Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Ya saya tahu...
Saya memang selalu ketinggalan keretapi. Orang lain dah lama buat saya baru nak sibuk cari resepi. Selalunya macam itulah... Bila menu itu tengah viral, saya akan tengok dari tepi padang dulu. Biar orang lain ramai ramai mencuba dan bila dah agak reda baru saya join the crowd.....
Ini pun dah kira derhaka pada resepi. Saya ambil resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam, kalau ikutkan bahan bahannya perlu ada yogurt atau buttermilk. Puas selongkar peti ais, tiada kelibat yogurt dan saya terlupa yang susu segar pun dah habis. Nak ke kedai malas pula, so improvised ikut bahan yang ada. Kalau tak jadi, duduk senyap senyap...
Alhamdulillah it turns out just okay, nice and fluffy. My husband pun cakap lembut je rotinya.
Bahan Doh
2 cawan tepung roti - saya gunakan unbleached bread flour
1/2 sudu teh yis segera
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir - saya gunakan raw cane sugar
1/4 cawan plain yogurt/buttermilk - saya gantikan dengan whipping cream
1/4 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air suam - lebih kurang
Almond flakes dan Black sesame seeds untuk taburan.
Cara caranya
1.Larutkan yis di dalam sedikit air dan tambahkan gula dan sedikit tepung roti. Biarkan hingga ia berbuih.
2.Di dalam mangkuk adunan/mixer, campurkan garam, tepung roti,bakong powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan. Uli dengan mixer hingga tidak melekat di tangan anggaran 30 minit.
4. Tutup dengan kitchen towel yang lembab. Biarkan ia naik 1 kali ganda. Keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagiakan adunan sama berat dan bulatkan. Susun di dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi.
6.Panaskan oven pada suhu 150C, bila oven sudah betul betul panas baru masukkan doh dan bakar hingga masak.
7. Memandangkan saya tiada pilihan untuk menggunakan api atas atau bawah saja, jadi saya pasangkan kipas. Anggaran masa untuk masak lebih kurang 40 minit.
Sos Butterscotch
Bahan bahan
1/2 cawan brown sugar - saya gantikan dengan raw cane sugar
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila
25 gms butter
Cara cara
1.Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan gula kacau selalu sehingga gula cair sepenuhnya.
2. Tuangkan whipping cream perlahan lahan sambil mengacau. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. Matikan api dan tuang di dalam bekas tahan panas.
3. Selepas roti masak, tuangkan sos butterscotch ke atasnya.