Saturday, March 29, 2014

Udang Goreng Kari




Assalammualaikum dan Selamat Berhujung minggu....

Cuti persekolahan sudah mengahmpiri penghujungnya, ramai kawan kawan saya yang sedang seronok bercuti dengan keluarga masing masing. Walaupun sejak kebelakangan ini ada beberapa insiden yang membabitkan kapal terbang, masih ramai yang tetap menggunakan pengangkutan udara untuk pergi bercuti.

Yelah, kemalangan yang melibatkan pengangkutan udara jarang sangat kita dengar especially di Malaysia. Kebarangkaliannya mungkin 1 dalam berjuta. Tak kanlah kita nak ke Sabah Sarawak nak naik keretapi pula kan... Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berdoa dan tawakal.

Ok berbalik pada menu malam tadi, saya sediakan Udang Goreng Kari yang saya ambil dari Majalah SEDAP.





UDANG GORENG KARI

Bahan bahan
4 ekor udang bersaiz XXL
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dimayang
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk lada putih
1/4 cawan cream - saya gantikan dengan susu sejat
Sedikit garam
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili - saya tambah
2 biji cili padi - saya tambah ( dipotong kecil )
1 biji limau nipis
Tomato - untuk hiasan

Cara cara
1. Udang di potong sesunggut dan belah belakang. Buang kotoran, dibersihkan dan ditos.
2. 1 ulas bawang putih ditumbuk halus, dicampurkan dengan 1 sudu serbuk kari, serbuk cili, sedikit garam dan jus limau nipis. Gaulkan semua bahan dengan udang tadi dan perapkan sebentar. Kemudian goreng separuh masak dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang besar, baki bawang putih,daun kari, cili padi dan serbuk kari hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cream/susu sejat dan biarkan ia mereneh sebentar.
5. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
6. Apabila semua sudah sebati dan hampir pekat, bolehlah masukkan buah tomato. Biarkan sebentar dan matikan api. Hidangkan dengan nasi hangat.



Thursday, March 27, 2014

Kari Ikan Masin & Nenas




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Hari ini mari kita layan menu Kari Ikan Masin dengan nenas pula. Saya kalau beli ikan talang masin atau kurau masin, saya lebih prefer tulang berbanding isi ikan. Walhal lebih senang kalau masak isinya tetapi lebih sedap tulangnya pada tekak saya.

Biasanya kalau masak kari @ gulai ini saya tiada sukatan tertentu, ikut sesuai rasa saja. Main agak agak saja. Kalau rasa nak pekat, kurangkan cecair dan begitulah sebaliknya. Tetapi kalau nak ajar orang baru berjinak jinak untuk ke dapur memang agak susah sikit. Yelah kalau kita kata segenggam, genggaman tangan kita tentulah tak sama dengan genggaman tangan orang lain.


Sebenarnya ini adalah menu tertangguh. 2 hari lepas memang plan nak masak kari ikan masin ni, semua dah beli bila balik dan perah kelapa, nampak santan macam pelik sikit. Nasib baik saya hidup dan rasa sikit rupa rupanya kelapa dah berbau. Cari cari juga kalau kalau ada santan kotak yang saya simpan, malangnya tiada. So tertangguhlah ke hari semalam.

Semalam saya hanya masak kari ikan talang dan rebus kerang. Alhamdulillah, bertambah juga saya tengok my husband makan. 




Tuesday, March 25, 2014

Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Hari yang menyedihkan buat Negara Malaysia. Penantian selama 17 hari berakhir dengan berita sedih. Hanya DIA yang maha mengetahui segala rahsia kejadian dan siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Walaupun masih banyak persoalan yang belum terjawab, sekurang kurangnya memberi pengakhiran kepada penantian oleh keluarga yang terlibat. Semoga suatu hari nanti Allah swt memakbulkan doa rakyat Malaysia untuk merungkai segala misteri...

Al Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa MH370. Berat mata yang memandang, tentulah berat lagi bahu yang memikulnya. Moga ada hikmah besar yang menanti atas apa yang terjadi...




Mimpi apa agaknya saya tiba tiba teringin nak buat Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban yang sinonim dengan negeri di Pantai Timur. Sebenarnya minggu lepas saya beli telur itik 10 biji sebab teringin nak makan masak lemak telur itik. Lepas tu baki telur tu tak tahu nak buat apa so google cari resepi yang sesuai. So terjumpalah resepi Pulut Sekaya ni. Sebab saya pernah terbaca yang selalunya mereka menggunakan telur itik untuk menyediakan juadah ini.

Saya jumpa satu resepi dari blog rezwati.blogspot.com, so decided to give it a try. Saya hanya buat separuh dari adunan.


Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban

Bahan bahan

Bahagian bawah
2 cawan pulut susu - rendam lebih kurang 8 jam.
Santan cair
Sedikit Garam - anggaran 1/2 sudu kecil

Cara cara
1. Bersihkan pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang. Masukkan garam ke dalam santan cair dan tuangkan ke dalam loyang yg menggandungi pulut tadi sehingga paras pulut sahaja.
2. Kukus hingga masak dan ketepikan.

Bahagian atas
5 biji telur itik
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung yang di masak pekat
1/2 sudu vanila - untuk hilangkan bau hanyir telur itik

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Kemudian tapiskan.
2. Lapiskan loyang dengan plastik. Saya gunakan loyang bersaiz 9 inci. Kemudian masukkan pulut dan dengan hingga mampat.
3. Panaskan kukusan, kukus sebentar pulut tadi, kemudian ambil garfu dan cucuk cucukkan pulut.
4. Tuang adunan telur ke atas pulut dan kukus lebih kurang 20 minit atas sehingga masak. Caranya ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah, bila ditarik keluar, lidi bersih.
5. Keluarkan dari kukusan, biarkan ia sejuk sebelum di potong.



Monday, March 24, 2014

Sago Gula Melaka


Assalammualaikum dan Selamat Pagi......

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan. Saya dan suami tidak kemana mana, cuma cuti hujung minggu lepas balik kampung menjenguk ibu bapa.

Minggu lepas saya buat Sago Gula Melaka, sebenarnya saya dah beli bahan bahannya lebih dari seminggu tetapi terpaksa menangguhkannya dahulu disebabkan saya mengalami sakit mata. Maklumlah Shah Alam diserang oleh jerebu yang agak kronik seminggu dua yang lalu. Alhamdulillah bila rasa mata dah merah saya cepat cepat ke klinik, so tidaklah mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Sebenarnya sebelum tu saya menghadiri kenduri kahwin kawan suami di Meru, Selangor. Biasanya pemanis mulut disediakan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam dan kuih muih. Tetapi mereka menyediakan sago gula melaka. So bila balik, terasa macam nak makan lagi pula rasanya.





Saya rasa ini antara kuih/pemanis mulut yang agak senang untuk disediakan. Tidak perlukan sukatan yang begitu terperinci seperti anda menyediakan kek/puding atau kuih muih yang lain.

Apa yang anda perlukan cuma sagu biji, rendamkan sebentar. Panaskan air hingga mendidih, masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan hingga ia menjadi lutsinar. Kemudian tapis dan lalukan dibawah air paip untuk membuang kanji. Kemudian masukkan kedalam bekas/acuan yang sesuai dan sejukkan.

Sementara kuah santannya, anda hanya perlu panaskan santan dengan sedikit garam jangan biarkan hingga santan menggelegak atau pecah minyak. Saya selalu perah santan menggunakan air masak/air suam.

Untuk gula melaka pula, kalau nak senang beli saja yang sedia ada di pasaraya. Atau kalau anda rajin boleh masak gula melaka sendiri di rumah especially untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Wednesday, March 19, 2014

Lempeng Cicah Kari Daging




Assalammualaikum dan Selamat Petang....

Hari yang agak sibuk sejak dari pagi lagi. Baru berkesempatan nak tengok blog. Ini pun just a quick update, no recipe just a photos.

Agak lama juga tak masak kari, sesekali layan kari daging, lawan dengan ikan kering dan sambal belacan boleh lupa masalah semasa sekejap.....

Malam tadi tak tau nak makan apa, memandangkan kari daging masih berbaki, jadi saya buat lempeng untuk di makan dengan kari. Ingatkan nak buat roti jala, tapi last minute tukar plan buat lempeng...

Maklumlah, tuan dapur tak berapa nak rajin...




Layan gambar je lah ye.....

Friday, March 14, 2014

Butter Prawns



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah beberapa hari Bandar Shah Alam hampir tidak kelihatan akibat dilanda jerebu yang agak teruk. Jangankan nak duduk di luar, even di dalam pejabat atau rumah sekalipun masih terasa sesak akibat jerebu. Bau asap ada di mana mana, panas dan melekit rasanya... Rasa macam nak mandi sejam sekali tapi kena fikirkan bab air pula...

Semalam tiba tiba saya "ter" rajin sikit. Rasa macam lama tak buat Butter Prawns kat rumah. Kebelakangan ni kalau nak makan, pergi ke restoren saja.

So semalam sebelum balik kerja, saya google cari resepi yang senang baru pergi cari barang untuk dimasak. Bila dah petang, udang yang ada kurang segar tapi bolehlah untuk mencuba resepi yang ini. 

Kali ini saya cuba menggunakan resepi dan cara dari blog Spice Journey. Izinkan saya kongsikan di sini. Anda boleh lihat disini cara dan langkah demi langkah bagaimana cara untuk membuat egg floss. Ini kerana bahagian yang agak tricky ialah cara untuk menghasilkan egg floss yang cantik walaupun sukar utk dapatkan seperti di restoren.



Egg Floss

4 biji kuning telur - resepi asal cuma gunakan 2 biji sahaja
1 senduk butter
1 senduk minyak masak

Caranya
1. Pukul ringan kuning telur supaya sebati.
2. Masukkan minyak dan butter ke dalam kuali. Biarkan hingga panas, gunakan senduk bulat pusingkan minyak di dalam kuali dengan arah sehala tanpa henti.
3. Tuangkan kuning telur ke dalam minyak tadi, angkat bekas berisi kuning telur agak tinggi dari kuali supaya ia menghasilkan jalur yang kecil dan halus.
4.Teruskan memusing senduk di dalam minyak tadi sehingga kuning telur masak dan berwarna kuning keemasan.
5. Tapikan kuning telur tadi untuk toskan minyak. Langkah tambahan yang saya buat ialah selepas ditapis, saya tuangkan ke atas kertas tisu dapur supaya ia menyerap minyak yang masih ada, so egg floss betul betul kering dan ranggup.

Cara menyediakan udang

Bahan bahan

10 ekor udang bersaiz sederhana - belah bahagian belakang, buang kotoran dan bersihkan.
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada putih
Minyak untuk menggoreng

Caranya
1. Gaulkan udang bersama sama dengan garam dan lada sulah. Goreng udang separuh masak dan ketepikan.

Bahan bahan

1 sudu makan butter
6-8 biji cili padi - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dimayang/dicincang
5 tangkai daun kari
Sedikit garam jika perlu
1 sudu kecil gula perang - saya tambah
1/4 cawan susu cair

Cara cara
1. Panaskan butter, tumis bawang putih, cili padi daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan susu cair.Biarkan seketika.
3. Masukkan udang dan gaul sebati. Perasakan jika perlu. Saya masukkan sedikit garam dan gula perang.
4. Angkat udang dan masukkan ke dalam serving plate. Taburkan dengan dengan egg floss. Sedap dinikmati semasa hangat.





Thursday, March 13, 2014

Roasted Strawberry with Greek Yogurt


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Maaf sudah beberapa hari tiada entry baru. Dalam keadaan cuaca yang panas membahang dan berjerebu memang hilang mood nak ambil gambar masakan. Weekend lepas my parents datang memang tak lekat kat rumah. Bila hari biasa, balik kerja dan sampai rumah hilang mood nak masak dan ambil gambar bila badan rasa letih dan otak malas nak fikir apa yang hendak di masak. Apalagi, masak yang simple dan cepat tambahan air sedang di catu.

Tapi hari ini saya letak gambar Roasted Strawberry bersama dengan Greek Yogurt. Layan gambar saja ye... sambil tenangkan fikiran maklumlah sekarang ni banyak sangat masalah yang sedang melanda negara kita.

Doakan yang terbaik untuk semua....

Friday, March 7, 2014

Baked Chicken.... Terhangit la pulak



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Panas panas panas.....
Bukan setakat cuaca saja yang panas membahang, macam macam cerita yang membuat ramai orang kepanasan sekarang ini. Bukan setakat cerita artis saja, cerita pasal catuan air dan juga kes kanak kanak yang di dera.

Nama pun manusia kan, yang kahwin tak ada anak habis beribu untuk dapatkan anak. Sedangkan yang diamanahkan anak oleh Allah swt, didera pula.Kepada ibu bapa, kalau sudah tak sanggup nak memelihara anak, lebih baik dihantar ke rumah kebajikan atau kepada mereka yang sanggup untuk memeliharanya. Dan kepada pengasuh, sebelum mendera anak orang, fikir dulu bagaimana kalau anak sendiri yang di dera sebegitu rupa. Kalau sudah tidak sanggup untuk menjaga, serahkan kembali kepada ibu bapa mereka. Itu lebih baik dari anda mendera anak anak yang masih belum mengerti apa masalah anda....
Aduh panjang lebar pula saya berleter hari Jumaat ni kan....

Sampai terlupa pasal gambar yang saya upload sebab sibuk berleter.... Malam tadi saya hanya masak simple, suka hati sebab my husband hanya minta saya buatkan baked chicken yang saya selalu buat. Resepi main ikut suka hati saja, tapi semalam agak terhangit sebab sibuk bergossip dengan my mum kat telefon. Terlupa nak balikkan ayam dalam oven.  So moral of the story JANGAN SUKA BERGOSSIP.....


Tuesday, March 4, 2014

Angel Hair Pasta with Mushroom & Beef Bacon


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun membasahi bumi. Nampak hujan turun bagai nampak makanan yang tersangat lazat rasanya....

Baru sikit Allah swt turunkan dugaan dengan musim kemarau yang hanya beberapa hari, kita sudah mengeluh. Bayangkan mereka yang di negara yang bertahun tahun tanpa hujan.... 

Tapi kita masih tidak tahu bersyukur...
(peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)


Bercakap pasal bersyukur, kadang kala kita tak tahu nak makan apa bukan kerana tiada makanan. Walau ada pelbagai jenis menu tetapi tekak semacam tak boleh nak terima, tiada selera. Bila makin berusia, satu satu nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit...

Saya selalu tanya suami apa nak makan untuk makan malam nanti. Minta dia fikirkan apa menu yang dia rasa nak makan. By the end of the day mesti jawabannya ialah " entahlah tak tahu nak makan apa. Masak sajalah yang simple" Kadang kala saya masak nasi goreng yang simple atau goreng bihun atau mee. Paling senang kalau dia hanya minta masakkan mee segera.



Memandangkan hanya aperlu masak mee segera, saya masak simple pasta untuk saya. Google cari resepi bergantung apa yang ada dalam peti ais. Saya ada lebihan swiss brown mushroom, ada beef bacon dan sedikit daun pasley. Pasta memang selalu simpan stok untuk kecemasan.


Bahan bahan
Segenggam Angel Hair Pasta jenama Barilla - rebus hingga empuk dan toskan
3 kuntum swiss brown mushroom - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 keping beff bacon - dihiris nipis
Sedikit Flaxseed Oil
1/4 cawan beef stock
Garam jika perlu
Parmesan Cheese & Daun Pasley - untuk tabur

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan beef bacon dan mushroom, goreng hingga hampir garing.
3. Masukkan beef stock, biarkan seketika. Kemudian masukkan angle hair pasta, gaulkan hingga sebati. Perasakan jika perlu. Matikan api.
4. Hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan daun pasley dan parmesan cheese.