Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Saturday, January 2, 2016

Bihun Celup @ Bihun Sup Siam



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Menyambut Tahun 2016 semoga membawa 1001 harapan. Apa yang telah berlalu tinggalkan sebagai kenangan.

Seminggu tanpa entry baru, agak sibuk bila hujung tahun. Atau boleh katakan buat buat sibuk...

Untuk entry pertama di tahun 2016, saya sajikan Bihun Sup Siam @ Bihun Celup.


Bahan bahan untuk sup
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih - dimayang
4 ulas bawang merah - dimayang
1 inci halia - dimayang
4 kuntum bunga cengkih *
1 kulit kayu manis *
3 kuntum bunga lawang *
3 biji buah pelaga *
1 batang serai
2 pokok ketumbar - ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya

Bahan sampingan
Bihun - rendam dan celur
Perut lembu yang telah direbus - potong saiz sesuai
Bawang putih goreng bersama minyak
Chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh - dicelur
Kangkung - dicelur
Limau nipis

Cara cara
1. Rebus tulang di dalam periuk tekanan sehingga empuk. ( Jimatkan masa )
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan semua bahan bertanda * hingga naik bau. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
3. Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula somtam dan juga garam. Matikan api.
4. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup. Bihun sup siam sedikit berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.

*** Bawang Putih Goreng penting sebab ia memberi kelainan pada rasa Bihun Sup Siam.

Selain sup tulang dan daging lembu, sup ayam juga boleh digunakan untuk bihun sup siam. 


Fried Garlic Oil


Bahan bahan
1 labu bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan minyak masak

Cara cara
1. Panaskan minyak, gunakan api perlahan. Goreng bawang putih hingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangus.
2. Jika hendak gunakan bawang saja, tapiskan. Jika tidak masukkan semua ke dalam bekas sesuai dan enak dinikmati bersama sama sup atau bubur nasi.





Jumpa lagi...



Saturday, August 20, 2011

Bihun Kari


Selalunya saya buat mee kari tapi semalam tukar selera sikit. Saya tukar mee dengan bihun. Not bad juga rasanya. Kebetulan ada balance bihun masa saya buat bihun sup 2,3 hari lepas. Tapi tak sempat letak entry pasal bihun sup utara sebab malas sungguh nak ambil gambar.



Bahan bahan

300 gms Ayam - potong kecil
1 cawan isi kerang yang telah direbus.
2 kumtum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih *
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang ptih **
1 inci halia  **
250 ml santan pekat
600 ml air (anggaran )
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kisar
1 packet rempah kari ( RM0.60)
1/2 cawan jus asam jawa
Sedikit tauhu pok
Sedikit fish cake
Sawi - dicelur
30 sen Taugeh  - dicelur
Minyak untuk menumis
Bihun - dicelur

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda ** hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati, biarkan seketika. Masukkan santan pekat, jus asam jawan dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Biarkan ia mereneh seketika, perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan isi kerang, fish cake dan tauhu pok.
4. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum dimatikan api dapur.
5. Masukkan bihun, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.



Bihun Kari & Accessories

Wednesday, July 6, 2011

Bihun Sup Utara


Salam di hari rabu.....

Sarapan pagi makan bihun sup okay tak?
Sebenarnya saya masak bihun sup utara ni untuk dinner malam tadi. Petang semalam masa sampai rumah lebih kurang pukul 6.15 ptg. Masuk rumah terus tekan suis kat tepi pintu, rasa pelik pulak kenapa kipas dan lampu tak berfungsi. Masa masuk tadi saya boleh je buka gate dengan remote, so saya agak mungkin main suis ada problem. Bila check ok je, lepas tu terfikir mungkin saya terlupa bayar bill electric agaknya.

Then call my husband, cerita dengan dia yang rumah tak ada elektrik. First thing yang keluar dari mulut dia ialah " you tak bayar bill ke?". Ada ka... Then saya keluar, kebetulan nampak maid jiran kat luar. Lepas tanya dia baru tahu yang black out sejak pukul 1 tengah hari lagi.

So saya agak sekejap lagi ok la sebab jarang black out, pernah sekali dua rasanya tapi tak adalah lama sangat. So sementara tu saya rendam bihun, masak sup guna dapur sebab Pressure Cooker tak boleh guna. Pukul 7.30 mlm my husband call tanya dah ok ke tak, saya cakap belum lagi so dia cakap takpelah dia belikan satay dan donut. Saya pesan belikan lilin sebab kat rumah memang tak ada lilin. 

Saya terpaksa tunggu kat luar rumah sebab kat dalam rumah terlalu gelap dan panas. Sampai pukul 8.30 mlm, my husband tak sampai rumah lagi sedangkan dari tempat dia call ke rumah hanya lebih kurang 15 minit saja. Rupa rupanya dia ke hulu kehilir cari lilin, semua kedai kat situ kehabisan lilin, akhirnya dia beli torch light yang agak besar. 

Dan malam tadi kami dinner kat laman rumah dengan bertemankan torch light. Hanya makan satay dengan donut. Electric ada semula lebih kurang pukul 9 malam, so saya sambung masak, tapi my husband dah tak mahu makan. Jadi pagi tadi kena sarapan dengan bihun sup la jawabnya.


Bahan bahan
1/2 packet bihun ( Saya guna EKA, packet hijau )
1 sudu makan serbuk kunyit
Air Secukupnya

Rendam bihun bersama sama serbuk kunyit hingga kembang, anggaran 30 -45 minit ( mengikut bihun yg saya gunakan ). Tuang airnya, masukkan air mendidih dan rendam hingga bihun menjadi lembut. Toskan.

Bahan untuk sup
500 gms tulang lembu
200 gms perut lembu
1 packet rempah sup tulang
1 1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan lada sulah
1 keping asam gelugor anggaran besar 1/2 ibu jari.
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci tulang dan perut lembu, potong saiz sesuai. Masukkan ke dalam periuk bersama sama air secukupnya. Masukkan sebatang sudu stainless steel - Petua untuk lembutkan daging.
2. Rebus hingga empuk, kalau perlu boleh tambahkan air. Keluarkan sudu stainless steel tadi.
3. Di dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi rebusan tulang dan perut lembu. Tidak perlu masukkan minyak tumisan. kemudian masukkan rempah sup tulang dan asam keping.
5. Panaskan kembali, perasakan dengan garam dan lada sulah. Bila sudah cukup rasa bolehlah dimatikan api.
6. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuang kuah dan tambah dengan bahan bahan lain seperti isi daging,perut lembu, jeruk aisin, daun bawang, bawang goreng dan cili.