Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Agaknya dimana silap pada kek chiffon pulut hitam saya ini? Sepatutnya ia bewarna kehitaman tetapi kek saya lebih kepada kehijauan. Seakan akan Matcha Chiffon Cake. Rasanya tak salah letak tepung...
Ingatkan kek chiffon saya tak menjadi memandangkan telur putih yang saya pukul tidak mahu kembang atau soft peak. Selalunya sekejap saya tetapi semalam, agak lama juga namun masih tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin disebabkan telur yang agak lama.
Resepi dari blog CMG rasanya, tetapi saya copy dari blog Syapex. Saya kurangkan penggunaan gula. Walaupun sudah dikurangkan, masih agak manis lagi.
Nanti bila lapang sikit baru saya akan update resepinya. So for the mean time, sila menjamu mata ye...
Bahan A
4 biji kuning telur
35 gms gula halus ( saya guna 20 gms )
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gms tepung gandum *
50 gms tepung pulut hitam *
1/2 sudu teh Double Acting Baking Powder *
Satukan semua bahan bertanda * dan ayak
75 ml santan pekat
2 sudu besar minyak jagung
Bahan B
4 biji putih telur
65 gms gula halus ( saya guna 50 gms )
1/2 sudu teh garam
Cara cara
1. Pukul ringan kuning telur dan gula. Masukan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak tadi. Kemudian masukkan perlahan lahan pati santan dan minyak jagung. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit hingga menjadi kental.
3. Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung dan gaul dengan kaedah kaup balik.
4. Tuangkan ke dalam acuan kek chiffon. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 min. Kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar kek hingga masak.
5. Keluarkan dari oven, terbalikkan acuan kek dan biarkan hingga sejuk.