Showing posts with label Alatan. Show all posts
Showing posts with label Alatan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Pengukur Kelapa


Pernah nampak Pengukur Kelapa?


Kalau anda berumur lebih kurang saya mesti pernah nampak pengukur kelapa ni. Mungkin dirumah nenek di kampung pernah atau masih ada menyimpan alat untuk mengukur kelapa secara manual ini. Cuma mungkin bentuk badannya sedikit berlainan. Tapi sekarang mungkin jarang orang menyimpan alat ini sebab lebih senang menggunakan mesin kelapa yang menggunakan elektrik. Dan lebih senang kalau beli saja kelapa parut atau santan dikedai.

Even saya pun lebih suka beli kelapa parut atau santan dikedai, mana la sempat nak memarut kelapa bila sampai rumah dah hampir pukul 7 setiap hari. Tapi satu hari tu saya terjumpa alat ini di sebuah kedai barangan dapur, terus terfikir nak membeli sekadar untuk buat koleksi atau sesekali boleh guna sebagai props.Mana lah tau kan, esok esok ada yang tak kenal pengukur kelapa, bolehlah saya tunjuk. Saya juga masih menyimpan sebuah seterika arang peninggalan dari aruah nenek suami saya rasanya. Agaknya esok boleh buka muzium barangan lama. 

Wednesday, July 27, 2011

Ahli Baru.....

New Tripod


Orang lain sibuk tambah ahli keluarga, saya pulak sibuk tambah ahli kelab menembak. Selama ni guna tripod free yang agak ringan, so bila pasang kamera + lens + Flash memang tak stabil. Itu pasal ada sekali tu hampir nak tersungkur menyembah makanan atas meja.

Thanks to my beloved hubby sebab belikan tripod baru. Sila abaikan persekitaran yang semak dan bersepah sepah tu ye.... Baru sampai pagi tadi, tak sempat nak membelek lagi sebab hari ni sibuk ke sana ke mari.

Sunday, January 16, 2011

Gas BBQ Grill


Hari ini nak tunjukkan my new toy in the house. Actually saya dah mengendeng dengan my husband suruh beli Gas BBQ Grill ni sejak dari tahun lepas lagi. Tapi my husband cakap bukannya selalu pun buat BBQ kat rumah ni. Tapi tiba tiba semalam dia cakap nak belikan Gas BBQ Grill ni pulak. So hari ni pagi pagi lagi dia dah ajak saya pergi beli. Tapi kami ambil yang agak murah sekali ler.... Mana nak ada duit kalau nak beli yang sampai ribu riban tu. Ini pun my husband dah sound jangan sampai jadi tukun tiruan dalam bilik stor.

Dalam kepala saya dah ada beberapa menu yang saya nak cuba untuk merasmikan my Gas BBQ Grill ni. Tadi dah siap beli skewer dan corn holder untuk bakar jagung. Tapi tak taulah bila tu.......

Monday, July 26, 2010

Crepe Pan


Ini ialah Crepe Pan, memang senang nk buat crepe aka lempeng omputih tu. Kalau rajin boleh cari kat kedai orang India yang menjual barangan household. Kalau kat Klang boleh cari kat Liitle India. Tapi kalau malas nak bersesak boleh order ngan Chik Mimi  ( chik mi, jangan lupa komisen ye sebab tolong promote). Kalau nak cepat lagi boleh beli kat GIANT Shah Alam untuk sesiapa yang duduk berdekatan. Bukan setakat buat crepe, boleh tebar roti jala, roti pratha dan yang seangkatan dengannya.

Saturday, June 26, 2010

My New Lady's Golf set




Hari ni saya dapat new golf set, Lady's set. Sebelum ni my husband bagi saya guna set dia sebab dia ada 2. Men's set lebih panjang dan sedikit berat berbanding dengan lady's set. Saya tak mintak pun, tadi lepas habis makan tengahari, my husband ajak singgah kat kedai Golf. Bila tanya nak buat apa, katanya saje je nak tengok apa yang baru. Bila masuk dalam kedai, dia tanya salesman tu pasal lady's set. Ada set yang pink colour dan siap dengan rambu ramba lagi. Tapi yg itu branded, MARUMAN dan harganya mencecah RM4000. Alahai, saya ni baru belajar pukul bola, bukannya nak main atas green pun, so rasa cam membazir juga kalau beli yang itu. Actually dia belikan saya set ni sebab dia tension saya asyik dok mengadap laptop atau pun asyik tengok cerita Korea la, sekejap cerita Taiwan la.... Sebab tu kalau saya on laptop je, dia mesti jeling dan tanya, "Bila nak habis tu?"

Saturday, May 22, 2010

Oven Baru....


Alhamdulillah, akhirnya hari ni saya dapat oven baru. Oven yang lama rosak, punyalah lama suruh my husband hantar untuk repair. Tapi selalu jawapannya ialah, nantilah dulu,bila free I hantar, ala rehatlah dulu tak perlu buat kek lagi dan macam macam alasan yang dia bagi.Since saya pun malas nak bising,saya buat tak tahu je lah. Nak beli guna duit sendiri dia tak bagi pulak, itu yang lama saya bercuti dari membuat apa apa yang menggunakan oven.

Tengahari tadi, my husband ajak saya pergi cari oven. Huishhhh seronok sangat, sebab boleh beli oven baru. My husband cakap, dia belikan oven sebagai hadiah kepada saya sempena Harijadinya hujung bulan ini. Ha! Harijadi dia, saya yang dapat hadiah? My husband cakap, ok apa. Cuba tengok bila Harijadi Sultan, orang lain yang dapat hadiah,dapat pangkat Datuk lah, Datuk Sri lah.... Tak salah pun. La..... ke situ pulak perginya. (Dia ingat dia tu Sultan ke?....) Yang penting saya dapat oven baru walaupun tak secanggih orang lain punya. Syukur sebab ada suami yang memahami dan cuba memenuhi keinginan saya.

Tuesday, March 16, 2010

Merasmikan Ice Shaver


Hari ni saya merasmikan ice shaver saya. Syokkk tengok ais yang telah jadi ais sagat tu....



So, ntuk menggunakan ais sagat tu, saya buat cendol. Tapi cendol beli yang ready made. Malas nak buat sendiri. Lepas tu, guna fresh milk instead of santan.

Monday, March 15, 2010

Ice Shaver



Hari tu masa merayap waktu kerja, sempat gi cuci mata kat satu kedai jual pinggan mangkuk. Thanks to Haslina (blogger) atas information yang diberi.
Updated:-

PERNIAGAAN TAI ONG JAYA SDN BHD
NO. 5-1, JLN PUTERI 5/7
BANDAR PUTERI, 47100 PUCHONG
SELANGOR DARUL EHSAN.
( Berhampiran kawasan GIANT Bandar Puteri Puchong)

Memang banyak pinggan mangkuk white porcelin yang ada tapi saya tak beli sebab takde yang menarik perhatian. (Selamat duit laki ku)....... Tapi setelah 2,3 kali pusing, ternampak ice shaver ni. Ada 2 jenis, satu yg manual. Maknanya kena guna kudrat la ye. Dan yang ini guna electric. Fikir punya fikir saya rembat yang ni. Balik, my husband tanya " You nak buka gerai ABC kat depan rumah ke?" Wakakakaka......plan untuk hari tua.

Sunday, March 14, 2010

Shopping! Shopping! And Shopping....


Hari ni my husband bawa gi shopping, yelah kan nak redeem hadiah birthday. Actually semalam dah pergi kedai Fotokem sebab nak cari External Flash tapi out of stock la pulak. So hari ni pagi pagi lagi kami dah keluar gi shopping. Bukan setakat flash je, tapi sempat rembat beberapa baking tools seperti aluminum ramekins seperti yg kat atas tu. Sesuai untuk buat cream caramel...


Plan nak beli canon flash tapi takde stock dan harganya RM 1K +++, tapi kat sini ada flash yg tak branded sangat dan harganya 50% less than Canon Brand, so my husband suruh beli je sebab still ok for beginner cam saya ni.


Yang ni pulak ialah flexible tripod. Boleh ikat kat tiang atau kat pokok.


Yang ni pulak ialah cleaning kits untuk my DSLR

Saturday, February 27, 2010

Toy baru....


Dah lama teringin nak beli electric steamer, tapi asyik bertangguh je...

Semalam saya nampak yang berkenan di hati dan harganya pun masih dalam budget, apalagi terus rembat je lah. Hari tu nyaris rembat yang bulat tapi dok fikir kalau nak steam ikan tak muat pulak nak letak sekor sekor. Itu yang tak jadi tu. Macam le selalu sangat steam ikan sampai sekor kan.Lagipn kalau nak guna loyang 4 segi susah juga kan. Alasan...

Tuesday, December 29, 2009

Lens Lagi....



Ohhhh..saya sudah addicted to this camera. Agaknya seperti budak remaja yang sedang di lamun cinta monyet. Makan, Minum dan Tidur kalau boleh nak peluk kamera. Nasib baik tak boleh bawa mandi sekali. Hari ni dapat lens baru lagi. Yg Macro Lens pun belum habis explore sudah beli lens lain. Tamak sungguh perempuan bernama saya ini.
Bukan apa, lagi senang minta beli lens dari minta my husband belikan Baking Tools. Dah berkurun saya bagi hints nak beli Mixer yang ok sikit bukannya yg cap ayam tu. Sampai sekarang tak dapat. Setiap kali suarakan pasal tu, jawapannya tetap sama. Ala pakai je lah yg dah ada tu. You bukannya rajin sangat membaking. Nak makan kek, nah duit, pergi beli jelah. Habis camne nak asah bakat saya dalam bab membaking ni. Alamat kena kumpul duit sendiri....

Wednesday, December 23, 2009

My New Lens


Hati tengah berbunga sebab dapat lens baru.

Walaupun masih dalam zone kena gam sebab bermulut celupar hari tu, masih sempat sambar 1 lens baru. Ala murah je, bukan sampai ribu riban. My husband cakap, try yg murah dulu, pergi kelas fotography then only we talk about more high tech lens. Tak kisah la yg murah pun, yg penting kumpul sikit sikit dulu.

Betul la kata orang, kalau dah terjebak dengan kamera ni mesti banyak nak guna duit. Sebabnya, mesti nak upgrade lens yang sedia ada. Jeles seh... tengok org lain ambil gambar cantik.

Tuesday, December 15, 2009

Salad Dressing Bottle

Hari tu pegi Giant, nampat set salad dressing bottle ini. Walaupun takdelah selalu sangat buat salad tapi saya beli juga sebab berkenan kat botol tu. Ala paling koman pun boleh isi minyak zaitun atau yg seangkatan dengannya.

Thursday, December 10, 2009

Ramekins

Semalam tengahari saya gi merayap kat TESCO. Tujuan asal nak beli ink printer dan lunch, tapi biasalah kalau dah masuk sana mesti nak menjeling kat bahagian pinggan mangkuk. Saya perasan ada RAMEKINS, sebelum ni tak perasanlah pulak. Tapi saya tak beli, dah banyak kat rumah. Harganya RM29.90 untuk 4 pcs.

Thursday, December 3, 2009

Mini Blender



Sebelum cuti raya haji, saya pergi Tesco dan dengan tak sengaja "terbeli" mini bender ni. ( Boleh percaya ke istilah tak sengaja?) sekarang pun memang guna blender biasa jenama philips. Tapi kadang kala benda yg nak dikisar tu sikit sangat. Nak guna lesung batu, tulang kita ni rapuh. Takut berterabur pulak tulang kat lantai.

Jadi dengan alasan ni, saya terbeli mini blender ni. Memang agak kecil, lebih kurang 400 ml je. Sesuai le kalau setakat nak blend sebiji apple tu. Maklumlah, saya cuma dua org je yg nak makan, so selalu masak tu dalam small portion. Rice cooker pun dah lama tak guna, masak nasi pun guna Microwave je.

Lagipun saje je nak tayang mini blender ni, sebabnya........... dengki kat JIYA. Dia beli rice cooker Philips.




~ Yesterday is History, Tomorrow is Mystery and Today is a Gift. That's why we called it Present ~

Wednesday, October 14, 2009

Tea Set Lama


Ini adalah tea set peninggalan arwah MIL. Tak banyak barang barang lama yang ada, cuma yg ini saja yang masih dalam keadaan elok. Kebanyakkan yg lain tu sompek atau pecah dan diletakkan di dalam bangsal. Nak ambil pun dah tak elok lagi. Saya ni bukanlah tergolong dalam golongan yg suka simpan barang barang lama, tapi sekurang kurang saya simpan buat kenangan arwah MIL.

Wednesday, September 30, 2009

Display Cabinet

Hari tu Kmal nak tengok cabinet yg my husband beli selepas membeli pinggan mangkuk tu. Ala display cabinet yang murah je.... Sibuk je saya ni nak cabinet juga, macam la byk beno pinggan mangkuk yg cun melecun kat rumah ni. Tapi sebabkan my husband willingly to buy walaupun saya tak minta, saya ok je. Nanti letak je pinggan mangkuk walaupun takde pinggan mangkuk yg antik atau Noritake ke....

Botol Mayo


Inilah gambar botol mayo yg saya gunakan untuk buat roti jala semalam. Actually bekas ni untuk diisi mayones tapi boleh dipelbagai gunakan ikut keperluan.

Sunday, September 27, 2009

My new Gadget

Alhamdulillah, hari ni dapat gadget baru. Ingatkan lambat lagi nak dapat atau kena tunggu bulan Disember masa Anniversary. Nampaknya dapat hadiah Anni awal, so bulan Disember nanti kena duduk diam diam je la. Petang tadi my husband ajak keluar, ingatkan saja je nak makan kat luar. Tengok tengok dia ajak ke kedai yg jual kamera. Dari jauh lagi saya dah tersengih sebab 90% harapan nak dapat kamera dah ada. So akhirnya Canon EOS 500D kepunyaan saya.



Antara free gift yang saya dapat

DSLR Beg

Tripod dan SD Card 4 GB

Friday, September 25, 2009

Acara pujuk memujuk.....

Sebelum raya hari tu, my husband cakap nak balik beraya kat Perlis walaupun raya kali ni turn kat rumah my parents. Maksudnya, lepas raya kat rumah my parents, masa raya ke4 tu nak terus balik Perlis pulak. Tapi last minute terpaksa cancel sebab my husband kena balik jengok site. Alahai, bukan main lagi saya plan nak merayap masa balik Perlis nanti, boleh lajak ke Langkawi ke.... Tapi sebab tak jadi, petang tadi my husband ajak keluar pegi tengok pinggan mangkuk. Terus excited dan apalagi, rembat je la apa yg patut....