Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Chinese 5 Spices Crab


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Beberapa hari tiada entry baru, agak sibuk dengan kerja. Kebetulan hujung minggu banyak pula undangan ke majlis kenduri. Rasanya untuk bulan May ini ada beberapa undangan yang perlu dipenuhi itupun kalau masa dan keaadaan mengizinkan. Belum lagi monthly gathering dengan kawan kawan rapat. Bila berjumpa mulalah makan saja....

Semalam saya cuma masak ketam. Selalunya my husband request masak kari atau masak lemak tapi kali ini saya tukar sikit, beri kelainan rasa. Asyik masak berlemak saja kan...

Actually resepi asal menggunakan udang, tapi kali ini saya cuma tukar kepada ketam. Tidak pedas, kalau suka sedikit pedas boleh tambahkan cili padi.


Bahan bahan
300 gms udang - bersihkan ( saya gantikan dengan 2 ekor ketam saiz besar)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 labu bawang besar - belah 6
1 biji tomato - belah 6
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan 5 spices
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun bawang - potong sepanjang 2 inci

Cara cara
1. Bawang putih, merah dan halia ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serbuk 5 spices dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos tiram, kacau biar sebati. Biarkan sebentar, masukkan udang, bawang besar dan tomato. Gaul sekata.
3. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam. Tabur daun bawang, gaul sekata dan bolehlah diangkat.

Tuesday, March 12, 2013

Deep Fried Soft Shell Crabs



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

First of all, thanks for the birthday wishes. Dah tua akak ni, tapi bak kata Cik Mimi, " Age is just a number". That soooooo true my dear friend. Yang penting kita sihat dan bahagia dengan diri kita, dikelilingi keluarga dan kawan kawan yang bukan saja ada semasa kita senang tetapi semasa kita memerlukan walau pun hanya sebagai pendengar.

Berbalik pada menu malam tadi,

Pernah makan Soft Shell Crab? Kesian kat akak tau, baru je nak merasa seafood yang satu ni. Orang lain dah muak, kita baru dapat makan. Bukan apa, selalu juga bila tengok rancangan masakan especially dari luar sana ada tunjukkan pasal soft shell crab ni. Terfikir juga macam mana agaknya rasa dia.

Kebetulan hari ahad lepas suami ajak ke pasar tani Stadium Shah Alam untuk membeli barang basah. Seperti biasa kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pusing bahagian barang basah then balik. Jarang sangat pergi bahagian yang lain.

Sebelum ini tak adalah pula orang jual soft shell crabs dengan lobster kat pasar tani seksyen 13 ni. Since dah lama teringin nak makan, saya beli 4 ekor yang berharga RM25. Saiznya agak kecil.




Since tak pasti nak masak apa, saya cuma buat seperti ketam goreng tepung.

Bagaimana nak explain rasanya ye... rasa macam ketam lah kan. But according to my little picky eater so called husband, lebih sedap blue crabs lagi. Mungkin sebab blue crabs boleh dapat fresh compared to this soft shell crab yang dah dibekukan.

Bahan bahan

2 ekor soft shell crabs - potong bahagian depan, bersihkan dan tos.
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 cawan susu segar

****  Campurkan semua bahan dan gaul sebati

1 cawan tepung goreng/tempura
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Ambil seekor ketam, gaulkan di dalam campuran telur dan susu, keluarkan dan gaul di dalam tepung.
2. Goreng terendam di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Pastikan kedua dua bahagian masak sekata. Ulang hingga habis.



Tuesday, August 7, 2012

Sambal Ketam Bertelur


Salam dan Selamat Pagi....


Setelah 3 hari bercuti atau lebih kepada bermalas malasan, hari ini kena mula bekerja. Keaadan pagi yang penuh sesak dengan kenderaan seolah olah masing masing tidak sabar sabar untuk memulakan hari bekerja.

Seronoknya tengok ramai yang sudah masukkan entry kuih kuih raya yang pelbagai rupa dan bentuk. Oh ya, hari tu saya agak bersemangat nak buat kuih raya semasa cuti 3 hari lepas. Ingatkan nak buat kuih raya yang simple je, tapi tahap kerajinan tak berapa tinggi dan juga tidak mendapat encouragement from the man of the house. Baru je bagi hints yang saya nak buat kuih raya, dia cakap " kenapa nak susahkan diri you? Bukannya nak makan sangat, kalau teringin, beli je" huhuhuhu....tak memberi semangat langsung. Jadi semangat yang suam suam kuku terus merudum jatuh...



Menu berbuka semalam, saya masak Sambal ketam bertelur dan daging bakar cicah air asam kerisek.


Bahan bahan

2 ekor ketam - potong 2 dan bersihkan.
10 biji cili kering *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 batang serai *
1 inci belacan *
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugor
1 biji telur
2 sudu makan tepung ubi

Cara cara,
1. Gaulkan ketam dengan garam, kunyit dan tepung ubi. Goreng ketam hingga masak, angkat dan toskan.
2. Kisarkan semua bahan bertanda * hingga hancur.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan asam gelugor, garam dan gula.
4. Kemudian masukkan telur, kacau sebati. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi, balik balikkan supaya sambal menyaluti ketam.
5. Biarkan seketika kemudian bolehlah diangkat.

Daging Bakar bersama air asam kerisek.


Friday, July 27, 2012

Ketam Goreng Telur Asin



Salam di hari Jumaat yang mulia....


Dah masuk hari ke 7 kita berpuasa, nampaknya tahun ini saya jarang sangat update blog di bulan puasa. Mood ke laut.... Nak ambil gambar pun terasa agak malas, tambahan minggu pertama ni banyak menu yang tunjuk tunjuk je.... So minggu ni kita intai dapur kawan kawan lain je lah...

Semalam dah pesan dengan my husband supaya tidak membeli terlalu banyak sangat sebab terasa macam nak masak kat rumah. Walau pun dah dipesan, masih ada 2,3 jenis makanan juga yang dibeli.


Konon kononnya semalam nak masak Ketam Telur Asin...

Sebelum balik kerja dah sibuk mencari resepi di internet, tapi rasa macam boleh ingat je, saya tak print pun resepinya. Fikir boleh ingat semua bahan sebab tak banyak sangat bahan yang digunakan. So bila sampai masa nak masak, terus je buat semua benda yang terlintas di kepala. Bila siap masak, rasa macam something is missing dan tak nampak macam yang sepatutnya.

So mulalah berfikir semula, apa yang saya tak masukkan. Rupa rupa saya terlupa nak letak cili padi dan juga susu cair. Itulah, rasa macam bagus je, akhirnya makanan yang dimasak jadi tidak seperti yang sepatutnya...

Tapi nasib baik rasanya tidaklah mengecewakan, still boleh habiskan semua ketam tu.




Sunday, July 1, 2012

Kepiting Asap


Salam di hari minggu.....

Sudah makan tengahari? Apa agaknya menu tengahari ni ye?..... Tak kisahlah apa menunya kan, kalau makan dengan orang tersayang tentunya menu yang simple pun menjadi sedap hingga menjilat jari.

Hari ini saya masak simple saja, satu menu bergoreng dan satu lagi Kepiting Asap. Apa agaknya kepiting tu yek? Kepeting aka Ketam yang dimasak dengan beberapa bahan dan kemudiannya di bakar seketika untuk mendapatkan bau daun pisang.

Sebenarnya saya mendengar dari seorang kawan yang menetap di Indonesia tentang salah satu masakan yang agak popular di sana. Sebabkan ingin tahu, saya google dan terjumpa beberapa resepi berkaitan Kepeting Asap ini. So saya mencuba memasak kepiting Asap mengikut apa bahan yang ada di dapur saya.

Bahan
1 ekor ketam - siang dan kerat kepada dua bahagian. Kukus sebentar

1inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
Gula,garam dan jus limau secukup rasa

Cara cara
1. Kisar hingga halus kecuali lada hitam, kicap, gula, garam dan jus limau. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau. Masukkan ketam yang telah dikukus tadi. Gaul sekata dan biarkan lebih kurang 5 minit. Matikan api.
3. Ambil daun pisang, masukkan ketam dan kuah tadi ke dalam daun pisang. Tutup kemas. Panggang di atas api lebih kurang 5-10 minit.
4. Hidangkan bersama sama nasi putih hangat.


Monday, May 21, 2012

Masak Lemak Ketam bersama Nenas


Salam,

Sekarang sudah melepasi pukul 10 malam, mesti ramai yang sudah menikmati makan malam. Saya masih belum kerana menunggu my husband yang menjemput kedua ibu bapa saya dari stesyen bas.

Jadi malam ni, agak lewat dari biasa. Oh ya, Selamat Menyambut kedatangan bulan Rejab. Marilah kita sama sama menambahkan amal sepanjang bulan ini.


Memandangkan kedua ibu bapa saya datang hari ni, jadi lepas balik kerja terus menyingsing lengan untuk menyediakan makan malam. Walaupun boleh dikatakan setiap hari saya memasak, tapi hari ni kena masak lebih sikit dari biasa.

Jadi menu untuk makan malam, saya buat Ketam Masak Lemak dengan Nenas dan Daun Kunyit, Kailan Ikan Masin, Ikan Bakar dengan Air Asam dan saya goreng sedikit ikan sepat Ronggeng.

Mesti ramai yang tertanya tanya apakah bendanya ikan sepat Ronggeng tu kan...

Kalau orang Utara mesti biasa dengar, ia adalah anak ikan sepat yang telah dikeringkan. Sedap bila digoreng garing, ranggup macam makan keropok.



Since saya dah selalu masak menu ni, takde resepi utk kali ni. 

Menu yang lain malas pulak nak ambil gambar.

Tuesday, June 28, 2011

Masala Crab






Hari ini lambat sikit bersiaran....

Antara seafood yang selalu ada dalam pantri saya ialah ketam. Setiap kali ke pasar mesti cari ketam, sebab nanti bila sampai rumah mesti my husband tanya, beli ketam tak? Kadang kala sampai tak tahu nak masak apa, boring la pulak kalau asyik asyik kari, rebus, sambal atau goreng kunyit je. Dah 2,3 hari saya asyik mencari resepi nak masak ketam.

Kebetulan semalam saya teringat yang saya pernah beli rempah Garam Masala. Masa beli tu tak tau nak masak apa pun. Beli dulu kemudian baru cari idea macam mana nak buat. So masa surf internet, keluar la satu menu yang dipanggil Masala Crab. Tengok bahan pun tak banyak dan tak susah sangat, so I just give it try. Boleh tahan la, maklumlah pertama kali masak. Lagipun masih ada rasa rempah so my husband takdelah complain apa apa.

Bahan bahan
2 ekor ketam - siang, cuci dan toskan.
1 biji cili hijau
1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 biji buah tomato
1 labu bawang besar
1 sudu makan rempah Garam Masala
Sedikit jus asam jawa
Garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Tomato, bawang besar dan cili hijau dihiris nipis. Tumbuk halus halia. bawang putih dan bawang merah.
2. Panaskan minyak, tumis tomato,bawang besar dan cili hijau hingga layu. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, rempah Garam Masala dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sehingga rempah masak.
3. Masukkan ketam, 1 cawan air, daun kari dan jus asam jawa. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula jika suka. Kalau suka kuahnya sedikit cair, boleh tambahkan sedikit lagi air.
5. Setelah masak, bolehlah tutup api.

Sunday, June 12, 2011

Ketam Goreng Cili Kering

Menu Makan Tengahari

Bahan bahan
2 ekor ketam - potong dua dan bersihkan
1 inci halia *
 2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 batang serai *
1 labu bawang besar**
4 biji cili kering **
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan lemon jus
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Ketam di letak garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Mayang bahan bertanda **.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan ** yang telah dimayang, kemudian masukkan bahan bertanda* yang ditumbuk halus. Goreng hingga wangi.
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, minyak bijan dan jus lemon. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula. Jika suka sedikit berkuah, boleh lebihkan kuantiti air.

Thursday, April 14, 2011

Chilli Crab


Chilli Crabs

Kenapa malam ni rasa macam malas sangat nak menaip? Nanti bila senang sikit baru letak resepi semua ye.

Bahan bahan

4 ekor ketam
2 sudu cili kisar
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
5 tangkai cili padi- dihiris nipis
1 batang serai - dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1/2 cawan air
Sedikit minyak

Cara - cara
  • Gaul ketam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.
  • Tumis bawang putuh hingga naik bau. Masukkan bahan bahan yang telah dihiris nipis.
  • Kacau sebentar, masukkan cili kisar, kicap cair dan sos tiram. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan ketam dengan air dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping.
  • Biarkan hingga ketam masak dan kuahnya menjadi pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Kalau suka berkuah, tak perlu tunggu hingga kuahnya menjadi pekat seperti yang saya buat.
*** Malam tadi saya cuma buat untuk 2 ekor ketam saja, jadi adjust ikut kesesuaian.

Sunday, March 13, 2011

Ketam 3 Rasa


Salam berhujung minggu....

Cuti sekolah dah bermula, ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti dengan keluarga tak kira Cuti Cuti Malaysia atau yang berkemampuan mungkin boleh pusing satu dunia. Paling tidak pun pulang ke kampung berjumpa datuk dan nenek. Maka ramailah datuk dan nenek yang pening kepala bila cucu dari bandar balik ke kampung, habis ayam itik yang kena kejar....

2 hari lepas dunia dikejutkan dengan Tsunami di negara Matahari Terbit, Jepun. Walaupun di landa dengan gempa bumi dan tsunami yang teruk, tapi tidaklah ramai mangsa seperti di Acheh dulu. Alhamdulillah, rakyat Malaysia di sana juga selamat. Di Pahang pula hujan tak berhenti henti hingga air naik, risau juga bila call mak di kampung dia cakap air dah naik tapi belum sampai di kawasan rumah lagi. My husband siap suruh diorang datang duduk di rumah kami, risau kalau air makin naik, nanti tak boleh keluar pula.

Berbalik pada menu di atas, agak lama juga nak pegang periuk belanga masa tak sihat tempohari. Jadi hari ni terlebih rajin la sikit. Menu pertama ialah Ketam 3 Rasa. Nanti saya update resepinya.

Sunday, October 3, 2010

Kari Ketam Pedas

 
Antara menu hari ini, Kari Ketam Pedas. Memang agak pedas dari kebiasaan sebab saya gunakan serbuk kari Babas yang pedas tu. berasap telinga dibuatnya.

Monday, August 2, 2010

Kam Heong Crab

Dah lama saya tak masak lunch masa weekend, patutnya takde plan nak ke pasar hujung minggu baru baru ni. Tapi bila my husband cakap ada tetamu nak datang, jadi beli barang sikit buat stok. Manalah tau tiba tiba nak tunjukkan skill akak memasak kan.... Tapi kalau dah pergi pasar, memang boleh lupa diri. Macam macam nak beli, maklumlah bukan selalu boleh pergi pasar kan.
Setiap kali pergi pasar, my husband mesti pesan beli ketam. Sebabkan baru je makan ketam, saya beli seekor je. Kali ni saya masak Kam Heong Crab.

Ingredients

2 pcs crabs - fried till golden brown
200 gms shallots*
200 gms garlic*
200 gms cili padi * - depends on how hot you want
200 gms dried shrimps*
1 stalk of lemongrass - thinly sliced
1 stalk of torch ginger ( bunga kantan )- thinly sliced
1 tablespoons of curry powder
2 tablespoons of dried chilli paste
1 tablespoon oyster sauce
1 stalk of curry leave
Salt and sugar to taste
100 ml water
Method
  • Blend all the ingredients *. Heat the oil and fry the blended ingredients till fragrant.
  • Add in the curry powder,dried chili paste and oyster sauce. Fry them for a while.
  • Add in the water, lemongrass and torch ginger. Bring them to boil.
  • Then add in salt and sugar to taste. Let it boil for a while and then add in the crab.
  • Mix the crab and the ingredients well.
  • The dish is ready to serve.


Sebabkan ketam tu saya masak sedikit kering, so saya buat kari kaki ayam yang berkuah. Biasanya saya ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam untuk beli barang basah. Salah seorang yang jual ayam tu jiran kat kampung. So kalau beli ayam seekor, dia akan bagi extra kaki, leher, pedal dan hati. So 1 beg untuk ayam, satu beg lagi untuk aksesori ayam yang lain.Mula saya terfikir nak buat sup kaki ayam tapi sebabkan my husband "KURENG" sikit, kenalah tukar menu. Maklumlah dia kan ala ala Ranjinikanth......

Wednesday, July 21, 2010

Ketam Rebus Serai

Dah lama tak masak main dish kan. My husband pun dah menyuarakan hasratnya nak makan masakan dari air tangan isterinya yang lazat ni...( sila jangan muntah hijo ye...). So first dish yang dia mintak ialah ketam rebus serai yang simple ni. Senang bangat dong, semua bahan masukkan dalam periuk dan masak. Akak memang suka kalau masak yang senang senang cam ni. Dah pernah buat banyak kali, kalau nak intai resepi boleh check kat label ketam ye. Resepi ni saya agak agak je, ikut sedap tangan saya. Boleh tambah dan kurangkan ikut kesesuaian masing masing.

Bahan bahan

1 ekor ketam
1 batang serai - diketuk
1 cili hijau - dihiris serong
1 cili merah - dihiris serong
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 keping asam gelugor
1 inci halia - di hiris nipis
1/2 inci kunyit hidup - dihiris nipis / atau boleh gunakan serbuk kunyit
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih, halia hingga wangi.
2. Masukkan air anggaran 1/2 cawan. Masukkan asam keping, kunyit dan serai.
3. Masukkan ketam dan gaul rata, Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih dan ketam masak. Angkat dan olehlah dihidang.

Wednesday, May 5, 2010

Ketam Masak Merah


Menu dinner malam tadi, selalu buat kari je kan, sesekali tukar menu la pulak. Nasi tak habis tapi asyik dok ratah ketam je masing masing...

Bahan Bahan

* 2 ekor ketam - cuci bersih dan digoreng separuh masak.
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 5 tangkai cili kering
* 1 helai daun limau purut
* 1 batang serai diketuk
* 1/2 cawan air
* Sedikit belacan
* Sedikit air asam jawa
* garam dan gula secukup rasa
* minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Kisar bawang,serai,belacan dan cili kering. Boleh masukkan 1 sudu makan minyak masak untuk lumatkan cili kering.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak atau masak.
3. Masukkan air, daun limau purut, air asam jawa, gula dan garam serta ketam. Masak sehingga pekat.

Monday, April 26, 2010

Kari Ketam dengan rebung


Yang ni menu asasi my husband. Asal tanya je nak masak apa dengan ketam, selalu jawabannya ialah kari. Nanti kalau buat masakan lain tak dijamah pulak. So lebih baik masak ikt apa yang dia nak makan.

Since dah ada rebung yang sepupu dia bawa tu, saya masukkan sekali. Tak perl la saya masukkan sayuran lain. Sekurang kurangnya dia makan juga rebung ni. Sepupu suami cakap, rebung ni dari rumah arwah MIL. Since dia nak datang Shah Alam, mak sedara my husband siap ambikkan untuk saya. Dapat juga rasa rebung yang bukan di tinkan tu. Kalau beli yg kt pasar tu selalunya dari siam dan entah berapa lama ditinkan. Tapi sesekali teringin, saya beli la juga.

Friday, April 2, 2010

Kari Ketam Pekat


Biasalah, menu yg selalu dapat sambutan tentulah kari. Hari ni ada org request nak makan kari ketam.
Selalu saya buat kari yg berkuah seperti kari kepala ikan tu. Tapi kali ni saya buat pekat sikit kuahnya. Dan saya letak sedikit serbuk kas kas, mungkin ini membuatkan kuahnya lebih pekat dan a bit creamy. Walaupun hari ni sedikit sakit hati dengan kejadian petang tadi, tapi alhamdulillah tak teruk sangat dan tidak melibatkan suami saya cedera. Jadi saya patut bersyukur.

Wednesday, February 10, 2010

Ketam Goreng Bercili


Semalam ke pasar, beli ketam. Dah lama tak masak ketam...

Macam lah lama sangat tak masak ketam kan. Tapi selalunya once a week mesti ada lauk ketam. Minggu lepas dah buat masak lemak, jadi semalam buat goreng bercili la pulak.

Saya selalu buat masakan yg simple dan cepat sebab dah sampai rumah almost pukul 7 pm. Dalam masa sejam, kena siapkan makan malam sebelum my husband sampai rumah.

Bahan Bahan

2 ekor ketam - cuci dan toskan
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang serai
sedikit jus asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
sedikit belacan

Cara cara

1. Gaul ketam dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
2. Blend bawang besar, bawang putih dan serai hingga hancur.
3. Panaskan minyak, goreng bahan kisar hinggan naik bau dan masukkan cili kisar. Biarkan hingga bahan tumis masak. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan belacan, sos tomato dan jus asam jawa. gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan ketam dah gaul sekata. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Sunday, January 31, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Yang ni salah satu menu favorite my husband.

Ini antara menu masakan yang paling kerap dimasak kat rumah ni. kalau beli ketam je, mesti tanya my husband dia nak makan masak lemak cili api atau just rebus serai cam tu je. Tak pun goreng cam goreng ikan tu. Kalau masak yg selain dari ni, kurang sikit la dia makan. tapi hari ni buat kurang pedas sikit sebab perut masing masing tak berapa nak sihat.

Monday, October 12, 2009

5 Spice Crabs


Resepi asal dari Che'Iza tapi dia gunakan udang. Saya gantikan dengan ketam, cara caranya saya ikut cam resepi asal. Dah pernah buat sebelum ni.

Friday, October 2, 2009

Ketam Goreng Karipulai

Resepi ambil dari Majalah RASA kot. Dah tak ingat. Kalau sempat saya letak resepinya. Sibuk sikit, inipun curi curi letak entri.