Showing posts with label kerang. Show all posts
Showing posts with label kerang. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Rendang Kerang


Semalam saya masak rendang kerang dan ayam bakar untuk menu berbuka.

Hari sabtu lepas saya ada beli isi kerang untuk masak char koay teow, masih ada baki yang agak banyak. Sebelum balik kerja, macam biasa memerah otak memikirkan idea untuk menu berbuka. First yang terlintas ialah buat sambal tumis kerang atau pun buat mee kari. Tapi sambal kerang dah selalu juga buat, nak buat mee kari banyak bahan yang tak ada di rumah. Kalau nak ke pasaraya cari bahan lepas waktu kerja, takut lambat sampai rumah, tak sempat nak masak pulak.

Tiba tiba teringat pasal rendang kerang, sebab saya baru je beli Majalah Rasa edisi Rumah Terbuka. Tengok bahan semua ada dirumah, santan kotak pun ada, so terus decide nak buat rendang kerang. Kalau ada nasi impit pun sedap ni. Since masih ada balance rendang kerang ni, tengahari nanti boleh pergi beli ketupat nasi, sempatlah rebus bila balik rumah nanti.

Resepi saya update nanti ye....



Rendang Kerang Xtra Pedas

Friday, June 5, 2009

Kepah Masak Pindang


Memandangkan Gulai Tulang & Rebung masih ada balance, rasa malas nak masak yang lain lagi. Tapi bila tengok masih ada kepah yang saya beli sebelum balik kampung tempohari, terus terfikir nak habiskan sebab this weekend nak balik Pahang pulak. Kalau tak masak, jawabnya balik esok mesti masuk tong sampah.

Sunday, May 3, 2009

Kerang Masak Berapi

Dah pernah buat resepi ni dulu. Untuk resepi sepenuhnya sila ke sini.