Monday, March 23, 2015

Browned Butter Chocolate Chips





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Wahhhh seminggu lebih tak update blog. Cuti sekolah, cuti berblog juga. Maklumlah keluarga datang, kita pun sibuk melayan. Sekarang ini saya cuma ada masa weekend saja untuk mencuba resepi dan mengambil gambar. Weekdays memang tak sempat + malas. So bila weekend ada tetamu memang tak sempat langsung nak ambil gambar food.

Ini pun saya sempat ambil gambar pagi tadi. Memang teruk kualiti gambar. Tapi masukkan juga sebab dah lama tiada entry.

Layan dulu gambar Browned Butter Chocolate Chip Cookies.

Monday, March 9, 2015

Mee Kari Ala Cina

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Semalam my husband request nak makan mee kari. Lama juga tak masak mee kari kat rumah. Kebetulan saya ada beli Majalah Saji dan di dalamnya ada resepi Mee Kari Ipoh. Bila belek resepi, rasanya agak senang cuma banyak menggunakan bahan bahan yang digunakan di dalam yong tau foo seperti bebola ikan, kek ikan dan dan sebagainya. Ia tidak menggunakan ayam seperti kebiasaan mee kari Melayu. 

Jadi saya ambil keputusan untuk mencuba resepi Mee Kari ini, lagipun my husband agak biasa dengan Mee Kari Ipoh kerana bersekolah asrama di sana.

Sejujurnya saya juga lebih sukakan style yang ini.



Penuh mangkuk saya dengan accessories sampingan.

Kebetulan saya ada menyimpan kepala dan kulit udang di dalam esbok, plan asalnya nak masak mee udang tapi saya gunakan untuk membuat stok untuk memasak Mee Kari Ala Cina ini.

Saya difahamkan bahawa Mee kari Ipoh menggunakan stok ikan bilis tetapi saya masukkan juga air rebusan kepala dan kulit udang.
 


Bahan bahan
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sudu besar ikan bilis - rendam, tos dan kisar
1 1/2 cawan santan
Minyak masak
1 batang kulit kayu manis- saya tambah
4  buah pelaga - saya tambah
2  bunga lawang - saya tambah
2 sudu besar cili kering kisar - saya tambah
1 liter stock udang
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain
Mee kuning - celur dan toskan
Taugeh - celur dan toskan
Bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan sebagainya - potong saiz yang sesuai

Cara cara
1. Satukan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar bersama sama dengan rempah dan cili kisar bersama sedikit air. Gaul dan jadikan seperti paste.
2. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan paste rempah dan air asam jawa. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dikisar halus. Tuangkan santan dan juga stock udang dan biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bebola ikan dan sebagainya. Biarkan seketika dan matikan api.
5. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan taugeh dan tuang kuah bersama sama bahan sampingan.
6. Enak ditambah dengan Cantonese Chili Oil/ Sambal Udang kering.

 

Friday, March 6, 2015

5 Spice Fried Chicken



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita explore satu lagi menu simple. Ayam Goreng. Kanak kanak biasanya suka sangat dengan ayam goreng. Kadang nasi dengan ayam goreng saja pun dah cukup. Kalau meratah begitu saja pun mereka suka.

Ada pelbagai resepi ayam goreng yang boleh kita jumpa di internet. So kita boleh cuba yang mana satu kita berkenan.

Kali ini kita cuba resepi Five Spice Fried Chicken. Biasanya saya gunakan 5 spice untuk memasak udang, kali ini saya jumpa resepi ayam goreng yang menggunakan rempah ini.

 

5 Spice Fried Chicken
Sumber: Internet

Bahan bahan
12 ketul peha ayam - cuci bersih dan toskan
1 sudu besar rempah 5 spice
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu serbuk paprika
2 biji telur
1 sudu besar air
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Perasakan peha ayam dengan 1/2 sudu besar rempah 5 spice,serbuk bawang putih,serbuk paprika, garam dan lada hitam.
2.Di dalam bekas lain, pukul ringgan telur dengan air dan tuang ke dalam bekas berisi ayam. Toss semua sehingga sebati. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain campurkan tepung, baki rempah 5, baking powder dan lada sulah. Gaul rata.
4. Panaskan minyak, ambil peha ayam tadi dan salutkan dengan tepung. Shake off excess tepung dan goreng hingga masak dan golden brown.
5.Hidang kan.
  
 
 
 

Tuesday, March 3, 2015

Koay Teow Soup with Homemade Fishball

  
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama juga simpan resepi Homemade fishball dari FB Tahrunnisah ni. Tapi belum sampai seru untuk mencubanya.

So semalam saya tekad untuk mencuba dan di makan bersama koay teow soup simple. Sekarang semua dah buat yang simple saja.

Kalau diikutkan homemade fishball agak costly berbanding dengan jika beli saja yang ready made. Memang banyak sangat beza harganya especially kalau menggunakan ikan tenggiri.



Fishball

Bahan bahan
300 gms ikan tenggiri ( ambil isinya )
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 - 3/4 cawan air ais

Cara caranya
1. Kisar semua bahan hingga sebati sehingga adunan menjadi seperti hendak menyediakan adunan cucur pisang.
2. Bentukkan seperti bebola dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais yang dicampur sedikit garam.
3. Buat sehingga habis. Biarkan selama lebih kurang 15 minit.
4. Rebus bebola ikan dan bila ia timbul keluarkan.

* Untuk langkah demi langkah boleh lihat di FB Tahrunnisah.
 

Sementara untuk simple koay teow soup, cuma gunakan kembali air rebusan bebola tadi, masukkan segenggam ikan bilis dan rebus. Kemudian tapis dan masukkan kembali air tapisan ke dalam periuk. Perasakan dengan kicap cair atau garam. Hidangkan bersama koay teow dan bok choy yang telah dicelur. Dan taburkan bawang goreng.

Jika suka boleh buat sambal kicap atau makan bersama sambal udang kering.

Monday, March 2, 2015

Cantonese Chili Oil / Sambal Udang Kering


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali, maafkan tuan rumah kerana kebelakangan ini semakin kurang update blog. Bila masak benda yang sama agak malas untuk upload dalam blog. Dan malas juga nak gayakan makanan untuk diambil gambar. Penyakit kronik betul....

Kadang kala bila dah ambil gambar rasa macam tak kena je... itu yang jadi malas nak masukkan dalam blog.
 


Beberapa hari lepas saya buat Cantonese Chili Oil atau boleh dikatakan seperti sambal udang kering. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara. Saya suka makan bersama sama bubur nasi, bihun sup dan boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi atau mee. Kepedasannya boleh di adjust bergantung pada individu. Jika suka yang agak pedas boleh gunakan cili padi jika tidak hanya gunakan cili merah.

Bahan bahan

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi / boleh gantikan dengan cili merah
50 gms udang kering - rendam dan toskan
70 gms chili flakes
Garam dan gula secukupnya
2 sudu kecil serbuk ayam knorr
500 ml minyak masak

Cara cara
- Kisar semua bahan di atas kecuali garam, gula, serbuk ayam dan minyak. Jangan terlalu halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perlahan api dan reneh sebentar.
- Perasakan dengan garam, gula dan chicken powder.
- Bila rasa dah sebati, matikan api dan biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.