Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

Kerabu Nangka Muda dengan Perut





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Gara gara terpandang resepi Kerabu Nangka Muda yang dikongsikan Kak Gee Hut dalam majalah SAJI, terus cari bahan. Sebenarnya plan nak masak untuk dinner semalam tapi last minute tukar menu. So malam tadi baru terlaksana niat nak makan kerabu nangka muda. Tapi saya buat versi saya.






Kerabu Nangka Muda dengan Perut

Bahan bahan
3 potong nangka muda - dipotong kecil dan direbus hingga empuk. Toskan.
1 1/2 cawan perut lembu yang telah direbus hingga empuk
1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 biji lada besar
4 biji cili padi
1 inci lengkuas
1 inci belacan
2 sudu makan kerisek
1/4 cawan santan - anggaran
Jus limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Tumbuk lada besar, cili padi, belacan dan lengkuas hingga lumat.
2. Masukkan nangka muda, perut lembu, bawang besar dan bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas. Kemudian masukkan kerisek dan santan. Gaul sebati.
3. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.

Wednesday, February 19, 2014

Kerabu Tomato Ikan Bilis



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan semoga Allah swt menurunkan hujan di bumi Malaysia yang hampir kering ini.

Malam tadi saya dan suami dinner dengan Fish Head Curry, lama juga tak masak, tiba tiba dapat permintaan. Then ada lebihan buah tomato saya terfikir nak buat kerabu. Sedap juga meratah begitu saja.




Thursday, December 6, 2012

Kerabu Campuran Rumpai Laut


Salam dan Selamat Pagi

Pernah makan rumpai laut?

Bagi yang berasal dari Sabah pastinya rumpai laut ini tidak asing bagi anda. Pada yang biasa berkunjung ke negeri Di Bawah Bayu ini juga pastinya paling tidak pernah merasanya sekali.

Saya?

Inilah pertama kali saya merasanya. Sebenarnya sejak kebelakangan ini ramai orang memperkatakan mengenai Rumpai Laut atau mereka menggelarkannya sebagai IBU KOLAGEN. Kalau di FB ramai kawan kawan yang mempromosikan rumpai laut ini.

Kebetulan salah seorang rakan FB saya merangkap ex-classmate masa di kolej dulu juga berasal dari Sabah. Dia upload gambar Kerabu Rumpai Laut yang biasa disediakan untuk keluarganya. Dia mengirimkan satu bungkusan rumpai laut kepada saya untuk dicuba. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.


Beliau menggunakan buah mangga muda, tetapi memandangkan tiada mangga muda di pasaraya berdekatan, jadi tukar menggunakan buah epal hijau. Memang sedap dan tiada rasa hanyir dari rumpai laut.

KERABU CAMPURAN RUMPAI LAUR
Sumber : Pn. Ainon Salam

Bahan bahan
Rumpai laut - dicuci bersih, rendam hingga kembang dan potong kepada saiz yang sesuai
Timun
Bawang Besar
Bunga Kantan
Daun pegaga
Buah epal hijau/mangga muda
Cili padi
Tomato
Udang kering - direndam seketika
Limau nipis
Garam
Gula

Cara cara
1. Potong bahan bahan seperti bunga kantan, daun pegaga, buah epal, timun, bawang besar, tomato dan cili padi kepada saiz yang sesuai.
2. Masukkan semua bahan yang telah dipotong termasuk rumpai laut dan udang kering ke dalam mangkuk.
3. Perasakan dengan garam,gula dan perahan limau nipis. Gaul sekata dan biarkan seketika supaya semua rasa meresap dan mesra.
4. Sedia untuk dinikmati. Kata orang, kerabu ini sesuai di makan bersama sama ikan bakar.



Sunday, April 22, 2012

Kerabu Pucuk Paku & Kerang



Salam di hari minggu, nampaknya cuaca di Shah Alam agak baik, panas sejak pagi lagi tapi sekarang sedikit berangin. Dah macam ramalan cuaca pulak kan.....

Pagi tadi saya dan suami ke pasar membeli barang basah, nampak kerang agak besar juga, apalagi terus suruh peniaga tu timbang sekilo. Then terus jadi pucuk paku dan taugeh, sebab kali ni nak buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang pulak. Jadi dah 2 hari makan kerabu, harap harap pengunjung My Small Kitchen tak jemu asyik menghadap kerabu je 2 hari ni.



Kerabu macam ni sedap meratah je, tapi bagus juga sebab boleh kurangkan pegambilan nasi. Atau lagi teruk sebab bertambah tambah nasi dalam pinggan.

Semasa mengopek kerang, hampir 1/3 yang masuk mulut sendiri. Sedap ratah je sebab kerang masih fresh dan rasanya memang manis. Makan kerang boleh tapi lepas kopek kerang, tangan jadi gatal gatal mungkin sebab air kerang tu. Tapi sebab dah suka, buat buat tak tahu je lah pasal gatal tu.


Saya dah  buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang ni dah beberapa kali. Resepi boleh cari di bahagian label kat sebelah. Boleh guna resepi Kerabu Nangka seperti di entry sebelum ini.Cuma pucuk paku dan taugeh dicelur bukannya di rebus. Taugeh tu hanya celeur seketika saja untuk mengekalkan keranggupannya.

Friday, April 20, 2012

Kerabu Nangka dengan Kerang


Salam semua,

Sudah makan malam? Apa agaknya menu malam ni ye?


Menu saya malam ini ialah Asam Rebus Tempoyak Ikan Bawal Emas, Sambal Sardin dan Kerabu nangka bersama kerang. Agak lama juga tak masak nangka, ingat nak buat gulai nangka dengan ikan kering tapi baru je makan kari. So postponed dulu plan nak buat gulai nangka ke minggu depan pulak.

Actually badan ni bukannya boleh makan nangka sangat, berangin kata orang tapi tekak teringin pulak. Bila dah teringin tu, pandai pandailah kena buat kan.... Atau pandai pandai pergi beli.

Bahan bahan

3 potong nangka muda - saya beli yang sudah siap dipotong
1 cawan isi kerang
1 cili merah *
3 cili padi *
Sedikit Belacan *
1 sudu makan jus limau - sesuaikan rasa
Garam
Gula
2 sudu makan kerisek
1 biji bawang besar - dipotong bulat.
Santan pekat

Cara cara
1. Potong nangka muda kepada saiz yg sesuai.Rebus hingga embuk dan toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Masukkan nangka ke dalam bekas, campurkan dengan isi kerang, bahan bahan yg telah ditumbuk, kerisek, jus limau, bawang besar garam dan gula.
3. Gaul sebati dan perasakan dengan santan pekat, garam dan gula.
4. Siap untuk dinikmati.



Ada berbagai bagai versi kerabu nangka, ada yang tambah lada hitam, ada yang letak isi ikan yang telah direbus dan sebagainya. Ia bergantung pada citarasa masaing masing.

Friday, December 23, 2011

Somtam


Semalam saya terasa nak makan Somtam.....

Bahan bahan asas memang dah ada di dapur, cuma saya beli betik muda, kacang panjang, dan tomato saja. Tapi betik yang ada dah hampir nak masak sebab itu warnanya dah kemerahan.

Hujung minggu lepas masa saya singgah di Bazaar Padang Besar, sempat lah mencari bahan bahan asas untuk buat Somtam seperti Gula Somtam ( pic #3) dan Udang Somtam ( pic #5). Cuma 2 bahan ini saja yang agak susah untuk didapati di sini, sementara bahan lain rasanya tidak menjadi masalah.

SOMTAM

2 ulas bawang putih
2 biji cili padi - bergantung tahap kepedasan yang dikehendaki
Jus limau
Gula somtam
Kacang tanah goreng
Nampla ( sos ikan )
Udang Somtam
Betik muda yg telah diparut
kacang panjang - dipotong anggaran 2 inci
Buah tomato - dibelah kepada saiz yg sesuai

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi di dalam lesung hingga hancur. Masukkan gula somtam, jus limau, nampla dan gaul sebati.
2. Masukkan betik yang telah di parut, kacang panjang, tomato,udang somtam dan kacang goreng. Gaul sekata. 
3. Imbangkan rasanya, tambah gula, nampla atau jus limau jika perlu.
4. Sedia untuk dinikmati.


Wednesday, August 3, 2011

Kerabu Mangga Ikan Masin


Salam di pagi rabu....
Hari ini hari ketiga di bulan Ramadhan, alhamdulillah masih mampu meneruskan ibadah puasa. Mesti kaum Hawa pening kepala juga nak memikirkan apakah juadah yang hendak disediakan setiap hari.....

Antara menu semalam ialah Kerabu Mangga Ikan Masin. nanti saya update resepinya sebab nak ke pasar dulu, my husband dah request nak makan something untuk berbuka nanti...

Bahan bahan
  • 1 biji mangga muda
  • 1/2  labu bawang besar - dimayang
  • 3 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula somtam
  • Sedikit jus limau
  • Isi ikan kurau masin - digoreng dan dihancurkan.
Cara cara
  1. Mangga muda dikupas dan disagat. Bersihkan dan tos.
  2. Tumbuk cili padi dan bawang merah hingga lumat.
  3. Masukkan isi mangga yang telah disagat ke dalam bekas, gaulkan bersama sama dengan bahan tumbuk, bawang besar, sos ikan, gula somtam, jus limau dan juga isi ikan masin.

Kerabu Mangga Ikan Masin

Tuesday, May 31, 2011

Kerabu Pucuk Paku


Selamat Pagi Malaysia..

Hari ni ramai yang pasti "Panas Hati" bila baca paper atau baca berita di Internet. Selain dari pengumuman kenaikan tariff elektrik, pasti pasal pernikahan SY aka Abang Jem. Yang panas hati pastinya ramai dari kalangan wanita dan ada juga yang kalangan kaum lelaki yang tak puas hati...

Eh, aku lagi hemsem apa dari SY? Hidung aku pun comel apa.... 
Apa apa pun mereka dah selamat menjadi suami isteri. 

Daripada saya fikirkan pasal benda yang tak berfaedah pada saya, lebih baik saya fikir nak masak apa untuk suami dan tekak sendiri. Saya cukup suka makan kerabu, terutamanya Kerabu Pucuk Paku dengan kerang. Semalam pagi pagi saya dah ke pasar sebab mencari stok barang basah. Jadi terus terfikir nak buat kerabu ni. Saya beli kerang sebungkus, sikit saya guna untuk buat kerabu dan selebihnya saya buat sambal kerang. Dah jimat masa nak fikir menu yang lain.



Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - siang dan celur
30 sen taugeh - dicelur
Isi kerang yg telah direbus
1/3 cawan pati santan
Sedikit kerisek
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan ditumbuk lumat


4 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering
1 sudu makan serbuk belacan

2 sudu besar jus limau
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa

Cara cara

1. Satukan bahan yg telah ditumbuk di dalam bekas bersama bahan yg telah dimayang. Gaul rata.
2. Masukkan kerisek, garam, gula, santan dai jus limau. Gaul sebati.
3. Masukkan kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul rata.
4. Sedia dinikmati.

Wednesday, May 25, 2011

Kerabu Jantung Pisang & Ikan Rebus


Kelmarin dulu dah masak beria ia kan, so malam tadi masak yang simple saja.

Dah selalu buat kerabu jantung pisang ni, tapi kali ini saya tambahkan dengan isi ikan yang telah direbus. Not bad juga rasanya. Selalu saya tambahkan perut lembu yang direbus.So bila makan ada terasa liat liat sikit.

Semalam saya cuba nak buat apam beras, dah lama teringin nak buat bila tengok ramai kawan kawan yang dah buat. Masa bancuh tu bukan main lagi berbuih buih, so dalam hati mesti jadi ni.
Bila dah siap kukus, aduhai........
Bukan setakat tak pecah, macam bantat pun ya juga. Entah kat mana silap, yis yang dah lama atau ada step yang tertinggal. Takpe, nanti nak cuba lagi.



Bahan bahan


1 biji jantung pisang - di rebus dan dihiris nipis
1 ekor ikan kembung - direbus dan asingkan isinya
2 biji cili padi ( ikut kepedasan )
1 biji cili merah
1 sudu makan kerisek
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
1 cm halia
1 cm lengkuas
Sedikit jus lemon

Cara cara
  • Kisar bawang merah,halia, lengkuas,belacan, cili merah dan cili padi hingga hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung pisang  yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan juga isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya.
  • Gaulkan semua bahan hingga mesra, perasakan dengan garam,gula dan jus lemon.
  • Kalau suka boleh di tambah dengan hirisan bawang besar.

Monday, April 18, 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis


Malam ni saya masak menu ulangan, malas pulak nak ambil gambar. Cuma letak gambar kerabu tomato saja. Actually plan balik kerja tadi nak buat Japanese Cheese Cake, sebab tertunda dari semalam. Plan awal nak buat petang semalam tapi my husband ajak keluar pulak. Balik kerja tadi dah keluarkan cream cheese dan bahan bahan lain nak buat cake, bila my husband balik, saya tinggalkan dulu. Bila dah selesai makan malam, tiba tiba rasa malas nak buat pulak. Akhirnya semua bahan masuk balik tempat asal.....
Kalau rajin, esok sambung buat.....

Tuesday, April 5, 2011

Kerabu Jantung Pisang

Dah agak lama tak buat kerabu.....

Malam ni terasa macam nak makan kerabu, masa sebelum balik tadi saya singgah pasaraya, ternampak jantung pisang. Itupun ada satu saja, tiada pilihan jadi saya ambil sajalah. Nasib baik saiznya tidaklah besar sangat.

Bahan bahan
1 jantung pisang - direbus dan dihiris
1 biji cili merah *
2 biji cili padi *
3 ulas bawang merah *
1 cm lengkuas *
1 cm belacan *
1/2 sudu kecil gula *
1 sudu kecil jus limau
Garam
1 sudu makan kerisek

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur.
2. Masukkan jantung pisang yang telah dihiris tadi ke dalam mangkuk, masukkan juga bahan yang telah dikisar tadi.
3. Kemudian masukkan jus limau, kerisek dan perasakan dengan garam.

Sunday, January 9, 2011

Kerabu Mangga

Dalam malas malas nak masak pun masih sempat buat kerabu mangga. Beli buah mangga dah lama tangguh nak buat saja. Kadang kala dah bawa keluar buah mangga dari peti ais, bila fikir fikir balik takde mood nak makan kerabu, saya simpan balik. Tapi malam ni ada sedikit kerajinan, terus saya buat takut nanti buah ni jadi lembik, dah tak sesuai buat kerabu lagi.

Oh ya, ada beberapa pengunjung blog ni bertanyakan jenis kamera yang saya gunakan. Saya gunakan kamera CANON EOS 500D. Saya ada lens CANON 50mm, TAMRON 70-300mm dan yang latest ialah TAMRON 18-200 mm.

Thursday, September 23, 2010

Som Tum

 
Dah agak lama juga tak buat som tum ni. Lesung som tum pun dah lama bertapa kat dalam stor. Sejak baik demam ni tekak terasa rasa nak makan yang macam ni. Dah banyak kali buat, resepi boleh search kat sebelah.

Friday, April 23, 2010

Kerabu Jantung Pisang


Akhirnya kerajinan datang juga walau pun tak la banyak sangat tapi at least ada org tak kebuluran la malam ni. Kerabu Jantung Pisang, kalau ratah pun sodap juga.

Thursday, April 8, 2010

Kerabu Mangga


Dah lama tak buat kerabu mangga, tadi nampak mangga kat pasar terus beli. Jiya, gambar akak semua jadi kaler oren sebab lampu kat rumah dah bertukar kaler. Hari tu pakai lampu cahaya putih, sekarang tukar semua kaler merah. Habis semua gambar jadi merah.
Lepas ni kalau nak ambil gambar waktu malam, kena cari port yang ada lampu putih. Tak pun kena tunggu siang je.... Layanlah gambar yang bewarna kemerah merahan ni.

Thursday, March 4, 2010

Kerabu Pucuk Paku


Dah banyak kali buat kerabu ni. Jadi kalau teringin nak mencuba, boleh selak almari saya kat sebelah ye...
Selalu saya celr dulu taugeh tu, tapi kali ni saya masukkan taugeh mentah. Sebenarnya saya terlupa beli, masa nak buat baru perasan taugeh tak ada. Nasib baik my husband belm balik, so call minta dia tolong belikan. Sampai je terus cuci dan masukkan dalam kerabu. Ok lah kan, kira makanan berkhasiat.

Tuesday, February 9, 2010

Kerabu Tomato lagi....


Haa....kan saya dah kata, saya memang malas sangat tapi dah jemu asyik makan makanan yg bungkus je. Jadi my husband cakap masak je lah apa yg ada dan simple simple je...
Ni kira dah malas nak masak sayur, jadi makan je lah sayur mentah.

Monday, February 1, 2010

Kerabu Sotong


Dah pernah buat kerabu sotong ni dulu. Tapi kali ni kurang bahan.

Tak kisah lah kalau kurang bahan satu dua, yang penting masih ada rasa kerabu sotong. Resepi asal saya ambil dari MyResepi.

Wednesday, January 6, 2010

Kerabu Tomato


Malas nak masak sayur, saya cuma buat kerabu tomato.
Tak perlu resepi lah ye, senang sangat. Cuma perlu tomato, bawang besar, cili padi, sos ikan, jus lima, gula kabung. Gaul sekata dan makan.....

Saturday, December 26, 2009

Kerabu Pucuk Paku



Uhhhh...teringin nak makan kerabu pucuk paku letak kerang banyak banyak...

Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - siang dan celur
30 sen taugeh - dicelur
Isi kerang yg telah direbus
1/2 cawan pati santan
Sedikit kerisek
1 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan ditumbuk lumat
4 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering
1 sudu makan serbuk belacan

2 sudu besar jus limau
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa

Cara cara

1. Satukan bahan yg telah ditumbuk di dalam bekas bersama bahan yg telah dimayang. Gaul rata.
2. Masukkan kerisek, garam, gula, santan dai jus limau. Gaul sebati.
3. Masukkan kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul rata.
4. Sedia dinikmati.