Friday, April 25, 2014

Souffle Cheese Cake



Assalammualaikum dan Selamat hari Jumaat yang penuh barakah....

Mesti ramai yang suka sebab esok cuti!!!!!!!
Termasuk la saya. Siapa yang tak suka cuti? Ohhhh ada...

My  husband.

Ada orang suka pergi cuti cuti Malaysia, cuti cuti oversea, balik kampung, memancing atau yang tiada kena mengena dengan KERJA..

Tapi kalau tanya my husband apa yang paling you suka buat?

KERJA. 

Pendek dan tepat.

So he should WORK so that I can SHOP...



Agak lama terasa macam nak makan cheese cake. Ingat nak buat pumpkin cheese cake since masih ada balance labu dalam peti ais. Tapi tak beli biskut graham / oreo / marie untuk buat base cheese cake. Malas pula nak jadi Mc Gyver nak olah benda lain untuk gantikan base tu. So yang paling senang buat Souffle Cheese Cake yang melt in your mouth...

Sudah beberapa kali saya guna resepi yang sama. Sebab ia simple dan so far tidak mengecewakan.



Bahan bahan

125 gms cream cheese - kali ini saya guna brand Philadelphia
300 ml susu segar
80 gms butter
80 gms gula
80 gms tepung kek
3 biji telur
sedikit lemon jus

Cara cara
1. Masukkan cream cheese, butter dan susu ke dalam sauce pan dan panaskan dengan api perlahan sehingga semua bahan cair tetapi tidak mendidih. Ketepikan.
2. Masukkan kuning telur dan gula ke dalam mangkuk, pukul ringan dan perlahan lahan masukkan adunan cheese ke dalamnya sambil di kacau.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
4. Pukul putih telur bersama sama sedikit jus limau hingga kental.
6. Campurkan putih telur ke dalam adunan tadi dengan kaedah kaup balik.
7. Lapikkan tin kek dengan baking paper, gliskan dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Buang tepung yang berlebihan.
8. Tuang adunan ke dalam tin kek. Bakar didalam oven dengan kaedah water bath pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga lidi yang dicucuk di bahagian tengah kek keluar tanpa melekat.
9. Keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk sebentar dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.




Thursday, April 24, 2014

Pumpkin Creme Brulee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sejak 2,3 hari kebelakangan ini Shah Alam sentiasa dibasahi hujan. Cuaca mendung dan sejuk saja. Sebelum kemarau dulu, kalau hujan saja, ada penduduk Shah Alam yang risau kerana kemungkinan banjir tiba tiba melanda. 

Harap kalau hujan setiap hari, cepatlah catuan air akan berakhir.



Konon kononnya nak buat cream brulee walaupun tak ada blow torch yang digunakan untuk membakar lapisan gula di atas permukaan puding ni. Ada yang gunakan cara membakar sebentar di dalam oven atau memanaskan belakang senduk dan letakkan di atas lapisan gula.

Agaknya saya silap teknik, gula yang dibakar tidak mengeras tetapi bertukar menjadi caramel. Walau bagaimanapun tetap sedap sebab saya penggemar labu.

Kebiasaannya ada pumpkin pie spices yang dicampurkan di dalamnya tetapi saya kurang gemarkannya, saya tidak masukkan dalam pumpkin cream brulee saya.



PUMPKIN CREAM BRULEE

Bahan bahan
350 ml susu segar ( kalau suka boleh gunakan half and half)
3 biji telur
2/3 cawan gula perang - agak manis, boleh kurangkan sedikit.
1 sudu teh vanilla
1 cawan pumpkin puree
1/4 cawan gula - untuk tabur di atas pudding

Cara cara
1. Masukkan gula dan telur ke dalam bekas, pukul ringgan.
2. Panaskan susu jangan sampai mendidih, tuangkan perlahan lahan ke dalam mangkuk yang berisi telur dan gula.
3. Kacau perlahan lahan, masukkan pumpkin puree dan vanila. Gaul sekata.
4. Tapiskan adunan dan tuangkankan ke dalam bekas ramekin atau bekas kaca tahan panas.
5. Masukkan ramekin ke dalam dulang pembakar, tuangkan air panas ke dalam dulang pembakar.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga pudding sedikit keras.
7. Kelaurkan pudding, tabur sedikit gula  dab bakar di dalam oven sebentar sehingga gula cair dan bewarna keperangan. Kalau ada blow torch, bakar terus tidak perlu masukkan semula ke dalam oven.



Tuesday, April 22, 2014

Roti Bijan Hitam



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Mari kita tengok roti akak yang hampir nak rentung. Tapi kat luaran saja. Bahagian dalam masih okay lagi.

I am very bad cook in terms of making my own bread. Sudah beberapa kali mencuba, ikut resepi setiap perkatan tetapi selalu end up tak jadi sama seperti apa yang ditunjukkan. Selalunya doh roti saya agak lembek dan melekat ditangan. So bila tambah tepung lama kelamaan ia akan menjadi keras. Bila selalu  tak menjadi, mood nak buat jadi makin menurun.

Tiba tiba mood nak buat roti kembali lagi. Minggu lepas saya beli tepung roti 1 kg. Plan nak mencuba resepi roti yang menggunakan 5 Thousand Dough Starter tu. Final product still tak sama seperti org lain. Then saya cuba buat buns, bila doh lembek, saya tambah tepung, end up bun menjadi agak keras.


Semalam masa sampai rumah dari tempat kerja, saya geram sangat bila nampak tepung roti di dapur. Selagi tak habis tepung tu, selagi itu rasa tak puas hati.

Sambil mencari cari kertas yang saya tulis resepi entah kemana, nak surf internet hujan mencurah curah maka line memang sangat lembab jadi saya just ingat ingat apa bahan yang saya tulis sebelum ini.

Walaupun dohnya lembek dan agak sukar untuk membulatkannya, saya tak tambahkan tepung lagi. Menggunakan sedikit minyak, saya bulatkan dan masukkan dalam loaf tin. Mungkin suhu oven saya sedikit tinggi, maka finish product agak rentung sikit warnanya.

Sekurang kurangnya roti itu naik, lembut dan boleh di makan.

Sampaikan semalam bila my husband sampai rumah, dia cakap " Buat roti lagi ke?" Sebab dah beberapa hari in a row asyik bau roti je tapi final product tak nampak......




Monday, April 21, 2014

Cream Puff & Cream Custard




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini saya menjamu mata dengan Cream puff dan Cream custard yang saya buat semalam untuk minum petang. Maklumlah semalam boleh dikatakan sepanjang hari Shah Alam dibasahi hujan. Faham sajalah kalau hujan, tak boleh keluar, asyik bergolek depan TV saja, mulalah perut asyik minta diisi.

Maka tak kering tangan bila kena sediakan dari sarapan hinggalah ke minum petang. Nasib baik malam ada orang nak belanja makan kat luar.



Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Rasanya kali kedua atau ketiga saya buat cream puff ini. Masih tidak memuaskan hati tapi untuk makan sendiri tu boleh lah kan....

Sebenarnya bahan yang digunakan tidak banyak dan cara cara untuk menyediakannya juga tidak sukar tetapi masih belum dapat rentak yang sesuai untuk menghasilkan cream puff yang cantik.

Tapi alhamdulillah cream puff ini memang kosong di tengah tengahnya.


Kalau buat sendiri boleh letak cream custad banyak. Yang penting boleh ulang banyak kali.


Kalau suka boleh tabur gula icing


Atau boleh makan dengan sos coklat.

Pilihan di tangan anda.





Friday, April 18, 2014

Pengat Pisang Nangka



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Hari Jumaat yang mendung di Shah Alam. Mungkin hari akan hujan......

Hari ini cuma saya hendak upload gambar saja. Kurang idea untuk membebel.



Tekak terasa nak makan pengat pisang nangka, so saya dah beli 2 hari yang lepas. Bertangguh sampai pisang dah hampir terlalu masak.



Jemput menjamu mata ye....


Have a nice weekends...




Wednesday, April 16, 2014

Biskut Dahlia @ Kuih Samperit



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Adakah anda bermimipi?


Oh tidak.... sila jangan betulkan kepala anda. Tiba tiba makcik rajin buat kuih samperit pula walaupun hari raya jauh lagi. Even masa saya suruh my husband rasa kuih dia cakap " Belum raya lagi, buat apa makan kuih ni?"

Apa dia ingat kalau raya baru boleh makan cookies macam ni? Tak betul tu..... Kalau rasa teringin nak makan, kita buat. Kalau rasa malas atau tak ada masa, kita order saja...



Sebenarnya saya cuma suka suka nak buat cookies ni. Sebab kalau nak sambut hari raya, amatlah jarang sekali saya buat kuih raya. Selalu tengok saja kawan kawan berlumba lumba update resepi atau gambar kuih kuih raya dalam blog masing masing. Baru je saya nak buka mulut pada suami nak buat kuih raya, dia lagi cepat cakap " tak payah"...  Sebab itu blog saya paling kurang sekali ada entry berkaitan kuih kuih sempena hari raya.

Tapi mana tahu tahun ni penuh satu meja dengan homemade cookies?



Resepi saya jumpa dalam blog Mas Duniaku. Memandangkan bahan bahan yang digunakan sedikit, saya ambil keputusan untuk mencuba. Lagipun kalau buat banyak sangat siapa yang hendak tolong habiskan....

Bahan bahan
125 gms butter
125 gms susu pekat
230 gms tepung jagung
Bahan untuk hiasan / buah ceri

Cara cara
1. Gaulkan butter dengan susu pekat manis hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Paipkan doh atas dulang yang telah dilapik dengan kertas baking.
4. Taburkan bahan hiasan atau potongan buah ceri.
5. Bakar selama 12-15 minit.

Monday, April 14, 2014

Matcha @ Green Tea Ice Cream


Assalammualaikum dah Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keaadan yang paling terbaik. Tuan rumah kurang sihat sebenarnya. Tetapi kalau terlalu manjakan badan nanti lagi bertambah melarat. Maklumlah kalau asyik nak terbaring saja kan...

 By the way.... sila jangan muntah hijau kalau tuan rumah asyik update resepi yang berwarna hijau saja kebelakangan ni. Harap harap tuan rumah tidak bertukar menjadi HULK pula ya...




Paha hari sabtu lepas saya menghadiri perjumpaan ex staff tempat kerja lama. Ada yang hampir 11 tahun tidak pernah bertemu walaupun tinggal dalam negeri yang sama. Biasalah bila masing masing sudah bertukar kerja, mempunyai keluarga dan umur yang makin meningkat, jadi kesempatan untuk bertemu itu mungkin agak sukar.

Tetapi Alhamdulillah setelah beberapa bulan berusaha, kami berjaya berkumpul di Sunway Pyramid Tower Hotel. Mungkin buat permulaan hanya berjaya mengumpulkan seramai 35 orang. Bila agak lama tidak berjumpa mulalah berbual sampai tak ingat diri, maklumlah nak catch up cerita yang bertahun tahun tu. Semua orang gembira, walaupun makanan boleh dikatakan agak mewah, lebih excited nak berbual dan bergambar dari menikmati juadah yang disediakan.

Bila sudah hampir nak balik baru perasan ada Green Tea Ice Cream, tanpa melepaskan peluang terus ambil 3 scoops. Leka menikmati kesedapan green tea ice cream, tanpa mempedulikan mereka mereka yang sibuk bergambar....

So semalam, saya google cari resepi Matcha Ice Cream dan saya jumpa resepi yang senang dari Justonecookbook.

Bahan bahan
2 cawan half and half
1/3 cawan gula
Secubit garam
2 sudu makan serbuk green tea

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, panaskan hingga hampir mendidih dan semua bahan larut.
2. Tapiskan ke dalam bekas yang di letakkan di atas ketulan ais (ice bath) dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
3.Keluarkan ice cream maker yang telah disejukkan di dalam freezer, ikut arahan ice maker anda.
4. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejuk bekukan. Sedia dinikmati.



Friday, April 11, 2014

Matcha Panna Cotta


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Matcha atau Green Tea antara bahan yang menjadi kegemaran saya kebelakangan ini. So memang sentiasa simpan stok di rumah. Bila bila terasa hendak menikmati Matcha Latte atau Matcha Frappucino, boleh terus ke dapur dan sediakannya.

Ada yang bertanyakan kepada saya, boleh atau tidak gunakan green tea dalam uncang yang kita gunakan untuk sediakan minuman teh hijau tu untuk buat serbuk? Setahu saya tidak sama, tidak tahu pula kalau ada yang pernah mencuba.



Memandangkan hanya saya seorang saja penggemar Matcha ni jadi saya cuma sediakan Matcha Panna Cotta dalam kuantiti yang sedikit saja.

Bahan bahan
2 cawan half and half ( 1 cawan susu segar + 1 cawan heavy cream) atau gunakan susu segar sahaja.
1 sudu makan serbuk matcha@green tea
1/2 sudu teh serbuk vanilla
1 sudu teh serbuk agar agar
1/4 cane sugar / gula pasir

Cara cara
1. Masukkan semua bahan bahan ke dalam sauce pan / periuk kecil. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih dan semua bahan sebati.
2. Tapiskan ke dalam bekas yang sesuai.


Thursday, April 10, 2014

Baked Sweet Potato Doughnut



Assalammualaikum dah Selamat Pagi.

Percubaan membuat donut menggunakan kaedah bakar di dalam ketuhar menggunakan loyang donut yang saya beli berkurun lamanya.

Resepi asal menggunakan labu tetapi saya tukar kepada Japanese Sweet Potato yang ada dalam dapur. Resepi asal menyatakan adunannya memang agak pekat tetapi mungkin sebab saya gunakan keledek, maka saya mungkin perlu tambahkan kuantiti cecair.



Rasanya boleh tahan cuba appearance tidak seperti yang diharapkan. Nama pun try and error kan.... Kalau failed cuba lagi. Mungkin lepas ni saya akan gunakan labu seperti resepi yang asal.




So untuk kali ini kita jamu mata sajalah ye.... Kebelakangan ini teruja nak ambil gambar dalam mode "MOODY PHOTOGRAPHY" atau low light photography.

Sehingga bertemu di lain kali.







Monday, April 7, 2014

Blueberry Cheese Ice Cream





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Happy Monday Morning guys..... 
Hari ini kita jamu selera dengan homemade ice cream pula ya. Agak lama juga tak buat ice cream di rumah, kali ini saya buat ice cream tanpa menggunakan ice cream maker. Senang dan simple.

Memandangkan stok frozen bluberries saya masih banyak, so akan keluar beberapa menu berasaskan blueberry dalam My Small Kitchen.




Seperti biasa, resepi saya google dari internet. Walaupun digalakkan pemakanan yang sihat, sesekali terasa juga hendak menikmati keenakan ice cream dan cheese. Sudah lama teringin nak makan cheese cake tetapi agak malas nak membuatnya. So apa kata kita menikmati keenakan ice cream yang di tambah cheese di dalamnya...




Bahan bahan

100 gms frozen/fresh blueberries
100 gms gula pasir
10 ml jus lemon

100 gms gula pasir
5 biji telur kuning
500 gms cheese
300 ml susu segar

Cara caranya
1. Di dalam periuk kecil, masak blueberries, gula pasir dan jus lemon hingga menjadi pekat. Ketepikan.
2.Di dalam bekas yang lain, whisk gula pasir dan kuning telur hingga bertukar menjadi frothy/pale dan pekat.
3.Panaskan susu dan cheese di dalam periuk lain hingga suhu mendidih dan cheese cair.
4. Perlahan lahan tuang adunan cheese ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur dan kacau hingga sebati dan biarkan ia sejuk sebentar.
5.Kemudian masukkan blueberries yang telah dimasak bersama gula ke dalam adunan cheese dan telur. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan semalam.




Saturday, April 5, 2014

Raw Salad with Golden Flax Seed


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Selamat berhujung minggu. Semalam saya tak masak untuk dinner sebab my husband menawarkan diri untuk........

Beli di kedai!!!

So saya teringin nak makan salad sebab beberapa hari lepas my husband ada belikan daging kambing panggang yang disertakan dengan salad. Aduhai sedap pulak salad tu. Rasa tak puas pula, so lebih baik kalau buat sendiri.


Kalau nak versi yang menyihatkan boleh sediakan sendiri sosnya tapi saya agak malas sikit jadi saya beli ready made Thousand Island Sauce.

Saya gunakan sayuran yang ada dalam peti ais seperti capsicum, kobis hijau dan purple dan juga tomato. Taburkan Golden Flax Seed.



Have a nice weekend...


Friday, April 4, 2014

Blueberry Lassi with Chia Seeds



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cepat masa berlalu.... sedar tak sedar sudah sampai hari Jumaat. Ada orang kata " HAPPINESS is FRIDAY!!!! Maklumlah esok ramai yang bercuti, bolehlah bermalas malasan di rumah bersama keluarga. 

Tapi masalahnya.... sempat ke bermalas malasan untuk kaum isteri ni? Ada saya kerja yang perlu diselesaikan. Tambahan dengan catuan air di Selangor, memang tak menang tangan untuk membuat semua kerja.

Okay, hari ini kita jamu mata dengan Blueberry Lassi with Chia Seeds pula. Sedap sebab ada rasa masam masam dari blueberry dan yogurt.



BLUEBERRY LASSI WITH CHIA SEEDS

Bahan bahan
1 cawan blueberry
1/2 cawan greek yogurt
1 cawan susu segar
1 cawan ice cube
1 sudu makan Chia Seeds
3 sudu makan Agave Nectar / Madu @ Gula secukup rasa

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan nikmati kesegarannya....




Wednesday, April 2, 2014

Tropical Smoothies with Strawberries and Chia Seeds



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ini saja saya baru diperkenalkan dengan Virgin Coconut Oil or VCO. Selalu tu saya cuma tahu mengenai Virgin Olive Oil or VOO. Ada seorang kawan lama yang mengamalkan pengambilan VCO 2 sudu makan setiap hari. Saya ada bertanya bagaimana dia consume VCO setiap hari, katanya samada terus diminum atau dicampurkan dalam minuman atau makanan. Rasanya masih ramai yang kurang mengetahui mengenai VCO ini.


Kebetulan masa saya tengah browsing mencari resepi smoothies, saya terjumpa beberapa resepi yang menggunakan VCO. Mulanya rasa macam, biar betul!!! Nak minum smoothies yang dicampur dengan minyak kelapa? Tetapi bila dah rasa, tiada rasa yang pelik dan anda pasti tidak tahu ada penggunaan minyak kelapa dalam minuman itu.

So kalau nak tahu apa kebaikan VCO bolehlah google....
Dan kalau nak tahu dimana boleh mendapatkan VCO, kebanyakan pasaraya besar ada menjualnya especially Organic Virgin Coconut Oil, even pharmacy ada menjual dalam bentuk tablet.



Okay berbalik pada resepi smoothies saya kali ini, saya google dari internet cuma saya lupa dari mana.


Tropical Smoothies with Strawberries and Chia Seeds.

Bahan bahan
  • 1/2 cawan Santan kelapa
  • 1/2 cawan Air kelapa
  • 1 cawan isi mangga
  • 1 cawan buah nenas
  • 1 cawan buah strawberry
  • 3 sudu makan Chia Seeds
  • 3 sudu makan Virgin Coconut Oil
  • 1 cup ice cube


Cara cara
  • Masukka semua bahan kecuali VCO ke dalam blender, kisar hingga halus.
  • Buka penutup blender, masukkan VCO perlahan lahan dan kisar semula.
  • Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.
  • Jika anda menggunakan frozen fruit, abaikan ice cube.
  • Jika suka boleh tambahkan 2 scoops protein powder.






Tuesday, April 1, 2014

Som Tum - Thai Green Papaya Salad


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini just nak letak gambar menu ulangan yang dah beberapa kali saya buat. Badan asyik rasa kurang bertenaga dan tekak rasa nak makan yang masam masam . Jangan fikir lain ye... Bukan pasal pregnant ke apa, saja tekak mengada ngada sikit...


Kacang tanah tu terhangit sikit, malas nak goreng, saya bakar dalam oven. Bila terleka sikit, baru perasan kacang dah terlebih garing.



Teringat masa saya dan beberapa kawan kawan bercuti ke Langkawi pada bulan Januari yang lepas, ada sekali tu kami berhenti untuk makan tengahari tetapi waktu sudah melepasi waktu makan so tak banyak pilihan yang ada. So saja saja saya order somtum 2 hidangan. Salah seorang kawan cakap " uishhhhh kenapa order banyak sangat ni, siapa nak habiskan". Alih alih tak cukup dan dia cakap menyesal tak order lebih....

Biasalah kan, kalau makan ramai ramai dan berebut memang selalunya tak cukup...


Layan gambar sajalah ye....