Monday, January 31, 2011

Beef & Broccoli


Sejak kebelakangan ni my husband suka sangat order Beef & Broccoli kalau makan kat luar. Saya dah search kat internet, cari resepi Beef & Broccoli. Kebetulan hari tu masa membelek majalah SAJI keluaran bulan Februari ada memaparkan resepi ini, terus saya beli. Tapi ada bahan yang saya tak pernah jumpa so saya tambah bahan lain mengikut selera sendiri.

Bahan bahan
100 gm broccoli
100 gm daging ( lebih kurang )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 kuntum shiitake mushroom
Garam
Air
Minyak untuk menumis
Tepung jagung-bancuh dengan sedikit air


Cara cara
1. Gaul daging dengan sos tiram dan kicap, perap seketika.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan goreng hingga masak.
3. Masukkan sedikit air, broccoli dan cendawan. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
4. Masukan sedikit bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah.
5. Setelah kuah pekat, matikan api dan bolehlah diangkat.

Sunday, January 30, 2011

Blueberry Muffin


Hari ini sepanjang hari hujan di Shah Alam, rasa malas sungguh nak bangun, nak tarik gebar lagi adalah. Tapi kena bangun awal juga sebab my husband nak kena siapkan kerja dan saya pula ada jemputan majlis aqiqah anak kawan di Klang.

Bila my husband dah keluar rumah, saya masih dok berfikir nak pergi ke tidak sebab perut rasa tak berapa selesa dan hujan pulak mencurah curah di luar rumah. Tapi dah janji dengan kawan kawan nak pergi lagipun teringin nak berjumpa kawan kawan lama masa kerja dengan company Jepun dulu. Kalau takde majlis macam ni, susah juga nak bertemu maklumlah masing masing ada commitment.

Saya dan 2 org teman lagi pergi dengan satu kereta dan saya yang memandu. Macam bagus je sebab tak bawa peta walaupun boleh agak di mana kawasan perumahan tu tapi bila memandu dalam hujan sambil bersembang sakan dalam kereta, menyebabkan kami tersesat jugalah. nasib baik dah agak biasa dengan kawasan tu jadi bila pusing pusing jumpa jugalah jalan keluar.



Saya sampai rumah dah hampir pukul 5 petang dan hujan masih mencurah curah, so tangan terasa gatal nak membaking. Maka terhasillah Blueberry Muffin.
Bahan bahan
250 gm self raising flour
1 biji telur
2 sudu makan jus lemon
1 sudu teh parutan kulit lemon
4 sudu makan minyak sayuran
285 ml susu segar
85 gm gula castor - lebihkan kalau suka manis
1 packet fresh blueberry

Cara cara
1. Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk. Pukul ringan telur dan masukkan ke dalam magkuk tepung.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul sekata, tak perlu menggunakan electric mixer, hanya senduk kayu sudah memadai.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius, masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan muffin, sudukan adunan muffin ke dalam mangkuk kertas, buat hingga habis.
4. Bakar selama lebih kurang 25 minit atau hingga masak.
5. Menghasilkan 12 biji muffin.

Friday, January 28, 2011

Rendang Ayam Cili Padi


Siapa yang nak sambut raya sebenarnya ni?

Alang alang dah buat ketupat pulut apalah salahnya buat rendang ayam sekali kan...  Itulah kalau dah malas, apa apa pun malas nak masak. Tapi kalau tiba tiba kena angin kus kus terlebih rajin macam macam yang saya nak masak.
Bahan bahan

1/2 ekor ayam - dipotong saiz yang sesuai
Cili Padi - 10 biji ( kurangkan kalau tak nak terlalu pedas)
Cili kering kisar - 2 sudu makan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas hidup
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 batang serai
Sedikit air
( Kisar semua bahan di atas hingga hancur)

2 sudu besar kerisek
1 Cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sedikit daun kunyit
2 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-cara :
1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan masak hingga semua rempah masak.
2. Masukkan ayam dan juga santan cair, gaul biar sebati dan biarkan hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan santan pekat, kerisek, garam dan serbuk perasa dan gaul sekata.
4. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan pecah minyak.
5. Sedia untuk dihidang.

Ketupat Daun Buluh aka Chang


Salam Hari Jumaat,

Saya dah "jatuh chenta" dengan daun buluh dah ni....
Malam tadi saya buat Ketupat daun buluh aka Chang yang biasanya dibuat oleh kaum Cina.Tapi rasanya bentuk Chang lain sikit, saya balut seperti saya balut kuih lopes tempohari.

Sebenarnya saya tak pandai balut ketupat daun palas, so setiap kali nak raya selalunya mak atau arwah mak mertua saya yang balut. Saya cuma jadi pemerhati. Dah berkali kali mencuba tapi tak berapa nak menjadi, nanti mak saya cakap jadi ketupat jantan lah, betinalah... entahlah saya pun tak pasti.

Lepas ni kalau terasa nak makan ketupat pulut, selain pergi cari kat pasar tani boleh buat sendiri dan bila bila masa tekak terasa nak makan.

Thursday, January 27, 2011

Waffle with blueberry sauce


Breakfast pagi tadi saya sempat buat waffle. Tapi saya guna tepung pancakes yang sudah ready made di pasaran. Maklumlah masih dalam mood yang tak berapa  nak ado je..... Lagipun dah lama tak menggunakan waffle maker, takut lama lama terus jammed tak boleh guna. Kali ni tuang sos blueberry kat atas waffle tu. Mula mula nak letak fresh blueberry tapi nak simpan buat muffin kot. Itupun kalau rajinnnnnnn......

Ikan Masam Manis


Ikan Masam Manis ni saya masak beberapa hari lepas rasanya. Sedikit sibuk kebelakangan ni menyebabkan  malas nak berlama lama di dapur. Jadi takde resepi khusus sebab main campak campak sebab nak cepat siap dan cepat di makan.

Tuesday, January 25, 2011

Homemade Simple Pizza

 A Slice of Homemade Simple Pizza.

Malam ni saya tak masak nasi, hanya buat simple pizza untuk makan malam. Kebetulan petang tadi my husband berjumpa dengan kawan kawannya so dia cakap akan makan dengan mereka. Saya pula ambil lunch dah hampir pukul 3 ptg jadi perut masih kenyang lagi.

So we decided to have simple dinner just untuk isi perut sebelum tidur. Betul betul simple & easy to prepare.
Apa yanjg diperlukan cuma roti tortilla, sos spagheti, sosej, nenas dalam tin dan keju. Sapukan sos spagheti ke atas roti tortilla, tabur hirisan sosej dan nenas dan akhir sekali taburkan keju parmesan dan mozzarella. Bakar di dalam oven hingga keju cair dan makan semasa masih panas.


 Pizza Sebelum dibakar

Pizza selepas dibakar

Monday, January 24, 2011

Lopes Daun Buluh

 Salam di pagi Isnin.

Sebenarnya dah lama nak buat kuih lopes ni tapi seperti biasalah ada je alasan alasan kreatif makcik yang menyebabkan niat asyik tertunda dari sehari ke sehari. Contohnya kali ni, sebenarnya saya dah rendam pulut hari sabtu pagi sebelum pergi kerja. Sebab cadangannya nak buat kuih lopes untuk minum petang sabtu tu.

Tapi tak jadi juga sebab apa entah, lepas tu malam tu my husband ajak buat BBQ kat rumah sebab nak merasmikan Gas BBQ Grill yang beli hari tu. Sibuk pulak mencari bahan untuk dibakar. Jadi pulut yang saya rendam tu saya simpan dalam peti ais dulu. Postponed to the next day, tapi pagi ahad pulak my husband keluar dan saya pulak nak keluar cari kedai cuci dan potong rambut. My husband bagitau nanti dia belikan lunch so semalam saya tak masak.

Lepas lunch masing masing dah jadi ular sawa kekenyangan, saya masih tak buat lagi kuih lopes tu sebab petang semalam ada "DATE" dengan kawan lama yang satu sekolah dari Form 1 sampai Form 3. Kami janji nak jumpa pukul 5 ptg di Puchong.  Sampai rumah dah hampir waktu maghrib, since my husband tak nak makan nasi so tak masak lagi jadi saya terus buat kuih lopes sebab takut pengakhirannya nanti beras pulut tu akan masuk tong sampah. Boleh jadi drama Tragedi Kuih Lopes la pulak....



Oh ya, saya nak berterima kasih pada Chik Mimi sebab sudi hantarkan daun buluh ni dari Penang. Selalunya saya buat dalam daun pisang dan bentuknya kebiasaannya ialah bulat. Tapi bila nampak Chik Mimi buat guna daun buluh nampak cantik sebab ia berbentuk segitiga. Pertama kali buat guna daun buluh dan saya rasa lebih senang dari sebelum ni.
Bahan bahan
Beras pulut
Air Abu / Abu Chang
Kelapa Parut
Garam
Manisan / Air Gula Merah / Gula Kabung

Cara cara
1. Rendam Pulut dengan air abu. Cuci dan toskan.
2. Rendam daun buluh dan talinya di dalam air dan lap dengan kain bersih.
3. Gulung daun buluh seperti hendak membuat ketupat pulut, masukkan beras pulut lebih kurang 2 sudu makan. Lipat daun buluh supaya beras pulut tidak keluar. Buat sehingga siap.
4. Masukkan beras pulut yang siap dibalut dengan daun buluh ke dalam periuk tekanan. Masak mengikut arahan periuk tekanan masing masing.
5. Setelah masak dan sejuk, buka pembalut/daun buluh, salut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
6. Hidangkan bersama sama air manisan.

Saturday, January 22, 2011

Beef Stew with Meatball Sauce


Dah beberapa hari tak ada entry, nak kata sibuk sangat tu takdelah tapi tak berapa ada mood nak letak entry.Beef Stew & Meatball Sauce ni saya masak semalam, dah seminggu saya beli meatball yang dah siap kat pasar. Mula mula nak buat spaghetti sauce + meatball, tapi last minute tukar menu sebab saya beli roti perancis kat Giant. Resepi asal dari fidadaud@myresipi tapi saya buat sebahagian sahaja dan saya tak guna rusuk lembu sebab malas nak merebus. Saya gantikan dengan kiub rusuk lembu Maggie.

Saya copy resepi asal dari myresipi.

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • MEATBALL:
  • 700gm daging cincang/kisar
  • 170gm biskut cream cracker (hancurkan)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inchi halia (tumbuk lumat)
  • 1 sdb garam
  • 1 1/2 sdb serbuk lada sulah
  • 2 sdb tepung jagung
  • sedikit daun sup (potong halus)
  • 1 biji telur
  • 2 biji telur (untuk menggoreng)
  • BAHAN STEW:
  • 1 inchi halia
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • satu set lengkap rempah tumis
  • 1 sdk oregano (optional)
  • 100gm @ 1 tin kecil tomato puree
  • 115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
  • 3 liter air
  • 1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
  • 1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
  • 2 biji carrot (potong segiempat tepat)
  • 7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)
  • Kobis bunga
  • P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya. [x]

Cara-cara

  1. MEATBALL: Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
  2. Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
  3. Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng.
  4. STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini bersama rempah tumis sehingga garing.
  5. Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
  7. Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
  8. Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
  9. Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.
  10. Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.
  11. P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.

Bunga Ros


Semenjak dua menjak ni tersyok nak tanam pokok bunga ros pulak. Tapi selalunya end up pokok bunga mati kekeringan sebab tuan tanah sibuk + malas.


 So sekarang saya start tanam pokok bunga ros yang murah, diorang gelar ros kampung sebab tahan panas. Yang lagi satu diorang gelar ros cameron, yang ini kebanyakkannya kena letak di tempat yang berbumbung dan redup.


Tengoklah berapa lama pokok pokok ni boleh bertahan. Kalau tuannya rajin, panjang la hayatnya. Kalau tuannya malas, jawabnya tinggal pasu je la....

Wednesday, January 19, 2011

Kuih Bronok (Sagu)


 Memang lama sungguh saya tak buat kuih sagu atau sesetengah orang menggelarkannya Kuih Bronok. Orang kata kuih ni sinonim dengan juadah berbuka puasa. Agak senang untuk membuatnya cuma kali ni saya terlebih air sikit menyebabkan ia agak lembut dan agak sukar untuk memotongnya kepada bahagian yang agak sama.

Agaknya sehari dua ni saya terlebih mood rajin kot sebab lepas mengguli roti ( walaupun BM yang buat), saya terus rendam biji sagu. Pagi tadi sebelum pergi kerja saya masak kuih sagu ni dan sejukkan ia dalam peti ais. Sebab tu saya kata saya terlebih rajin sikit, selalunya sebelum pergi kerja malas nak buat apa apa.

Jadi masa sampai rumah petang tadi terus potong kuih dalam loyang dan bolehlah lepak kat laman sambil layan angin petang yang sepoi sepoi bahasa....


Resepi Kuih Bronok ni saya ambil dari mama kastam tioman@myresipi.

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Breakfast.....


Dah agak lama tak buat heavy breakfast especially weekdays. Yelah rushing nak pergi kerja lagi dan yang paling UTAMA ialah sebab malas. Selalunya hanya minum minuman panas atau makan cereal sahaja dan sampai tempat kerja singgah beli sarapan.

Tapi hari terlebih rajin sikit, sebabkan semalam buat roti jadi pagi tadi saya buat scrambled eggs with sausage and baked beans. Fuh enak banget deh!!!!!!

Roti Pandan


Sudah berbulan bulan rasanya Bread Maker saya tak berkerja, asyik bertapa dalam stor. Entahlah, malas betul nak buat roti. Hari tu ada la my husband bersungut banyak sangat benda yang tak pernah guna dalam stor, buat semak je katanya. Memang betul, ada beberapa toys yang saya beli belum pernah guna walaupun sekali. Ada yang saya beli 2 tahun lepas.

2 hari lepas rasanya, saya terdengar kat Radio Sinar Pagi berkenaan " Barang Apa Yg Anda Beli Tapi Tidak Pernah Digunakan". Aduhhhhhhhh rasa seperti ditusuk sembilu je. Hehehehehe........ Dalam hati, eh diorang ni cam tau tau je... Itu yang setiap kali nak beli barang je my husband selalu sound awal awal, kalau nak beli mesti guna. Sebelum beli tu selalunya saya anggukkan kepala tak berhenti la kan. Maklumlah nak barang tu jadi kenalah setuju apa jua syarat oleh Fincance Controller tapi bila dah beli dan tak guna, pandai pandailah cipta alasan yang begitu kreatif untuk elak dari kena berleter.

Esok cuti sempena Hari Thaipusam, so saya plan nak kemaskinikan bilik stor kat rumah. Nak Buang apa yang tak guna dan susun balik barang yg nak guna. Kadang kala kotak dan pembungkus pun boleh simpan sebab sayang nak buang. Alih alih semua benda tu yang menyemakkan ruang.

Resepi roti pandan yang saya buat ni, saya ambil dari Majalah SEDAP. Tak bawa majalah tu so tak berapa ingat bahan bahannya. Nantilah kalau teringat boleh update kalau tidak, kena tunggu balik rumahlah ye...

Monday, January 17, 2011

Spicy Stir Fry Clams

Dinner malam ni saya masak Spicy Stir Fry Clam. Hari tu saya beli 1 kg kepah, semalam dah buat Clam Soup separuh. Kepah ni bukannya boleh buat "lauk" kata orang cuma seronok meratah je lah. Menu yang satu lagi ialah masak lemak ketam. Tapi malas nak ambil gambar sebab dah selalu buat.

Bahan bahan
1/2 kg kepah - cuci dan tos
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili padi
1 sudu teh sos tiram
2 sudu teh shrimp chili paste jenama DELIMAS
Garam secukupnya
1/2 labu bawang besar - mayang
1/2 biji cili merah - hiris menyerong
Sedikit daun bawang

Cara cara
1. Tumbuk halus halia, bawang putih, merah dan cili padi. Panaskan kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan shrimp chili paste dan sos tiram, kacau sebati dan masak hingga wangi.
3. Masukkan kepah dan sedikit air dan gaul agar kepah dan bahan tumis sebati. Tutup kuali dan masak sehingga semua kepah terbuka.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Taburkan bawang besar, cili merah dan daun bawang, gaul rata dan tutup api.
5. Sedia dinikmati panas.

Coconut Jelly

Coconut Jelly in glass

Sudah agak lama tak buat dessert, entahlah bila sibuk dan mood nak duduk lama lama kat dapur tak berapa nak ada menyebabkan saya hanya masak yang simple dan ambil masa yang tidak lama untuk menyediakannya. Kadang kala melintas di kepala nak masak itu dan ini tapi bila sampai di rumah hilang semua tu. Hari sabtu the whole day tak masak, hari ahad, lunch kat luar. Dinner pulak dah malas nak keluar, saya cuma buat Clam Soup dan Hati Masak Kicap. Sempat buat Coconut Jelly sebab semalam saya beli 2 biji kelapa muda.

Coconut Jelly in Ramekin

Bahan Bahan
8 gms serbuk agar agar - kalau suka jelly lembut, kurangkan sedikit kuantiti.
Air dari 1 biji kelapa
5 sudu besar gula - bergantung pada masing masing
Isi kelapa muda - diparut / dipotong kecil

Cara cara
1. Masukkan air kelapa dan gula ke dalam periuk. Panaskan jangan sampai mendidih.
2. Masukkan serbuk agar agar dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam bekas kecil dan masukkan isi kelapa muda yang telah diparut / dipotong tadi. Sejukkan.

Sunday, January 16, 2011

Gas BBQ Grill


Hari ini nak tunjukkan my new toy in the house. Actually saya dah mengendeng dengan my husband suruh beli Gas BBQ Grill ni sejak dari tahun lepas lagi. Tapi my husband cakap bukannya selalu pun buat BBQ kat rumah ni. Tapi tiba tiba semalam dia cakap nak belikan Gas BBQ Grill ni pulak. So hari ni pagi pagi lagi dia dah ajak saya pergi beli. Tapi kami ambil yang agak murah sekali ler.... Mana nak ada duit kalau nak beli yang sampai ribu riban tu. Ini pun my husband dah sound jangan sampai jadi tukun tiruan dalam bilik stor.

Dalam kepala saya dah ada beberapa menu yang saya nak cuba untuk merasmikan my Gas BBQ Grill ni. Tadi dah siap beli skewer dan corn holder untuk bakar jagung. Tapi tak taulah bila tu.......

Friday, January 14, 2011

Hasselbeck Potato


Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari.

Sehari dua agak sibuk sikit dengan kerja, alhamdulillah bila sibuk, lebihla sikit rezekinya kan. Kata orang jangan mengeluh kalau sibuk dengan rezeki yang diberikanNya, nanti ditarik balik. Seperti tak mensyukuri nikmatNya pulak.

Oh saya ni peminat kentang, pantang nampak kentang kerja nak membeli je. Semalam pagi pagi lagi saya dah menyimpang ke Tesco. Niat awal nak cari benda lain tapi tiba tiba mataku ini terpandang Jumbo Patato. Waduh waduh!!!!!! jantung ku berdegup kencang bab pertama kali bertentang mata dengan jejaka pujaan kalbu. hahahahaa..... kat kentang pun boleh jatuh chenta...

Apa lagi dik non aiiiii....akak terus rembat la tapi masih menahan nafsu sebab cuma ambil 2 ketul je. itupun dah mencecah RM6. Jadi semalam saya mencuba membuat Hasselbeck Potato, mula mula terfikir nak buat spiral tapi tunggulah dulu. Sebab yang ini lagi senang, biasalah dik, akak ni suka yang senang senang je.

Bahan Bahan
1 ketul Jumbo Potato - dibersihkan kulitnya ( bukan kupas kulit ye..)
Garam
Serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
Minyak Zaitun

Cara cara
1. Hiriskan kentang tapi jangan sampai putus. Selitkan hirisan bawang putih dicelah hirisan kentang tadi. Lumurkan kentang dengan garam, lada hitam dan minyak zaitun.
2. Bakar di dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak. ( Bergantung pada saiz kentang dan jenis oven).

Wednesday, January 12, 2011

3B Pudding

Apalah yang 3B Pudding tu ye.....

Actually ia singkatan dari BREAD, BUTTER AND BANANA PUDDING. Pandai pandai menggubah resepi orang kan.... Ala bukannya merosakkan tetapi mempelbagaikan resepi. Takdelah sama je rasanya kan....


Rasanya seminggu dua ni musim pisang kot, sebabnya dah beberapa kali saya mengintai rumah kawan kawan, ada je resepi yang menggunakan pisang. Jadi saya pun teringin nak gunakan pisang juga dalam resepi saya kali ni.
Bahan bahan
5 keping roti Gardenia
2 biji telur
300 ml susu segar
6 sudu besar gula
1 sudu teh essen vanilla
Sedikit blackcurrant kering / kismis pun ok
1 biji pisang berangan - dipotong kecil
1 sudu makan butter - dicairkan

SOS KASTARD

1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh essen vanilla
1 biji telur
2 sudu besar gula - bergantung pada kemanisan yg disukai.

Cara cara
1. Koyakkan roti kepada bahagian kecil dan masukkan ke dalam loaf pan bersama dengan potongan pisang.
2. Bancuh susu segar, telur, gula, butter dan essen vanilla. Tuangkan ke dalam loaf pan yang berisi roti dan pisang tadi.
3. Taburkan blackcurrant di atas permukaan dan susun potongan pisang jika suka. Taburkan sedikit gula pasir di atas supaya bila siap dibakar nampak seperti caramelized sugar.
4. Bakar di dalam oven hingga masak.
SOS KASTAD - Campurkan semua bahan dan masak di atas api hingga sebati dan mendapat kepekatan yang dikehendaki.

Tuesday, January 11, 2011

Steam Assam Fish


Hari tu saya dan my husband tengok dokumentari berkenaan Penyimpan Mohor Besar Besar Raja Raja Melayu kat TV1 rasanya, maklumlah asyik tengok movie atau drama je, sesakli kena la tengok rancangan yang membina jugakan. So, Engku Ibrahim ke nama dia, ( kalau nampak muka dia kat TV mesti ingat nak puasa atau raya je....) bercerita tentang pemakanannya yang membuatkan dia sihat dan mencecah umur 70 tahun. Antaranya ialah dia banyak makan ikan dan kurangkan gula. Rasanya dia jarang ambil makanan berdaging.

So, sempatlah saya ngendeng kat my husband, cakap dengan dia mesti makan ikan dengan banyak dan banyak minum air suam je. Maklumlah my husband ni tak suka makan ikan. Hanya 2,3 jenis ikan saya yang dia makan. Berbanding dengan saya yang boleh makan berjenis jenis ikan, walaupun ada 1,2 ikan yang saya masih belum berupaya nak telan.

Sebab itulah malam tadi kami dinner dengan ikan, siap kukus lagi instead of digoreng. Ada la secubit dua je yang my husband makan, sebab tu saya buatkan juga sambal udang, kesian la pulak nak paksa dia makan ikan banyak banyak sekaligus kan.... resepinya nanti saya update, sibuk sikit hari ni.

Bahan bahan
1 ekor ikan siakap - disiang, cuci dan toskan
1 inci halia - dimayang
1/2 labu bawangbesar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 kuntum shiitake Mushroom - dihiris nipis
1/2 biji tomato - dipotong baji
2 sudu makan perencah assam pedas segera
Garam dan lada sulah
1 sudu teh jus lemon
Sedikit daun ketumbar & daun bawang - untuk hiasan
Cili merah - untuk hiasan

Cara cara
1. Panaskan kukusan. Lumurkan ikan siakap dengan garam, lada sulah,jus lemon dan perencah assam pedas segera.
2. Letakkan ikan siakap di atas pinggan yang sesuai. Taburkan halia, bawang besar, bawang putih, shiitake mushroom.
3. Susunkan buah tomato disekeliling pinggan. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selma 15 minit atau sehingga ikan masak.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar, daun bawang dan cili merah potong sebelum dihidang.

Tempe Goreng Kicap


Saya suka makan tempe walaupun saya bukan orang Jawa. Khir Toyo cakap, dia awet muda sebab makan tempe. So since saya pun nak awet muda, kenalah makan tempe banyak banyak.....Walaupun my husband tak makan, saya tak kisah untuk memasaknya sebab bolehlah saya awet muda sorang sorang.hehehe.....
Tak perlu resepilah sebab senang sangat kan. Boleh agak apa bahan yang perlu, malu je nak tulis resepi.

Sunday, January 9, 2011

Kerabu Mangga

Dalam malas malas nak masak pun masih sempat buat kerabu mangga. Beli buah mangga dah lama tangguh nak buat saja. Kadang kala dah bawa keluar buah mangga dari peti ais, bila fikir fikir balik takde mood nak makan kerabu, saya simpan balik. Tapi malam ni ada sedikit kerajinan, terus saya buat takut nanti buah ni jadi lembik, dah tak sesuai buat kerabu lagi.

Oh ya, ada beberapa pengunjung blog ni bertanyakan jenis kamera yang saya gunakan. Saya gunakan kamera CANON EOS 500D. Saya ada lens CANON 50mm, TAMRON 70-300mm dan yang latest ialah TAMRON 18-200 mm.

Masak Lemak Ikan Kering

Menu dinner malam ni, Masak Lemak Ikan Kering. Actually plan nak makan kat luar malam ni tapi petang tadi lepas my husband siap memotong rumput kat laman, tengok jam dah pukul 6 lebih. Mula lah malas nak keluar jadi akak ni terpaksalah menggodek peti ais mencari apa yang ada untuk makan malam.

Ada balance ikan talang masin, so terfikir nak buat masak lemak. Cukuplah untuk malam ni. Resepi boleh check kat Label sebelah sebab dah banyak kali buat.

Dim Sum

 Shrimp Wonton Soup

 Steam Mushroom Siew Mai


Saya sukakan Chinese Food but not my husband. Sesekali ada juga ajak dia pergi makan di Muslim Chinese Restaurant tapi kesian la pulak sebab nanti dia just minum. Tak seronok la macam tu kan. Semalam masa saya ke Giant, ada orang menjual Halal Din Sum. Nampak begitu menyelerakan, so saya beli Shrimp Wonton dan Mushroom Siew Mai.

So malam tadi saya goreng bihun untuk my husband dan saya makan my favourite food.

Saturday, January 8, 2011

Kek Pisang Bercoklat Badam


Semalam tangan saya gatal lagi, gatal nak baking. Sebelum balik kerja, saya singgah beli pisang emas sebab rasa nak buat kek pisang. Kali ni saya mencuba resepi dari yani@myresipi. Dalam resepi asal tak letak coklat tapi saya pandai pandai menambah sebab masih banyak coklat dalam peti ais. Coklat yang saya beli masa ke Langkawi tempohari. Maklumlah kat rumah saya tak ramai umat manusia, kami berdua bekerja dari pagi sampai senja, so masa nak menghabiskan coklat dan seangkatan dengannya tak banyak. Kadang kala sampai terlupa, sedar sedar dah expired.....
Kebetulan pulak tempat saya tinggal ni kejiranannya tak begitu baik, so jiran tetanggan pun jarang bertegur sapa. Kalau tidak, confirm anak anak diorang kenyang sebab saya suka masak tapi tak ramai yang nak tolong habiskan. Sebab tu saya selalu cakap, kalau saya nak buat kek saya mesti cari kawan kawan untuk habiskan. Susah juga kan, ada orang yang tak begitu rajin nak memasak tapi ada ramai orang yang nak tolong habiskan. Sedangkan saya ni takdelah rajin sangat tapi suka mencuba resepi tapi takde orang yang nak makan. Begitulah ketentuanNya.

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

Thursday, January 6, 2011

Apam Gula Melaka


Hari tu saya nampak ramai yang mengapam gula melaka ni. Cantik sebab mekar sejambak tapi bila saya buat, tak naknya dia nak sengih pun. Mungkin saya tak peram dulu kot, saya biarkan sekejap saja. Tapi rasanya sedap dan lembut teksture apam ni. Resepi asal dari kak ita@myresipi. Saya cuma buat sebahagian saja.

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Chili Crab


Menu Dinner saya malam tadi ialah Chili Crab. Memandangkan sekarang sedang mengalami krisis kekurangan minyak masak jadi saya tak goreng ketam dulu seperti kebiasaannya. Kali ini saya kukus ketam dulu sebelum masukkan ke dalam kuah cili.

Wednesday, January 5, 2011

Pengat Labu


Dah agak lama tak buat dessert atau apa apa pemanis mulut. Hari tu masa balik kampung saya cakap dengan my mom yang saya teringin nak makan pengat labu atau pun lepat labu. Emak saya sengih je, dia cakap dah la balik sekejap saja, lepas tu nak makan macam macam.  Since tak dapat makan kat kampung, saya kenalah buat sendiri kalau nak makan. Inipun buat 1/2 biji labu sahaja.

Tuesday, January 4, 2011

Sambal Tempoyak

 
Sambal Tempoyak sebagai penyedap Singgang Ikan Aye.

Singgang Ikan Aye


Menu dinner malam ni simple je, Singgang Ikan Aye

Monday, January 3, 2011

Gulai Tulang & Rebung Masam


Satu lagi juadah makan malam kami ialah Gulai Tulang & Rebung Masam. Yang ini my husband request sejak pagi pagi lagi. Memandangkan kat rumah takde barang basah, saya terus ke pasar dulu beli barang barang basah. Balik dari kerja, siap sinsing lengan baju nak masak, baru perasan yang saya terlupa beli santan. Telefon my husband minta tolong belikan santan sebelum balik. Agaknya puas dia melilau cari santan, my husband call cakap santan takde, dah habis. Yang tinggal cuma santan powder. Alahai, tak biasa pulak masak guna santan powder ni. Saya cakap kat my husband, tak perlu belilah, kita masak yang lain dulu.

Sambil sambil tu saya selongkar la juga peti doraemon saya tu, manalah tau kot kot terkeluar santan sekotak. Fuhhh....siapa sangka, memang ada santan dalam esbok tu. Bukan la santan kotak tapi santan dalam plastik seperti tofu telur tu. Tengok expired date dia lambat lagi, kira ok lah tu kan. So, berjayalah juga masak Gulai Tulang & Rebung Masam malam ni.

Bahan bahan
500 gms tulang lembu - rebus hingga empuk ( saya gunakan pressure cooker)
2 sudu besar serbuk kari daging ( saya guna serbuk kari dari Kelantan )
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia *
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili besar hijau - dimayang
250 ml santan
Air rebusan tulang
2 sudu cili giling
Sedikit kerisek
Minyak untuk menumis
Rebung Jeruk
Garam dan gula secukupnya

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili hijau hingga layu. Masukkan bahan kisar, rempah kari, cili kisar, daun kari, kulit kayu dan bunga lawang.
2. Biarkan rempah masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air rebusan tulang supaya rempah tidak hangit.
3. Masukkan santan pekat dan air rebusan tulang bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai.
4. Masukkan tulang dan rebung masam yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai. Biarkan kuah hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
5. Masukkan kerisek dan gaul sebati. Biarkan seketika sehingga gulai masak.

Sambal Bilis & Kentang

 
Tekak ni terasa nak makan sambal tumis ikan bilis. Kebetulan ada kentang yang dah nak menopos kat dapur, saya campurkan sekali dalam sambal tumis ikan bilis saya. Ok juga kan, takdelah membazir sebabnya saya ni suka sangat beli kentang. Hari tu masa hari Jumaat sebelum balik kg, sempat lagi shopping kat TESCO Xtra sebab my mom kirim nak beli barang. Ternampak kentang besar terus ambik tapi bila nak pergi bayar punyalah ramai org beratur dengan barang penuh satu troli. Dah la kaunter sikit, terus letak balik kentang dan terus keluar. Padahal kat rumah masih ada 2 ketul kentang lagi. Kira tamak haloba la juga tu....

Sunday, January 2, 2011

Acar Buah


Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Moga tahun baru membawa seribu satu kebahagian dan kesihatan yang baik pada kita semua. Hari ni baru berkesempatan menjengok blog sebab 3 hari saya di kampung. Dah lama tak balik kampung walaupun my parents baru je datang rumah. Yelah, sesekali kena la jengok kampung halaman, jangan sampai orang kata lupa daratan pulak.
Tapi tak berjalan ke mana mana pun sebab hujan turun menyebabkan malas nak bergerak. Bila dah duduk dalam rumah, kesejukan apalagi asyik makan makan dan makan sambil layan TV dan bersembang. Pagi tadi sebelum balik, my mom buatkan ACAR BUAH untuk saya bawa balik. Saya memang suka makan acar buah yg my mom buat sebab buah limaunya tak pahit dan banyak accessory lain dalam acar ni. Yelah, buat untuk makan sendiri, bolehlah letak macam macam, kalau nak jual susah sikit sebab cost tinggi, harga jual tinggi, takde siapa nak beli pulak. Ohhh I should stop here, nak meracau meraban dah ni.