Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini tak sempat nak berceloteh panjang, ada banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum Big Boss bagi jelingan maut...
Jadi kena update blog cepat cepat. Sila jangan tiru aksi ini di pejabat ye.. Tak pasal pasal dapat "surat cinta" dari boss pula.
Semalam masa buka peti ais nampak baki labu. Dah hampir kecut. Entah nak masak apa pun tak tahu. Kebetulan my husband dah plan nak beli makanan sebelum balik jadi saya tidak akan masak untuk dinner.
So google apa yang boleh buat dengan labu yang sedikit ni. Jumpa satu resepi tapi menggunakan pisang, tapi saya tukar kepada labu. Campur saya apa bahan yang ada di dapur.
PUMPKIN & CRANCERRY MUFFIN
Bahan bahan
100 gms labu yang telah direbus dan dilenyek
160 gms gula castor / saya tukar dengan agave nectar
250 gms tepung serba guna
1 sudu teh vanilla
100 gms salted butter
1 sudu teh baking powder
100 ml buttermilk
50 gms dried cranberries
2 biji telur
Biji labu untuk taburan
Cara cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu.
2. Dengan menggunakan senduk kayu,masukkan labu, buttermilk dan dried cranberries.
3.Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sama. Gaul sebati. Jangan terlebih gaul.
4.Panaskan oven pada suhu 160C, gliskan pan dan tuang adunan. Tabur biji labu di atas permukaan adunan. Masak selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum keluarkan dari pan.
5 comments :
alahai... moleknya bekas muffin tu, biasa jumpa yg bulat.
sudipVSsenduk,
Beli kat Giant. Actually itu Lamington Pan tapi ahkak suka suka hati guna buat muffin.
sedapnyerr..
adda,
Nak ke? Nanti akak pos sikit....hehhehe
menariknya mufin ni..
Post a Comment