Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Raw Salad with Golden Flax Seed


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Selamat berhujung minggu. Semalam saya tak masak untuk dinner sebab my husband menawarkan diri untuk........

Beli di kedai!!!

So saya teringin nak makan salad sebab beberapa hari lepas my husband ada belikan daging kambing panggang yang disertakan dengan salad. Aduhai sedap pulak salad tu. Rasa tak puas pula, so lebih baik kalau buat sendiri.


Kalau nak versi yang menyihatkan boleh sediakan sendiri sosnya tapi saya agak malas sikit jadi saya beli ready made Thousand Island Sauce.

Saya gunakan sayuran yang ada dalam peti ais seperti capsicum, kobis hijau dan purple dan juga tomato. Taburkan Golden Flax Seed.



Have a nice weekend...


Tuesday, April 1, 2014

Som Tum - Thai Green Papaya Salad


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini just nak letak gambar menu ulangan yang dah beberapa kali saya buat. Badan asyik rasa kurang bertenaga dan tekak rasa nak makan yang masam masam . Jangan fikir lain ye... Bukan pasal pregnant ke apa, saja tekak mengada ngada sikit...


Kacang tanah tu terhangit sikit, malas nak goreng, saya bakar dalam oven. Bila terleka sikit, baru perasan kacang dah terlebih garing.



Teringat masa saya dan beberapa kawan kawan bercuti ke Langkawi pada bulan Januari yang lepas, ada sekali tu kami berhenti untuk makan tengahari tetapi waktu sudah melepasi waktu makan so tak banyak pilihan yang ada. So saja saja saya order somtum 2 hidangan. Salah seorang kawan cakap " uishhhhh kenapa order banyak sangat ni, siapa nak habiskan". Alih alih tak cukup dan dia cakap menyesal tak order lebih....

Biasalah kan, kalau makan ramai ramai dan berebut memang selalunya tak cukup...


Layan gambar sajalah ye....


Saturday, April 27, 2013

Som Tam


Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Actually tak berapa ada idea nak masak apa, masih mencari cari mood dan angin rajin yang hilang entah ke mana. Bandingkan dengan tahun tahun yang lepas, boleh dikatakan setiap hari ada saja entry dalam blog. Tapi makin lama makin kurang, kadang kala masak menu yang sama atau lebih kurang jadi rasa macam malas pula nak ambil gambar dan upload dalam blog.




Rasanya agak lama juga tak buat som tam kat rumah.  Lagipun ada beberapa bahan yang sudah kehabisan, maklumlah sudah lama tak balik Perlis. Bahan bahan penting biasanya saya beli bila ke Padang Besar.

Tetapi rasa hari ni rasa macam teringin nak makan somtam, so saya buat dengan bahan yang ada dan gantikan apa yang tiada dengan yang seakan akan rasanya.


Ini ialah lesung kayu yang biasa digunakan untuk menyediakan som tam. Kalau tiada boleh gunakan lesung batu biasa untuk menumbuk bahan bahan yang perlu.


Jemput rasa....



Sunday, September 30, 2012

Pamelo Salads with Grilled Prawns



Salam dan Selamat berhujung minggu.....


Cuaca di Shah Alam sekarang ni mendung, sedikit berangin dan tanda tanda hujan akan turun sudah kelihatan. Wah.... dah macam Pembaca Ramalan Cuaca pula kan. Yelah mana tahu ada kawan kawan yang diluar Shah Alam bercadang nak turun sini, jadi bolehlah prepare apa yang patut.

Actually saya dan suami bercadang nak bercuti ke Port Dickson, sekadar merehatkan badan seketika since balik dari cuti raya, memang fully occupied dan memang agak meletihkan. Tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir atas masalah technical yang tidak dapat dielakkan. Jadi kena ditunda ke minggu depan, Insyaallah.



Sudah beberapa kali saya bertangguh nak membuat Pamelo Salads, mula mula dulu masa balik dari cuti raya, saya singgah beli buah limau bali di salah satu RNR, lagipun Perak agak terkenal dengan pengeluaran Limau Balinya. Isinya bewarna kemerah merahan dan rasanya cukup manis dan sedikit pedar atau tart.

Yang paling ambil masa ialah semasa nak kupas limau bali dan pisahkan isinya. Kita tengah sibuk perisikan buah, ada tangan lain yang senyap senyap ambil masuk mulut. Sedar sedar tak banyak isi yang tinggal. Kemudian campur dengan rasa malas sikit, terus tak jadi buat.

Kebetulan 2 hari lepas saya ternampak buah limau bali ni ni Pasaraya HERO, terus capa sebiji. Tapi tak sempat buat hari yang sama, simpan hingga hari ini. Tapi kali isinya berwarna lutsinar/putih dan sedikit masam dan rasa pedarnya agak kuat. Jadi tak adalah tangan tangan yang menyelinap dalam senyap.


PAMELO SALADS WITH GRILLED PRAWNS

Bahan bahan

1/2 biji buah limau bali - kupas kulit dan asingkan isinya.
1/2 biji timun - hiris memanjang seperti batang mancis
1/2 biji lobak merah - hiris memanjang seperti batang mancis
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
Sedikit kacang tanah - digoreng tanpa minyak

Untuk Dressing
2 sudu makan sos ikan
1 1/2 sudu makan jus limau
1 sudu makan air
1 sudu makan gula kabung
3 biji cili padi - hiris nipis.

Cara Menyediakannya
1. Campurkan semua bahan untuk "Dressing" ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan adjust the taste accordingly. Ia mesti masam, manis, pedas dan masin.
2. Masukkan semua bahan bahan salad kecuali kacang tanah, gaul sebati. Ketepikan.

GRILLED PRAWNS

7 ekor udang harimau - kupas kulit, belah belakang, cuci dan toskan.

Bahan perapan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu teh gula kabung
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan jus limau
1 sudu makan sos soya

Cara Menyediakannya
1. Campurkan bahan perapan, masukkan udang dan gaul sekata. Perap lebih kurang 10 minit.
2. Panaskan kuali pemanggang, bakar udang hingga masak.

***
Semasa menghidang, taburkan kacang tanah goreng dan grilled prawns ke atas Pamelo Salads.

Monday, May 23, 2011

Sambal Udang

 Sambal Udang

Semalam boleh dikatakan mood ada sedikit rajin, sebab selalunya hari minggu ialah hari saya bermalas malasan di depan TV, cukup waktu, sampai masa lunch my husband dah siap tapau makanan dari kedai makanan.

Hehehehehe...... pemalas betul isteri yang sorang ni.

Tapi semalam saya masak untuk lunch, selain sup kepala ikan merah, ada sambal udang yang sedikit pekat. Macam tak ada kuah la pulak kan. Takpe, kalau nak berkuah, ambil je kuah sup tu....
Kalau ikut plan awal nak buat masak lemak udang dengan nenas tapi santan ada satu saja, dah ketepikan untuk buat bubur kacang. Kalau guna santan tu untuk masak lemak, nanti kena keluar beli santan untuk buat bubur. Sebabkan malas, kita tukar je lah menu.

Sunday, March 13, 2011

Scallop Goreng Pedas


Pagi semalam saya ke pasar memandangkan tak ada barang basah kat rumah. Yelah dah beberapa lama asyik makan makanan dari restaurant je mulalah terasa jemu juga. Biarpun masak simple di rumah, tapi terasa kelainannya. Oh ya, masa sampai di pasar tu saya ternampak longgokan scallop di satu gerai tu. Pertama kali nampak fresh scallop yang dijual di pasar basah kat sini. penjual tu kata scallop ni baru sampai dari Sabah.
Saya pun ambil sikit, rasanya tak sampai sekilo. Tak ada idea nak masak apa tapi macam biasa beli dulu kemudian baru cari resepinya. Tengahari tadi sebelum masak, teringat dulu kak Nor Secubit Garam pernah masak scallop ni, jadi tadi terjah rumah kak Nor cari resepi. Tapi memandangkan kat rumah cuma ada asparagus dan carot, jadi saya masukkan sayur ni berbanding Kak Nor yang gunakan brocolli. Tengok gambar dulu ye, nanti free baru nak pergi copy resepi kat rumah kak Nor.


Fresh Scallop

Sunday, February 20, 2011

Masak Lemak Daun Turi / Pucuk Geti

Selain asam pedas ikan parang, saya juga buat Masak Lemak Daun Turi atau pun Pucuk Geti. Mak saya cakap pucuk geti ni "berangin" sikit, tapi bagi yang tak sensitive tentu tak ada masalah. Saya pun dah lama tak makan apatah lagi memasaknya sendiri.

Hari ni makan nasi sampai bertambah tambah, habis segala niat nak kurangkan inci. Sesekali makan macam ni memang boleh lupa diri sekejap.

Bahan bahan
1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji ubi keledek jepun
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, bawang merag dan cili merah yang telah dikisar. Rebus bersama sama dengan ubi keledk dan ikan bilis sehingga ubi empuk.
2. Masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat.

Monday, February 14, 2011

Fruits Salads

 Mari kita makan fruits salads pula ya.......

Sebenarnya tengah belajar nak mengurangkan makanan yang boleh menambahkan inci kat badan ni. Tapi takdelah drastic sangat, sikit sikit la kan. Dah rasa tak berapa selesa sebab dah rsa cam dugong berjalan je. Lagipun tension tau bila nak beli pakaian, yang comel lote semua untuk orang yang slim melin. Kita yang extra size ni tinggal baju untuk orang orang veteran je... Tak aci la kan...... Kami pun nak bergaya juga.


Simple fruits salads, potong buah yang kita sukai, campurkan dengan yogurt dan madu, gaul dan sedia untuk dinikmati. Kalau tak suka yogurt sebab agak masam, boleh tukar dengan krim tapi extra fat la sikit ye.

Thursday, January 6, 2011

Chili Crab


Menu Dinner saya malam tadi ialah Chili Crab. Memandangkan sekarang sedang mengalami krisis kekurangan minyak masak jadi saya tak goreng ketam dulu seperti kebiasaannya. Kali ini saya kukus ketam dulu sebelum masukkan ke dalam kuah cili.

Tuesday, November 9, 2010

Potato Salads


Semalam tak masak dinner, my husband tak nak makan nasi so saya hanya buat mee goreng basah. Since dah selalu letak kat blog so kali ni tak perlu lah ye. Kalau sekali dua tu ok lagi, tapi kalau dah selalu sangat nanti org menyampah pulak.

Walaupun blog sendiri, boleh buat sesuka hati tapi kena la jaga tetamu yang datang kan.... Kalau jamu benda yang sama nanti tetamu jemu pulak.

So kali ni saya letak gambar potato salads, pernah buat tapi dah lama. So consider ok la kot.......

Thursday, May 20, 2010

Cabbage Salad


Malam ni makan makanan diet + malas + jimat tenaga. Dah hampir seminggu tak masak untuk dinner, seronok juga balik rumah tak perlu nak fikir nak masak lauk pauk. Seminggu ni saya lunch hampir pukul 4 ptg, so malam memang tak makan nasi, tapi fikir nak makan yg ringan ringan je.

Malam ni saya buat mashed potato tanpa gravy ( sebab malas ) dan cabbage salad (mentah, tak perlu masak).My husband pulak makan bihun goreng yang dia beli sebelum balik tadi.Fuhhhh...mana tau lepas ni saya slim dan boleh masuk pertandingan Ratu Kebaya.....

Tuesday, May 11, 2010

Avocado & Mango Salad


Next avocado dish for tonight is Avocado & Mango Salads with Yogurt and Honey. Ermmmm....panjang betul namanya tapi tak susah mana pun nak membuatnya. Saya sukakan menu yang simple dan senang untuk membuatnya. Maklumlah termasuk dalam kategori orang lebih Malasnya dari Rajin.


Bahan bahan

1 biji buah avocado - di buang kulit dan dipotong memanjang
1/2 biji mangga - dibuang kulit dan dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk cili
1/2 cawan Greek Yogurt / Plan Yogurt
1 sudu makan madu

Cara-cara

1. Tabur garam dan serbk cili ke atas buah avocado dan mangga. Sediakan serving plate.
2. Letakkan daun salad ke atas serving plate, letakkan buah avocado dan mangga di atasnya.
3. Di dalam mangkuk lain, gaul rata Greek Yogurt + Honey. Sudukan ke atas buah avocado dan mangga tadi. Kalau suka letakkan di dalam mangkuk yg berasingan.
4. Sedia untuk dinikmati.

Sunday, May 9, 2010

Caprese Salad


Pagi tadi saya ke Carefour sebab nak mencari Yogurt Greek, alahai takde rezeki la pulak. Tak taulah samada bukan semua pasaraya Carefour ada jual Greek Yogurt ni. Tapi cam biasalah, lain yg di cari lain yg jumpa.

Saya nampak Buffalo Mozzarella, dah selalu tengok kat AFC Channel dan dalam internet, mereka menggunakan Buffalo Mozzarella ni. So, gatal la tangan capai sebungkus.Balik surf internet cari resepi yg gunakan cheese ni. Yang paling senang ialah Caprese Salads. Bahan bahannya senang,cuma tomato masak, daun basil, Buffalo Mozzarella, olive oil, garam dan lada hitam. Gaul semua bahan dan makan. Terpulang pada individu nak buat food presentation yg bagaimana.

Wednesday, March 31, 2010

Thai Beef Salads


Semalam atau kelmarin dulu masa tengok Food Safari kat Astro AFC, ada sorang ni buat Thai Beef Salads dan makan dengan pulut kukus. Nampak cam sedap je.

Apalagi, since hari ni nak memasak, saya pun cari bahan untuk buat salads ni.

Bahan Bahan

500 gms daging sirloin steak
sedikit minyak
sedikit soya sauce
sedikit ground black pepper
1 ulas bawang besar - dimayang
daun ketumbar - dihiris
daun pudina - dihiris
daun bawang - dihiris

Untuk dressing

1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 camca teh fish sauce
2 camca teh jus limau
1 sudu teh gula kabung
2 @ 3 biji cili padi

Cara cara

1. Gaulkan daging sirloin tadi dengan soya sauce,minyak dan ground black pepper. Perap seketika kemudiang panggang hingga masak. Hiris nipis nipis dan ketepikan.
2. Hiris nipis cili padi, masukkan ke dalam bekas bersama sama dengan bawang putih, fish sauce, jus limau dan gula kabung. Gaul rata dan mesti ada rasa pedas,masam dan manis.
3. Masukkan daging yang telah dihiris tadi ke dalam bekas besar bersama sama dengan bawang dan daun daun yg telah dipotong tadi.
4. Tuang salad dressing ke dalam dan gaul hingga sekata. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, December 6, 2009

Acar Timun



Saya buat simple acar timun untuk digandingkan dengan nasi minyak dan Ayam Masak Merah saya.

Bahan Bahan

Timun
Bawang
Cili Merah
Garam
Gula
Cuka Makan
Sedikit Belacan

Cara-cara

1. Kupas timun, hiris nipis dan masukkan dalam bekas.
2. Kupas bawang dan hiris nipis, masukkan dalam bekas berisi timun tadi.
3. Hiris cili merah dan masukkan dalam bekas yg sama.
4. Dalam bekas lain, combine garam, gula, cuka dan belacan. Larutkan semua bahan ini, masukkan ke dalam bekas yg berisi timun, bawang dan cili tadi. Gaul rata.
5. Biarkan seketika sebelum dihidang supaya semua bahan really combined together.

Friday, December 4, 2009

Potato Salad



Dah seminggu rasanya kami tak ambil nasi masa dinner. Selalunya my husband memang agak payah kalau di ajak makan benda lain selain nasi masa dinner. Katanya nanti terjaga tengah malam sebab lapar. Tapi sejak sebelum raya haji lagi dia dah bagitau tak nak makan nasi during dinner. Saya tanya juga kenapa, risaulah pulak kalau dia sakit ke apa ke. Cuma dia cakap, nak kurangkan makanan berat waktu malam. Mungkin dia nak suruh saya kurus kot, maklumlah isterinya ni dah gebus sangat kot. Kalau dah masak nasi, secara tak langsung saya kena makan juga. Saya anggap je lah yg dia support usaha saya nak kurangkan berat badan.

Semalam makan bihun goreng, dan saya buat potato salad sebab teringin la pulak nak makan. Buat yg simple je.

Bahan bahan

2 biji kentang jenis Russets, 1 biji telur rebus, Garam dan lada sulah secukup rasa, Mayonaise.

Cara-cara

* Rebus kentang hingga masak. Toskan.
* Hancurkan telur di dalam bekas dan campurkan dengan mayonaise.
* Masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Gaul rata.
* Sedia dinikmati. Kalau suka boleh masukkan dalam peti ais sebelum makan.



~ Yesterday is History, Tomorrow is Mystery and Today is a Gift. That's why we called it Present ~

Tuesday, November 24, 2009

Orange, Pomegranate and Chocholate


Mula mula saya nampak kat rumah Ijan, lepas tu kat rumah Noorhodza kot. So malam ni kat rumah saya lah pulak. Tapi saya tambah buah delima memandangkan ada sebiji dok dalam peti ais. Minggu ni saya tak masak sebab tak beli barang basah. Ye lah nak cuti raya kan, malas nak simpan stok. Nasib baik orange tu tak masam sangat dan buah delima tu memang manis, tambah coklat lagi, memang marbeles lah.....

Tuesday, August 11, 2009

Salad Terung Grill

Mula mula nampak kat rumah Kak Nor, lepas tu kat rumah ijan pulak. Terasa rasa kat tekak nak makan salad terung ni. Sedap dan boleh buat lagi next time.Kak Nor, saya copy dari rumah akak ye...

2 batang terung panjang ( saya guna terung bulat)
1 biji telur ~ direbus ( saya tak letak sebab lupa)
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula ( saya guna gula somtam, lagi terangkat)
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi (saya pun guna daun ketumbar)

Gril terung hingga wangi. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Thursday, July 23, 2009

Pamelo & Shrimp Salad (Goi Buoi)

Masa singgah kat Perak tempohari, saya ada beli sebiji buah limau bali atau pamelo. Sedap sebab rasanya manis. So semalam saya cuba satu resepi salad yang menggunakan pamelo sebagai bahan utamanya.

Bahan bahan

1/2 biji buah limau bali
5 ekor udang - bersihkan dan dicelur
1 biji cili padi ( lebihkan kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh fish sauce
1 sudu teh gula kabung / gula pasir
1 sudu teh perahan lemon / limau nipis
Garam jika perlu
Daun pudina dan daun ketumbar ( optional)

Cara-cara
  • Kupas limau bali dan asingkan ulas limau bali, letakkan di dalan bekas.
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga hancur. Tambahkan gula, fish sauce dan lemon juice. Gaul rata.
  • Tuangkan dressing sauce tadi ke dalam bekas yang mengandungi isi limau bali. Masukkan udang yang telah dicelur. Gaul rata dan perasakan dengan garam jika perlu.
  • Hiaskan dengan daun pudina dan daun ketumbar jika suka.

Tuesday, April 21, 2009

Fruit Salad


Salad campuran buah Strawberry, Mangga dan Avocado.