah menjadi cuma belum betul betul pekat dan perlu dipanaskan sedikit lagi. Saya pernah nampak kat rumah Hana dia makan plain yogurt + jem mulberry, so saya pun nak try dengan jem rozel saya. Sedap, saya tambahkan sedikit madu sebab yogurt tu agak masam dan rozel pun boleh dikatakan sedikit masam. Nanti jem ni boleh makan dengan pankek ataupun scones.


Friday, April 18, 2008

Strawberry Jam

Beberapa hari ni bukan ler tak masak, cuma tak sempat nak snap pix. Sebabnya my parents datang dari kampung. Bukan apa, segan sikit. Apalah budak ni buat ...... So semalam try buat strawberry jem, senang je. Resepi ni ambil dari MyR-Delila.

Bahan Bahan

500 g strawberry
200 g gula ( bergantung kpd kemanisan yg dikehendaki)
Secubit garam halus
Air

Cara-cara
  1. Cuci bersih buah dan tos.
  2. Didihkan air dan masukkan garam
  3. Celur buah seketika dan tos.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dikisar halus.
  5. Masukkan buah yang dikisar dan yang tidak dikisar kedalam periuk. Masukkan gula, masak sehingga pekat. Sejukkan dan simpan didalam bekas.