Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa di De Palma Inn Shah Alam


Semalam, hari sabtu my parents datang dari kampung. Memandangkan takde sesiapa nak drive kereta, jadi diorang datang dengan bas. Saya pergi jemput di Stesen bas, tapi dari Shah Alam nak ke KL tu bukan main teruk jemnya. Agaknya masing masing nak pergi shopping di Jalan TAR kot. hampir 1/2 jam jugalah jalan terhenguk henguk sebelum sampai di Stesen Bas Pekeliling. 

So, petang tu my husband ajak my parents berbuka di De Palma Inn Shah Alam. Nasib baik sampai awal juga, ada yang dah bising bising kat kaunter sebab tak dapat meja walaupun dah booking.


 Antara makanan yang sempat di shoot, main dish tak sempat snap sebab orang agak ramai juga. Segan pun ada sebab saya dan seorang lelaki saja yang mengendong kamera gabak. Ada yang siap jeling dan tengok saya cam alien pun ada gak. Mesti dalam kepala diorang, entah apa apalah minah sorang ni....











Berbuka puasa di Intekma & Convention Centre

Layan je lah antara gambar makanan yang sempat saya snap masa berbuka puasa di Intekma & Convention Centre Shah Alam pada hari Khamis lepas. Not bad makanan dia dan harganya pun takdelah sampai potong leher.....













Saturday, August 28, 2010

Menu Ramadhan ke 17


Semalam walaupun bercuti, akak maintain tak masuk dapur. Yang saya buat cuma air tembikai laici. Yang lain lain tu semua main tunjuk je.


Yang ni pajeri terung, antara menu yang saya beli semalam. Yang lain lain tu malas nak ambil gambar. Makin hari makin malas la pulak rasanya.

Semalam lepas solat jumaat, my husband ajak jalan jalan ke Komplek PKNS. Konon kononnya nak pergi survey baju raya tapi lastly dia ajak saya keluar sebab orang terlalu ramai, sesak sampai tak selesa nak membelek baju. Memandangkan masa tu pun dah hampir pukul 4.30 ptg, kami singgah la ke bazar Ramadhan kat belakang Kompleks PKNS ni. Saja jalan jalan nak menghabiskan masa dan jeling jeling apa makanan yang berkenan di mata.

Sambil menjamu mata, saya sampai kat satu gerai ni, ramai juga org sedang membeli makanan kat situ. Saya pun join sama la nak tengok menu apa yang menarik. Sambil tu mata saya membelek banner yang digantung di depan gerai ni. Tiba tiba..... rasa cam kenal je gambar yang terpampang di banner tu. Belek dua tiga kali, memang confirm gambar masakan saya yang pernah saya post dalam blog ni lama dulu.
Gambar gulai ikan keli dan keli bakar air asam tu boleh tengok kat sini. Ingatkan nak ambil gambar tapi my husband dah jeling saya, terus terbantut hasrat tu....

Thursday, August 26, 2010

15 Ramadhan


Salam semua, makin hari makin tak tau nak makan apa. Semalam berbuka dengan ayam kampung goreng dan sambal udang petai. Malas nak ambil gambar sebab dah selalu sangat sambal udang tu enterprem kat sini.
Semalam my husband beli air tebu dan saya buat jus karot untuk diri sendiri. Tapi saya cilok juga air tebu yang my husband beli tu.


Semalam sedikit rajin, saya buat agar agar milo dan top up dengan fruit coktail. Hari ni tak perlu fikir nak makan apa sebab semalam my husband dah suruh saya booking buffet ramadhan. Kalau rajin saya gendong kamera gabak, kalau kurang rajin saya bawa compact camera tapi kalau malas, saya bawa diri saya je.....

Wednesday, August 25, 2010

Murah Rezeki!!!!


Bulan Ramadhan ni murah rezeki, ada je rezeki yang Allah swt bagi dan patutnya kena bersyukur dan jangan lupakan orang lain yang kurang berkemampuan. Tempohari, ada kawan yang baik hati kirim jeruk pada saya. Sedap, makan boleh lupa diri. Sampai my husband cakap, sudah sudah la tu, esok puasa. Dah la perut you tu second hand, nanti tak pasal pasal kena berbuka pulak.



Semalam petang, my husband balik dah hampir waktu berbuka. Sebelum tu dia ada bagitau yang dia nak beli air kat Bazar Ramadhan. Bila dia sampai, saya tanya beli air apa? Dia jawab, "Air Kotak". Dalam hati saya, kalau air kotak beli jelah kat pasaraya, buat apa susah susah bersesak kat bazar ramadhan.

Rupa rupanya, dia pergi dengan kawan dan terjumpa orang buat promosi air kotak ni. Kawannya dah beli sebelum ni dan keluarga dia suka. Semalam dia beli lagi dan bagi satu pack ni pada husband saya. Rezeki tu, jangan ditolak.


Sebelum balik, salah seorang staff saya, tiba tiba hulurkan satu bungkusan. Rupa rupanya kuih Batang Buruk. Saya tanya, jual ke ni? Mana la tau dia nak tanya saya samada nak beli ke kan.... Dia cakap takdelah, bagi je. Fuhhh...rezeki juga ni. memang tiap tiap tahun saya beli kuih batang buruk. So dah ada 2 kuih raya, ada sesiapa lagi yang nak derma kuih raya pada saya? Untung untung tahun ni tak perlu beli kuih raya........

Menu Berbuka Semalam (Hari ke 14)



Makin hari makin tak tau nak makan apa untuk berbuka..... Pening juga kepala nak memirkirkannya. Orang kat Pakistan yg dilanda banjir besar tu pening memikirkan tak ada benda nak makan, yang kita pening sebab bukan takde makanan tapi tak tau nak makan apa. Jadi jangan peningkan kepala anda memikirkan saya yang pening ni...

Menu semalam ialah sup ikan, gulai daging kawah dan ikan bakar. Rasa jemu sangat makan masakan yang bersantan ni, tapi tak boleh fikir tekak kita je, nak kena fikir tekak orang lain juga. Kalau ikut saya, saya suka yang rebus dan kukus je, tak pun panggang.


Ingatkan nak buat laici kang tapi tak cukup bahan pulak. Singgah pasaraya berdekatan, bahan yang dicari takde pulak. Balik rumah, buat jelah sirap campur dengan cendawan bunga, biji selasih, buah kembang semangkuk dan buah kabung atau attap chee.


Nak letak nama apa ye? Sirap caca marba ok tak?

Tuesday, August 24, 2010

Menu Berbuka Semalam


Peria Goreng Udang
Semalam tak tau dah nak masak apa untuk berbuka. My husband seperti biasa, tawaf Bazar Ramadhan kat Stadium Shah Alam. Lastly dia balik dan bagitau saya takde apa yang nak beli. Ramai peniaga yang tak buka gerai. Tak pasti kenapa, mungkin sebab semalam cuaca tak berapa elok pada awalnya. So mungkin diorang takut kena ribut seperti kat Melaka tu kot. So sebelum balik saya singgah beli peria dan udang, rasanya dah lama juga tak masak peria. Untuk my husband, ada sambal sotong kering.

Sotong Bakar

Then saya bakar sotong "gajah" 2 ekor. hehehehe...suka suka je gelar sotong gajah, sebabnya sotong tu agak besar.

Monday, August 23, 2010

Rojak Singapore


Hujung minggu lepas terasa nak makan rojak singapore. Ramai juga orang beratur kat gerai ni, sedap la kot rasanya. Saya pun join the crowd, not bad juga rasanya. Hari sabtu dan ahad lepas saya kena siapkan kerja, tapi petang ahad tu my husband ajak jalan jalan survey baju raya. Dia suruh saya tengok tengok mana yang berkenan then baru decide mana yang nak beli. Dah beberapa tahun saya tak pernah tempah baju kurung, semua beli yang dah siap. Lagi pun saya jarang pakai baju kurung, hanya pakai di pagi raya atau kalau ada kenduri yang setahun sekali je. So memang tak pernah beli banyak pun, paling paling pun 2 pasang.Lepas tu bergayut dalam almari.

Saturday, August 21, 2010

Kuih Raya!!!

Dah buat kuih raya? Mesti ramai yang dah mula buat kuih raya kan... Saya? hehehehe.....rasa rasanya 100% kuih tunjuk je. My husband dah sound awal awal lagi bila saya bagi hints nak buat kuih sendiri. Katanya, nak masak pun tak cukup masa, masih ada hati nak buat biskut raya. Ermmm...memang tak bagi semangat langsung dia ni tau. Baru nak tunjuk bakat.

Kuih ni bukan saya beli apatah lagi buat sendiri...Semalam ada seorang customer saya datang ke kedai, ambil barang yang dia order, then kitaorang sembang sembang la. Maklumlah dua dua peramah sangat kan, lepas tu dia dah keluar nak balik, tiba tiba dia masuk balik dalam kedai saya. Rupa rupanya dia bagi kuih yang dia buat. Dia memang ambil tempahan kuih raya, saya tanya berapa harganya, tapi dia kata bagi saya rasa. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Sedap tau kuih ni, dah hampir separuh saya makan. Ada juga saya tanya, masih ambil tempahan ke? Kata akak ni, dah tutup sebab dia takut tak sempat nak deliver. Banyak sangat order yang dia terima. Next year kena order awal la nampaknya....

Menu Ramadhan ke 11

Masak Lemak Kurau Masin & Nenas

Salam buat semua tetamu yang bertandang ke dapur saya, maaflah dah 2 hari tak update blog. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Lauk ikan masak kicap tu pun dah basi , ye tak? Nak buat macam mana, saya ni bekerja, jadi kadang kala masa tak cukup nak buat itu dan ini. Jadi kena buat apa yang penting dulu.

Satay

Antara menu berbuka hari ni, Masak Lemak Kurau Masin & Nenas, Satay, Young Tau Foo dan Mango Lassi. Tapi bukanlah saya masak semua ni, main tunjuk je kecuali Mango Lassi tu saya buat sendiri. Hari ni dan esok Ahad pun saya kena kerja. Nak kena siapkan kerja kerja yang melambak lambak ni.

Yong Tau Foo

Saya tengok ramai orang dah start shopping untuk hari raya, maklumlah minggu depan cuti agak panjang, Nuzul Quran dan bersambung dengan Hari Merdeka. Mungkin ramai yang ambil kesempatan membeli belah untuk bawa pulang ke kampung. Yelah kan, mana yang tahun ni giliran rumah mertua, mungkin masa cuti inilah nak balik rumah sendiri dulu ataupun sebaliknya. Ermmm... saya sepatutnya giliran balik ke kampung suami tapi sebabkan my MIL dah passed away, my husband ajak balik rumah saya dulu. Then mungkin balik Perlis pulak.

Mango Lassi

Dah lama tak buat Mango Lassi, kena pulak ada Greek Yogurt, memang superb especially kalau mangga yang kita gunakan tu memang manis. Tak percaya? Cubalah...

Thursday, August 19, 2010

Menu Ramadhan ke 8


Dah beberapa hari asyik makan ayam, daging, ayam, daging..... Jemu juga sebenarnya. Tapi kalau my husband yang beli lauk kat Bazar Ramadhan, itu jelah yang dia nampak, sebabnya dia bukannya peminat Mr. Fish. So semalam masa dia tanya saya nak makan apa, saya cakap beli sikit dahlah, beli yang you terasa nak makan. Sebabnya saya nak makan ikan la pulak.

Mula mula nak masak ikan merah masak lemak, tapi terasa cam baru je makan masak lemak 2 hari lepas.Fikir fikir lebih baik masak yang simple dan cepat. 
Semalam saya balik awal, rasanya sampai rumah lebih kurang pukul 6 ptg. Jalan pun cantik, takde jem. Sampai rumah terus start memasak, elok siap je, saya pun beria ia nak shoot. Bawa la ikan kicap saya ni posing kat luar rumah, sebelum keluar tu siap pandang kiri kanan, teropong sana sini dulu. Yelah kan, tak pasal pasal orang ingat saya tak puasa la pulak. Pukul 6.45 ptg dah siap letak lauk dalam pinggan, cam dah nak berbuka la pulak.


Semalam buat 2 jenis air, sorang nak jus orange, sorang lagi nak jus tembikai. Ha apalagi, kenyang minum air je lah nampaknya.

Wednesday, August 18, 2010

Puding Jagung Berkuah


Dah lama tak buat dessert kan.... Sebenarnya teringin nak buat setiap hari, tapi kadang kala bila dah sampai rumah, rasa letih dan malas semacam pulak. Bayangkanlah kalau dah terperangkap dalam jem, sampai rumah rasa seperti nak baring atas sofa je. Tapi semalam, keinginan mengatasi rasa letih dan malas. Lagipun dessert ni takdelah susah sangat pun. Mesti ada yang terfikir, sempat ke puding tu keras bila sampai waktu berbuka?

Saya dan suami akan berbuka dengan makanan yang ringan dulu, kami tidak terus makan nasi semasa berbuka. Jadi masih ada masa untuk puding tu keras sebelum selamat masuk perut. Lagi satu petua, sebelum kita buat puding, sejukkan dulu ramekin atau mould yang hendak kita gunakan. So bila kita masukkan puding, ia akan lebih cepat mengeras berbanding kalau kita gunakan mould pada suhu bilik. Then, kita masukkan dalam peti sejuk.

Menu Berbuka Semalam


Antara menu berbuka semalam, sebab hari tu terkilan tak sempat makan kerabu taugeh dengan daun selom sebab dah basi, jadi semalam saya buat sendiri kerabu tomato. Ini yang paling senang dan cepat.
Mula mula nak letak ikan bilis goreng atas kerabu tu tapi tiba tiba malas pulak nak goreng ikan bilis. Boleh gitu? hehehehe...tiba tiba boleh malas pulak kan.


Selain sambal tumis udang, ada lagi masak lemak siput sedut, ayam percik dan murtabak. Fuhhhh...macam ada 5,6 orang kat rumah ni. Patutnya bila bulan puasa ni boleh turun berat badan, tapi nampaknya makin bam bam la lepas ni.

Monday, August 16, 2010

Lontong Sambal Sotong Kembang

Semenjak bulan Ramadhan ni saya dah jarang update blog. Sebenarnya nak menonggeng ambil gambar pun dah kurang sikit moodnya. Rasa semua gambar cam tak cantik je...Macam la sebelum ni gambar cantik sangat...Macam saya cakap, saya belum masak lagi untuk berbuka. Asyik meredah Bazar Ramadhan je, kadang kala satu hari je sampai 3 tempat. Tapi bukannya beli sangat pun. Pusing sana pusing sini membelek makanan yang dijual.
Tapi tension bila takde yang berkenan dengan di mata my husband. Memang very choosy dia tu...Itu yang susah kalau nak makan kat rumah orang yang tak biasa, takut tuan rumah kecik hati pulak. Semalam saya teringin nak makan kerabu, so saya nampak satu gerai tu jual macam sedap je. So saya beli la RM2 sebab saya sorang je yg nak makan. Tapi bila sampai waktu berbuka, tak boleh makan sebab dah basi, masam baunya. Alahai takde rezeki la nampaknya. Makanan pun mahal juga, bayangkanlah hati lembu goreng dengan kacang panjang, satu potong yg sebesar tak sampai 2 jari pun harganya RM2.

Semalam, saya teringin nak makan lontong buatan sendiri, my husband cakap beli jelah. Senang tak perlu susah susah. Tapi saya cakap takpelah, semua makanan dah beli, jadi yang inilah biarlah saya masak sendiri. Paling tidak boleh buat bersahur pagi tadi.