Monday, December 23, 2013

Kuih Bakar Daging



Hari ini saya agak terlebih rajin dan ada sedikit masa terluang. So sementara masa mengizinkan, saya masukkan dulu entry kedua untuk hari ini. Kuih Bakar Daging yang saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Maklumlah semalam cuaca di Shah Alam agak mendung dan lembab, apalagi asyik fikir pasal makanan sajalah....

Bayangkanlah lunch pukul 1.30 ptg, kemudian minum petang pukul 5 ptg lepas tu dalam pukul 6.30 ptg my husband ajak keluar makan Satay Hj Samuri di R&R di Lebuhraya Guthrie. Sendat perut dibuatnya... Habis macam mana nak kurus.



Resepi asal dari blog www.fauziahsamad.com. Cuma saya buat 1/3 dari adunan asal memandangkan ahli dalam rumah cuma ada 2 saja. Instead of gunakan acuan kuih bakar/baulu kemboja, saya gunakan silicone moulds.

Untuk resepi asal boleh terjah blog tuan punya resepi dan kalau rajin saya akan salin semula resepinya nanti.


Enak dimakan bersama sama sos cili.

Kuih Bakar Daging

Bahan bahan

Bahan untuk Intinya
250 gms daging ( saya guna daging kisar)
1½ sudu rempah daging
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

Bahan untuk adunan tepung (batter)
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin 
Hirisan cili merah dan daun sup

CARA MEMBUATNYA:

1- Tumis bawang yang telah dicincang hingga kekuningan, masukkan rempah kari dan masak hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan masak hingga kering. Ketepikan.

2- Pukul telor hingga kembang, kemudian masukkan semua cecair (susu/santan dan air).Kacau hingga sebati.
3- Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan kalau perlu boleh masukkan ke dalam blender dan kisar seketika supaya adunan sebati dan halus.
4- Masukkan sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
5- Panaskan oven pana suhu 160 darjah celcius, ambil acuan kuih bakar dan letakkan atas dapur. Letakkan ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan.
6- Bila sudah panas, perlahankan api dan tuang adunan ¾ penuh ke dalam acuan. Biar lebih kurang satu minit, sudukan daging yang digoreng tadi ke dalam acuan yang telah berisi tepung. Bila nampak garing di bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas sahaja selama lebih kurang 15-20 minit.
7- Guna pisau dan keluarkan kuih semasa panas. 


Cara saya ( sebab tak jumpa acuan baulu kemboja )
1- Panaskan oven, api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius.
2- Susun silicone mould di atas dulang pembakar, tuang aduan hingga 3/4 penuh acuan.
3- Sudukan daging yang telah digoreng tadi dan tabur diatasnya dengan hirisan cili merah dan daun sup.
4- Bakar selama lebih kurang 20 minit atas sehingga kuih sudah kekuningan dan nampak kuih sudah renggang dari acuannya.



Kerepek Ngaku @ Arrowhead Chips



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kerepek Ngaku kembali lagi.
Ermmmm memang addicted betul kalau sudah mula mengunyah kerepek ni. Sedar sedar dah habis dalam balang. Tambahan kalau mengunyah sambil menonton cerita kesukaan di TV lagilah tak perasan balang dah tinggal serdak je.

Actually saya beli buah ngaku ni minggu lepas hari sabtu. Tetapi memandangkan banyak kerja menyebabkan operasi nak buat kerepek terlupa begitu saja. Tiba tiba teringat bila saya ke Tesco semalam, banyak betul buah ini di sana. So balik je terus buka peti ais, nampak buah ngaku dah hampir kecut. Jadi dari dibuang lebih baik rajinkan diri buat masa itu juga.





Process penyediaannya senang saja, cuma perlu kupas, cuci, hiris nipis/slicing dan goreng.

Apa yang saya lakukan ialah mula mula saya sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar. Kemudian saya kupas buah ngaku  dan parutkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah diparut, saya biarkan seketika kemudian saya basuh dengan air paip.

Kemudian saya panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas. Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat. Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.

Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.

Alhamdulillah kerepek saya mempunyai warna yang sedang elok, tidak masin dan tentunya sedap sekali.


Saturday, December 21, 2013

Steamed Chicken Boxing Curry


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Amboiiiiiii lamanya ahkak tak update blog kan..... ishhhhh susah betul nak cari ubat untuk buatkan diri ni rajin kemas "rumah" sendiri.

Tambahan sekarang my husband plan nak ubahsuai rumah sikit so banyak barang barang dalam store dialih kedudukannya. Susah juga nak cari segala peralatan/props ahkak...

Bila dah dipindahkan segala makhluk dalam store, maka jumpalah barang barang yang dibeli 2,3 tahun lepas tapi tak pernah digunakan. Sempatlah pakcik tu mengeluarkan amaran keras " Stop dulu beli your props or whatever it is"
Erkkkkk..... terkedu ahkak sekejap.

Tetapi memandangkan my husband nak ubahsuai rumah untuk memudahkan isterinya main masak masak dan ambil gambar jadi ahkak setuju jelah tak beli props sementara waktu. (psssst..... dia bukan tahu pun kalau ahkak beli)




Okay berbalik pada entry kali ini, saya tayang gambar Chicken Boxing.

Saya tahu...

Orang lain dah lama buat, saya saja yang masih ketinggalan. Baru sampai seru untuk buat chicken boxing ni. Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis dan asalnya dari Blog Diana Skyblue's Kitchen.

Jom kita berboxing......







Monday, December 9, 2013

Pulut Serunding Kelapa Udang Kering




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah hari ni cuaca agak panas di Shah Alam, sempatlah kering kain yang dijemuran. Ahli keluarga tidak ramai jadi tidaklah begitu risau pasal kain yang tak sempat kering.

Harap sang mentari akan bersinar dengan garangnya di Pantai Timur especially di kawasan yang dilanda banjir yang teruk. Semoga mangsa mangsa banjir dapat pulang semula ke rumah masing masing.

Setiap hari mesti call my parents tanyakan keaadaan mereka, walaupun air tidak masuk ke dalam rumah tetapi kebanyakkan jalan terputus hubungan dan agak sukar  untuk mendapatkan bahan basah. My husband suruh mereka berpindah ke rumah kami sementara menunggu keaadan pulih tetapi biasalah orang tua, risau meninggalkan rumah mereka.. Selagi boleh bertahan, mereka akan bertahan.



Actually saya buat pulut serunding kelapa ni pada hari Jumaat lepas, tiada berkesempatan untuk update dalam blog. Resepi serunding kelapa udang kering ni saya ambil dari blog CMG.

Ingatkan nak buat cucur badak, tapi rasa macam malas pula. Tapi serunding kelapa ini masi ada berbaki, kalau mood rajin nanti boleh juga buat cucur badak.



Kalau rajin nanti saya salin semula resepi Serunding kelapa udang kering ni, kalau tidak bolehlah intai kat blog CMG.




Tuesday, December 3, 2013

Cucur Jagung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang dah masuk musim tengkujuh, hujan kadang kala sepanjang hari. Sementara di Pantai Timur sudah ada yang dilanda banjir. Semoga kawan kawan yang berada dalam kawasan yang selalu dinaiki air sentiasa berwaspada.

Kepada yang ada anak anak kecil, kenalah beri lebih perhatian, maklumlah malang tidak berbau. Selalu kita dengar kanak kanak yang lemas akibat dibiarkan bermain dengan air hujan/banjir.



Memandangkan musim hujan dan hari yang agak lembab, apakata kita makan cucur jagung. Semalam sebelum balik kerja singgah beli udang, konon kononnya nak masukkan dalam cucur jagung. Entah macam mana, sampai rumah letak barang yang dibeli kat dapur then sibuk buat itu ini sampai terlupa nak simpan udang dalam freezer. Sedar sedar pagi tadi udang dah berbau. So saya tukar gunakan udang kering. Itulah bila umur makin meningkat, banyak saraf dah putus...asyik lupa saja.


Saya cari dalam internet banyak resepi yang keluar, ada kat rumah Kak Nor Secubit Garam, rumah Cik Mat Gebu, rumah Kak Patyskitchen dan ramai lagi. Ada pelbagai versi untuk membuat cucur jagung ni. Ikutlah apa yang ada dan apa yang kita suka.

Saya gunakan tepung gandum,isi dari setongkol jagung mentah, daun kucai, cili merah, beberapa ulas bawang merah, sedikit garam, segenggam udang kering dan air.

Ada yang tambahkan sedikit nasi dan ada juga yang letak yis dan juga telur.

Tepuk dada tanya selera. Yang mana satu sesuai dengan selera masing masing.