Sunday, January 31, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Yang ni salah satu menu favorite my husband.

Ini antara menu masakan yang paling kerap dimasak kat rumah ni. kalau beli ketam je, mesti tanya my husband dia nak makan masak lemak cili api atau just rebus serai cam tu je. Tak pun goreng cam goreng ikan tu. Kalau masak yg selain dari ni, kurang sikit la dia makan. tapi hari ni buat kurang pedas sikit sebab perut masing masing tak berapa nak sihat.

Kerapu Goreng Bersambal


Hari ni awal awal lagi dah bersiap nak pergi survey Gazebo. Mak oiii punyalah mahal, bila tanya berapa harga yg paling murah? Jawab penjual tu,.... RM9000. Itu yg paling murah.

Terdiam sekejap, adoi, sayangnya duit yg tak seberapa nak ada tu. Tapi my husband cakap, nanti kita cari cari lagi, yelah bukan urgent sangat. Mungkin ambil masa sikit. Back to today's lunch, saya masak Kerapu Goreng bersambal. Malas nak fikir nak masak apa sebab dah separuh hari merayau, ingat nak lunch kat luar je. Tapi bila fikirkan semalam saya dah beli barang basah yg agak byk juga, jadi kenalah balik makan kat rumah. Lagipun malam nanti nak dinner kat luar.

Saturday, January 30, 2010

Cendol


Hari ni panas sungguh, tapi ada nampak tanda tanda nak hujan... Jadi meh la minum cendol.

Saya singgah Pasaraya HERO, beli cendol yg dah ready made dan beli santan sekali. Kat rumah memang dah ada gula melaka dalam bentuk cecair, jadi lagi senang kerja akak. Campur, gaul gaul dan terus minum.

Friday, January 29, 2010

Gazebo / Wakaf / Pondok


Pinjam gambar dari Mudah.com

Kebelakangan ni my husband sibuk mengemaskinikan tanah tepi rumah yg sekangkang semut tu. Maklumlah sebelum ni dia sibuk jadi terbia je lah. Since dia tengah free sekarang, ada je yg dia nak buat. Lantaklah yeop, asal deme suke. Hari tu dia bagitau saya yg dia nak buat gazebo / wakaf kat tepi rumah. Saya sure la senyum sampai belakang kepala bila dengar. So sekarang dalam proses survey harga dan design.

Nak buat yg simple je, maklumlah tanah tu "luas" sangat kan. Lagipun harganya boleh terduduk juga bila mendengornya. Tengoklah, jadi ke idak pondok tu....

Thursday, January 28, 2010

Breakfast pagi ni...


Sorry lah guys, seminggu ni memang asyik tayang menu breakfast saya yg malas malas gitu...

Malam tadi dinner dengan bihun sup bungkus je. Dah 2 minggu tak jengok pasar, mesti org kat pasar tu dah rindukan saya agaknya.. hehehehe perasan sekejap.

Wednesday, January 27, 2010

Lempeng pisang


Teringat dulu dulu, arwah nenek saya suka buat lempeng pisang cam ni. Ada org gelar "PEKNGA" mungkin singkatan daripada tempek kat belanga. Kot la....


Memang sedap makan panas panas dengan kopi o ke. Yelah makanan org dulu dulu, tapi kat Restoren Haslam masih ada jual makanan ni.

Tuesday, January 26, 2010

Jus Tembikai & Laici


Malam ni takde enty makanan. Saya sibuk sangat sampai tak sempat masak.

Dah beberapa hari asyik makan makanan bungkus. Malam ni pun makan KCF. Mungkin minggu ni minggu makan luar je la kot. Tapi saya sempat buat jus tembikai dengan laici ni sebab tak nak minum air gas.

Monday, January 25, 2010

Mee Siput


Mee Siput yg saya beli kat Ayer
hitam

Masa kat Ayer Hitam, saya nampak org jual mee siput ni. Saya pernah dengar pasal makanan ni tapi belum pernah makan atau masak sendiri. So any idea how to cook?

Sunday, January 24, 2010

Tiramisu


Hari ni mari kita makan Tiramisu


Bahan Bahan

400 gm Biskut Ladyfingers
500 gm Keju Mascarpone
300 ml bancuhan kopi
120 gm gula
4 biji telur
Serbuk koko untuk hiasan

Cara cara

1. Pukul kuning telur, gula di dalam bekas sehinggan gebu. Masukkan keju mascarpone dan kacau dengan lembut hingga sebati.
2. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga soft peak, kemudian masukkan ke dalam campuran keju dan kuning telur tadi. Gaul sebati.
3. Celup biskut lady fingers ke dalam bancuhan kopi, susun dalam bekas yg sesuai.Susun biskut hingga membentuk satu lapisan.
4. Tuang campuran keju hingga menjadi satu lapisan. Ulang proses hingga selesai.
5. Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam. Sebelum hidang, taburkan dengan serbuk koko.

Saturday, January 23, 2010

Sup Ikan Merah


Dah lama tak masak sup ikan...

Malam tadi cuma masak sup ikan je. Sedap juga hirup sup panas dan makan dengan nasi putih.

Bahan Bahan

Sebelah kepala ikan merah - dibersihkan dan di tos
1 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris nipis
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
Sedikit lobak merah
Sedikit bunga kobis
2 biji kentang - dipotong saiz yg sesuai
1 kiub ikan bilis
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Air
Sup bunjut

Cara cara

1. Tumis bawang besar, putih, halia dan rempah penumis hingga naik bau.
2. Masukkan air,sup bunjut,kentang,lobak merah dan kiub ikan bilis. Biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan kepala ikan merah dan kobis bunga. Kacau perlahan, perasakan dengan garam.
4. Jangan biarkan ia mendidih terlalu lama kerana isi ikan akan hancur. Penting menggunakan ikan yg segar.

Friday, January 22, 2010

Calamansi Juice with Assam Boi


Jus Limau Kasturi dengan Asam Boi

Tapi nak bagi glamer sikit, letak le Calamansi Juice. Padahal buah limau kasturi je...

Apalah nak jadi!!!!!



Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang......

Seminggu dua ni kerap pulak keluar berita tentang "SiTanggang Moden". Tak taulah apa nak jadi, anak cerita cam ni, ibu/bapa cerita cam tu. Yelah kita orang luar tak tau apa cerita sebenar antara mereka. Hanya mereka mereka dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.

Tapi pada pendapat saya yang tak berharga ni, seburuk buruk atau sejahat jahat ibu/bapa kita, mereka tetap ibu bapa yg melahirkan kita. Selagi mereka bernafas, cubalah bertolak ansur dan menggembirakan mereka. Walau kadang kala kita tak bersetuju dengan mereka. Org tua tua kata, kalau kita buat perkara buruk pada ibu bapa, esok anak anak pula buat perkara yang sama pada kita. Jadi..... Lu Fikirlah Sendiri.

Dulu, org selalu cakap pada saya, " Ha , engkau takde anak. Esok esok bila dah tua siapa nak bela." Tapi sekarang, walau ada anak berderet deret pun belum tentu boleh bela ibu/bapa.

Thursday, January 21, 2010

Tapai Pulut


Actually tapai pulut ni "accidentally" terbuat.

Tak de plan nak buat pun. Hari Isnin lepas, my mom ada kat rumah, so tengahari tu dia nak masak untuk lunch. Saya pulak terlupa nak bagitau yg dalam tong beras tu ialah beras pulut. Sebab selalunya ambik beras beras dalam tu, dia pun ambik dan basuh nak masak. Masa dok basuh baru dia perasan kenapa beras ni nampak cam pulut.
Sebab dah basuh, dia masak jugalah. Lepas tu selongkar peti Doraemon saya, dia jumpa ragi dan daun pisang yg dah nak expired tu. So terhasillah Tapai Pulut. Manis you...

Wednesday, January 20, 2010

Kari Ikan Bawal



Selalunya saya buat kari guna kepala ikan, tapi hari ni saja tukar selera pulak. Guna ikan bawal hitam.

Daging Bakar & Air Asam


Dah beberapa hari saya tak masak, jadi hari ni kenalah masak sebab dah naik jemu asyik makan makanan bungkus.



Dah lama tak pekena daging bakar dengan air asam. C0nfirm tak angkat kepala la makan nasi.

Tuesday, January 19, 2010

Pancake Geseng


Hehehehe...hari ni jamu my parents makan pancake geseng.

Maaf buat teman teman yg tinggalkan message kat chat box. Tak sempat membalasnya lagi sebab agak sibuk. Terkejar ke sana terkejar ke sini. Nanti bila senang senang saya jawab ye. Pagi tadi buat pancake terhangit sikit. Kebetulan hujan, nak cepat takut tersangkut dalam jem. Maklumlah, Shah Alam sekarang ni bukan main teruk juga jemnya tambahan kalau hujan. Hari ni pun sampai dah pukul 9 lebih.

Monday, January 18, 2010

Jalan Jalan Ayer Hitam


Keluar dari Melaka, terus lajak ke Ayer Hitam. Tak beli pasu pun, saja my parents nak tengok tengok. Saya pun dah lama tak pergi, rasanya kali terakhir 5 tahun lepas. Masih tak banyak yg berubah.



Alahai, cik abang siapalah yg saya terambil gambar ni. Sorry la ye, tak perasan la pulak...



Sarang Lebah


Punyalah besar sarang lebah ni

Masa dok leka berjalan kat Banda Hilir, tiba tiba terperasan ada sarang lebah kat atas pokok. Nasib baik tak kena kejor dek lebah...

Jalan Jalan Melaka Part


Masa ni jalan jalan kat Banda Hilir.









Jalan Jalan Melaka Part 1


Actually saya dan suami plan nak pergi lepak kat Port Dickson je last weekend. Tapi last minute tukar plan sebab my parents ajak ke Melaka. Katanya nak tengok dan jalan jalan kat Bandar Melaka. So kena la tukar plan, takpelah nanti bila senang boleh pergi PD berdua je.


Kami nampak ramai org naik River Cruise, teringin pulak nak merasa, jadi kami ambil ticket malam. Cantik sikit pemandangan dengan lampu dan neon.








Sunday, January 17, 2010

I'm backkkkkk

Alhamdulillah, saya dah selamat sampai ke rumah dari jalan jalan cuci mata dan cari makan.
Masih kepenatan yang amat sangat ni, nanti bila dah reda sikit, barulah saya update tentang jalan jalan saya ye.

Friday, January 15, 2010

Pannacotta with Strawberry Jelly


Sorry la ye, hari ni entry berderet sikit sebab akak nak cover yg dah berapa hari kurang entry.

Resepinya nanti nantilah ye, saya sibuk sikit. Maklumlah nak kena siapkan kerja kalau tak nanti tak boleh pergi jalan jalan.

Updated.

Bahan bahan
1 cawan fresh cream
2 cawan susu segar
1/4 cawan gula ( ikut kemanisan yg disukai )
10 gms serbuk agar agar ( kalau suka lembut, kurangkan sikit )
Strawberry jelly jenama Nona
Buah strawberry untuk hiasan

Cara cara
1. Panaskan susu segar bersama fresh cream dan gula dengan api yg sederhana kuat supaya susu tidak mendidih dengan cepat.
2. Masukkan serbuk agar agar, kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Sementara menunggu pannacotta tadi sejuk, masak strawberry jelly mengikut arahan di paket. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Bukan beku ye.
5. Tuang jelly ke dalam bekas pannacotta perlahan lahan supaya tidak bercampur. Letakkan buah strawberry sebagai hiasan.
6. Sejukkan di dalam esbok sebelm dinikmati.

P/s - Ada org guna gelatine, tapi bagi saya yg tak cukup masa dan malas nak tunggu lama, saya lebih suka guna serbuk agar agar.

Udang Bakar Geseng


Hehehehe....Udang ku terlebih garing.

Inilah akibatnya kalau sambil masak sibuk nak tengok TV. Sekejap ke depan sekejap ke belakang, sedar sedar udang dah terlebih "TAN" pulak. Ini kes nak habiskan stok barang basah sebab hujung minggu ni saya nak gantuk periuk belanga lagi sebab nak pergi jalan jalan cuci mata dan melahap la pulak. Tension oooo makcik dah seminggu banyak kerja, jadi kena la manja manjakan diri sesekali. Betul tak? Sape nak ikut?

Siakap Goreng Taucu


Siakap Goreng Taucu saya terkering sikit, patut kena ada kuah sikit sikit....

Sekarang ni saya dah jarang ke pasar, selalunya saya akan ke Pasar Seksyen 6 sebab seafoodnya lebih fresh walaupun harganya pun agak lebih. Tapi memandangkan hanya kami berdua je yg nak makan, saya kira kalau lebih sikit pun tak mengapa. According to my husband, kerja teruk teruk, jadi jangan berkira sangat kalau nak makan selagi tidak membazir.

Tapi sejak 2 minggu ni ada kedai ikan fresh yang yg menjual fresh seafood dari negeri SABAH. Udang dan sotongnya besar dan segar. Ikan ikan pun memang nampak fresh sangat. Saya dah tinggalkan phone number, setiap kali ikan baru sampai dari Sabah, mereka akan SMS saya.

Sweet & Sour Prawns


Dah beberapa hari asyik makan makanan bungkus je, semalam paksakan diri juga memasak. Kalau tak nanti lupa pulak camne nak pegang senduk. Wakakakaka.....

Sehari dua ni saya try ambil gambar menggunakan full manual setting and manual focus. Selalunya saya gunakan manual setting tapi still auto focus, tapi kali ni nak rasa macam mana kalau kita guna manual focus pulak. Untuk beginner, saya rasa ok juga la, walau lenguh juga tangan nak pegang kamera dan pusing lense sampai gambar nampak clear.

Eh melalut pasal kamera la pulak. Resepi ni sama je dengan resepi ikan masak masam manis, cuma tukar dengan udang je.

Thursday, January 14, 2010

Roti Telur



Minggu ni saya memang agak kepenatan sebab kerja yang agak banyak ( Alhamdulillah, byk la juga rezekinya). Bila dah sampai rumah memang tak lalu nak memasak. Dah beberapa hari kami beli makanan yg dah siap masak. Ingatkan semalam nak start memasak, dah siap beli barang basah pun. Last minute, my husband cakap tak payah masak, beli je. So tengoklah bila free sikit baru start masak. Pagi tadi cuma buat roti telur je. Roti pun dah nak expired.

Tuesday, January 12, 2010

Breakfast pagi tadi.....



Dah 2 hari saya sibuk sangat sampai tak sempat nak masak. Campur dengan MALAS yang TERAMAT BESAR dok atas kepala. Nak update blog pun tak sempat. Maaf la ye, memang tak sempat nak merayap rumah kawan kawan buat masa ni, nanti bila ada terluang, saya gi tadah pinggan, kot kot la ada sudi boh isinya. Padi tadi sempat buat telur separuh masak dengan bread toast je.