Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

Homemade Telur Asin & Kacang Botol


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ini my husband tiba tiba suka pula makan telur asin. Kalau dulu memang jarang sangat dia sentuh kalau saya masak. Sekarang dah jadi favorite pula. Selalunya saya beli yang dah siap di pasaraya yang dibalut dengan sekam berwarna hitam. Ada sekali saya jumpa di pasar tani yang dijual tanpa sekam. Rasanya kurang masin berbanding yang dibalut dengan sekam.

So terfikir kenapa tidak buat sendiri? Kita boleh control tahap kemasinan yang kita suka. So google jumpa resepi Telur Asin dari blog Amie's Little Kitchen. Saya ikut resepi dari blog Amie cuma saya kurangkan sedikit kuantiti garamnya. Jadi untuk permulaan saya hanya buat untuk 6 biji telur itik bersaiz sederhana. Alhamdulillah dah boleh makan dan rasa masinnya sedang elok untuk selera saya.
  


 Sebelum bulan puasa, my husband semai biji benih kacang botol. Semuanya ada 6 bekas tapi cuma 1 bekas yang hidup. Boleh nampak pokok kacang di belakang gambar telur asin, bukan main merimbun lagi. Buahnya banyak sampai tak larat nak makan. Jadi rezeki kawan kawan dan jiran la nampaknya.

Wednesday, January 16, 2013

Cendawan Goreng Tepung


Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Tiba tiba tekak terasa nak makan cendawan goreng tepung pulak. Ini gara gara hari ahad lepas masa ke pasar tani, saya nampak peniaga tu tengah menggoreng cendawan tiram ni. Aduhai rasa macam nak beli tapi asyik teragak agak je...

Jadi semalam saya singgah beli cendawan tiram kat pasaraya sebelum balik rumah. Mesti sedap kan makan masa masih panas. Sebelum ini saya tak pernah cuba lagi, itu yang membara nak buat juga semalam.


Resepi saya ambil dari internet tapi dah lupa linknya. Tapi kebanyakannya menggunakan bahan yang lebih kurang sama.

Bahan bahan
250 gms cendawan tiram
50 gms tepung gandum
50 gms tepung beras
40 gms tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur
1 sudu makan serbuk cili - ini saya letak
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci cendawan tiram, toskan dan perahkan sedikit supaya air basuhan yang tinggal menjadi minima.
2. Bancuh semua bahan kecuali cendawan menjadi seperti kita hendak menggoreng pisang atau keledek.
3. Panaskan minyak, celup cendawan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keemasan. Buat hingga habis.
4. Ada orang suka makan dengan sambal kicap, tapi saya makan dengan sos cili je.

Monday, July 9, 2012

Kacang Buncis dan Cendawan Goreng



Salam,

Kali ini saya cuma letak satu masakan sayur yang simple dan senang untuk disediakan. Dah 2, 3 hari bahu dan leher saya sakit, agaknya salah tidur atau ada setengah org gelarkannya "Salah Bantal". Orang lain bau perfume wangi semerbak, saya pula bau minyak urat. Seksa juga bila nak palingkan leher, especially bila ada orang panggil dari belakang.

Saya masih ada banyak stok cendawan shiitake di dalam peti ais, terfikir nak masak apa agaknya. Cari cari terjumpa satu resepi mudah dari Steamy Kitchen. Saya ni memang sukakan resepi yang mudah dan cepat terutamanya hari bekerja.


Sayur Goreng Kacang Buncis dan Cendawan

Bahan bahan
100 gms kacang buncis - potong 2
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara

1. Panaskan kuali (wok), masukkan 1 cawan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kacang buncis dan  
   biarkan ia stim lebih kurang 2 minit. Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cendawan, goreng sebentar hingga layu. Kemudian masukkan kacang buncis dan kacau sebati.
3. Masukkan bawang putih dan sos tiram. Gaul sekata dan perasakn dengan garam jika perlu.
4. Angkat dan hidangkan bersama sama nasi hangat dan lauk yang lain.


Friday, March 30, 2012

Kailan Ikan Masin



Salam di Hari Jumaat....


Hari ini Shah Alam dibasahi hujan sejak pukul 3 pagi tadi. Baru saja berhenti, rasanya beberapa tempat di Klang dilanda banjir kilat. Dulu masa saya tinggal di Klang, setiap kali hujan, mulalah rasa susah hati sebab risau dengan rumah. Beberapa kali hujan malam, bangun pagi air dah paras betis di tingkat bawah. Perabut yang rosak akibat air banjir, lepas tu nak bersihkan rumah lepas banjir.... Memang memenatkan.

Maaflah, sejak kebelakangan ni hanya keluar entry menu yang simple je. Tidak berkesempatan hendak bereksperimen di dapur. Background gambar pun tak bertukar. 


Sudah agak lama juga tak masak sayur kailan ikan masin. Semasa saya ke pasar hujung minggu lepas, saya ke sebuah gerai yang khas menjual ikan masin. Ada pelbagai bagai ikan yang dijual dan penjual tu sempat mempromosi ikan kering yang sudah siap dipotong "stripe" atau memanjang. Mengikut katanya sesuai digunakan untuk masak Kailan Ikan Masin dan goreng untuk di makan dengan bubur nasi.

Teruja juga nak membeli bila terbayangkan kailan ikan masin dan bubur nasi. Tetapi saya hanya beli bungkusan kecil sebab risau terlalu masin atau tak menepati citarasa. Tetapi rasanya ok dan tidak masin. Next time boleh cuba goreng untuk dimakan bersama sama bubur nasi pula.

Bahan bahan

1 bungkus Baby Kailan - asingkan daun dengan batang. Hiris batang kailan dan rendam semuanya dalam air bersih.
50 gram ikan masin (anggaran)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cili merah
2 cili padi
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih, merah, cili merah dan cili padi hingga sedikit hancur.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan ikan kering dan goreng hingga ikan kering sedikit garing.
3. Masukkan batang kailan, biarkan seketika barulah dimasukkan daunnya pula. Masukkab sos tiram, jika perlu masukkan garam. tapi saya tidak letak garam sebab nak kurangkan garam.
4. Gaul sekata dan bolehlah diangkat.

Sunday, February 12, 2012

Sayur Bayam dengan Siput Mentarang


Hari ni suami saya ajak ke Kuala Selangor untuk dapatkan fresh seafood. Sejak dah ada port baru untuk beli fresh seafood, boleh katakan setiap 2 minggu kami akan ke sana. Pagi tadi kami keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi dan sampai balik ke rumah lebih kurang pukul 10 pagi.


Kat sini memang banyak seafood yang segar dengan harga yang reasonable. Yang penting apa yang kami nak ada di pasar ni. Antara yang selalu suami saya akan cari ialah Sotong besar, Siput mentarang, Udang Kertak, kepah dan beberapa jenis ikan lagi.

Rasanya siput mentarang ni ada musim juga, sebab bukan hari hari boleh kita jumpa di pasar. Kebanyakannya di bawa dari Tanjung Karang atau dari Utara tanahair. Siput ni biasanya di dapati di kawasan tanah berlumpur. Kulitnya agak nipis tapi tajam. Saya pernah nampak orang masak lemak cili padi dengan batang keladi. Dan selalunya mereka masak dengan kulitnya sekali. Tapi saya selalu masak siput ni dengan sayur bayam dan saya akan asingkan isinya dari kulit, lebih senang untuk dimakan.


Sayur Bayan dengan Siput Mentarang

Bahan bahan
1 ikat sayur bayam - potong saiz yang sesuai
Isi siput mentarang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
Sedikit belacan
Garam
Air secukupnya

Cara cara

1. Masukkan air, bawang merah, cili merah, belacan dan didihkan.
2. perasakan dengan garam, masukkan daun bayam dan biarkan seketika hingga daun bayam layu.
3. Matikan api dan hidangkan bersama nasi putih.


Sambal tempoyak dengan timun

Wednesday, July 13, 2011

Sayur Buncis Goreng Udang


2,3 hari ni badan rasa tak bermaya saja, rasa malas lebih banyak dari rajin. Mungkin sebab cuaca yang agak panas dan udara yang sedikit berjerebu.
Pagi semalam saya sempat ke pasar sebab barang basah memang tak ada di rumah. Tapi bila balik kerja semalam, rasa macam malas nak memasak. Kebetulan my husband pun tak berapa nak berselera nak makan, jadi saya memang masak sesimple yang mungkin.

Jadi saya masak sayur goreng buncis dengan udang, ada sayur dan lauk sekali. Senang kerja saya. Rasanya seminggu ini menu kat rumah saya akan penuh dengan sayur sayuran sebab nak kena habiskan stok sayur yang beli di Cameron Highland. Nak sedekah kat jiran sebelah rumah pun rasanya dah 2 bulan dia tak jengok rumahnya.

Jadi sila jangan muntah hijau kalau asyik menu sayur je yang keluar lepas ni.




 

Thursday, July 7, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku


Salam di pagi Khamis...

Malam tadi saya masak Pucuk Paku Masak Lemak dengan Ikan Bilis. My husband dia nak makan bihun sup utara sebab malam tu dia tak sempat makan. Saya masak nasi juga sikit sebab takut tiba tiba dia nak makan nasi pulak.
Entah kenapa tiba tiba tekak terasa nak makan masak lemak pucuk paku....

Dan yang paling buat ia bertambah tambah sedap sebab ada ikan gelama masin dan sambal belacan kaw kaw punya.


Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - dipotong saiz yang sesuai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 biji cili padi
4 cawan santan dari 1 biji kelapa - anggaran
Segenggam ikan bilis - anggaran
Garam

Cara cara
1. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan kunyit. Masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan ikan bilis dan santan ke dalam periuk dan masak hingga hampir mendidih.
3. Masukkan daun pucuk paku, kacau biar sebati. Pastikan memasak dengan api perlahan supaya santan tidak berketul.
4. Perasakan dengan garam, bila pucuk paku sudah masak dan layu bolehlah tutup api.



Sambal belacan dan gelama masin

Tuesday, June 14, 2011

Sayur Lodeh Hati Ayam

Sayur Lodeh Hati Ayam

Biasanya menu ini dimasak pada hari raya, tapi sekarang sudah menjadi salah satu menu sarapan di kedai makan atau restoren. Silap silap kat restoren mamak pun ada jual, maklumlah apa yang takde kat kedai mamak tu. Thai food, Chinese food even western food pun ada. Bak kata bebudak sekarang ni, " You name it, you got it". hehehehehe... 

Resepi Sayur Lodeh Hati Ayam ini saya ambil dari Majalah RASA, tak ingat bulan berapa, rasanya menu sempena Bulan Syawal kot. Memandangkan saya malas nak buat sambal tumis, saya buat ia sedikit pedas, lagipun bukan ada budak kecik kat rumah.


Saya akan berikan resepi asal dari Majalah RASA, tapi seperti biasa saya kurangkan kuantiti sebab ahli kat rumah ni tak ramai.

Bahan A
1/2 kg hati aya,
100 ml minyak masak

Bahan B (dikisar)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup

Bahan C (disangai)
30 gms biji ketumbar
20 gms jintan manis
20 gms jintan putih

Bahan D
50 gms udang kering
80 gms cili kering dikisar
1 1/2 liter santan
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Bahan Bahan Sayur
Lobak merah
Kacang Panjang
Kubis Bunga
Kubis Bulat
Terung Panjang
Tauhu
Tempe
Fucuk - rendam hingga lembut
Suhun - rendam hingga lembut

Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis Bahan B dan Bahan C hingga berbau harum. Kemudian masukkan udang kering dan cili kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik minyak atau cili masak.
2. Masukkan hati ayam dan biarkan hingga hati ayam masak. Masukkan santan dan sayuran yang keras terlebih dahulu.
3. Apabila santan mendidih, masukkan sayuran yang lembut dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi impit.






Sayur Lodeh Hati Ayam dimakan bersama nasi impit/ ketupat nasi aka Lontong



Thursday, April 14, 2011

Siew Pak Choy & Cendawan bersos Tiram


Menu dinner malam ni ialah Siew Pak Choy & Cendawan bersos tiram.

Bahan bahan
2 pokok Siew Pak Choy
3 kuntum cendawan shiitake
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 cm halia - dimayang halus
1 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih - diracik halus dan digoreng hingga wangi, tos dan ketepikan.

Cara cara
1. Cuci sayur siew pak choy sehingga bersih. Kukus sayur siew pak choy bersama cendawan lebih kurang 5 minit. ( Kalau nak rebus pun ok )
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yg dimayang, bawang merah dan halia hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram dan air bergantung pada kuantiti kuah yang dikehendaki. Biarkan hingga mendidih dan tambah perasa jika perlu.
4. Susun siew pak choy dan cendawan di dalam bekas, tuang sos tiram yang di masak tadi ke atasnya. Taburkan dengan bawang putih yang digoreng tadi.

Friday, April 1, 2011

Paceri Terung

Paceri Terung

Bahan-bahan

2 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging
1 1/2 cawan santan pekat
1btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
minyak untuk menumis
3-4 biji belimbing buluh(optional)
3-4 biji lada hijau(optional)
1/4 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara-cara

Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.
Kalau suka boleh tambah kerisik sikit.

Tuesday, March 29, 2011

Asam Rebus Keladi

Asam Rebus Keladi

Malam tadi dinner dengan Asam Rebus Keladi. Kalau tak silap saya, orang sebelah utara selalu makan sayur keladi dengan nasi ulam. Saya belum pernah cuba lagi tapi it sounds delicious.... Nanti kena cari daun ulam ulaman dulu dan pastinya kena buat during weekends.

Bahan bahan

2 batang keladi
1 ketul ubi keladi
3 keping asam gelugor
100 gm udang kering
1 tangkai daun kesum
4 ulas bawang merah
80 gms cili kering
Sedikit belacan
Sedikit kunyit hidup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
  • Keladi dan ubi keladi dibersihkan dan dipotong, celurkan dengan 2 asam keping. Biarkan keladi layu dan ubi empuk, buangkan airnya. tos dan ketepikan.
  • Kisar bawang merah,kunyit hidup,cili kering dan belacan. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan air secukupnya, udang kering,asam keping dan daun kesum. Didihkan.
  • Setelah mendidih, masukkan keladi yg telah dicelur tadi. Perasakan dan bolehlah diangkat.

Tuesday, December 21, 2010

Kobis Kacau Goreng

 
Dah agak lama tak masak sayur kat rumah ni. Maklumlah yg sorang lagi tu species karnivor dan saya ni species omnivour. Tapi ada sekali tu, rasanya last week teringin sangat nak makan nasi kandar/mamak. My husband ajak makan kat Glenmarie, ada satu kedai makan mamak nasi ganja diorang gelar. Sebabnya kalau dah makan memang ketagih je....itu kata kata geng geng mamak la. Selalunya my husband pergi makan dengan geng geng mamak dia lah, saya ada la sekali dua je ikut. Tapi saya memang suka sayur kobis yang selalu ada kat restoren mamak.

So semalam balik kerja singgah beli kobis dengan karot semata mata sebab teringin nak makan sayur ni. Dah tentu tentu saya sorang je la yang menghabiskannya...

Bahan bahan
Kobis bulat - dihiris
Karot - diparut memanjang
Bawang besar - dipotong bulat
Bawang putih - dimayang
Cili merah - dipotong menyerong
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit biji sawi
Sedikit udang kering
Minyak untuk menumis

Cara cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, biji sawi dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan kunyit, kemudian masukkan kobis dan karot. Kacau biar sebati.Masukkan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
3. Perasakan dengan garam, biarkan seketika dan bolehlah di angkat. Saya suka kobis ni tidak terlalu lembik.

Thursday, July 22, 2010

Kailan With Salted Fish

Semalam masak Gulai Sotong untuk my husband dan since saya tak nak makan gulai, saya masak sup ayam untuk diri sendiri. Tapi malas nak ambil gambar. Semalam teringin nak makan sayur kailan dengan ikan masin. My husband pulak kutip ikan masin atas sayur tu je. Apalah makan sayur cam ni katanya.Simple dish tapi boleh bertambah tambah nasi.

Kailan with Salted Fish my Style

Bahan bahan
Beberapa batang sayur kailan - dicuci dan toskan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
100 gms isi ikan talang - anggaran- dipotong kiub
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak masak
1 sudu makan minyak bijan

Cara cara
1. Didihkan air, masukkan minyak bijan dan celur sayur kailan sekitar 5 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.Masukkan isi ikan dan goreng hingga masak.
3. Masukkan sos tiram dan gaul hingga rata. Angkat.
4. Susun sayur kailan di dalam serving plate, tuangkan ikan masin tadi ke atasnya. Sedia untuk dinikmati bersama sepinggan nasi putih.

Tuesday, February 23, 2010

Pajeri Terung




Dah beberapa hari beli terung. Takde plan nak masak apa pun sebenarnya. Masa kat pasar tu, main ambik masuk bakul je.
Bila buka peti ais, nampak terung ni tapi dok fikir nak masak apa. Lastly malam ni saya buat pajeri terung. Buat sebiji terung je sebab my husband tak suka. Dia lebih prefer pajeri nenas. Resepi saya ambil dari Nadia@MyR.

Monday, January 4, 2010

Kobis Goreng Simple


kalau pergi kedai mamak, selalu nampak sayur kobis dia goreng lebih kurang cam ni. Selalunya saya akan minta lebih sikit. Malam ni nak cuba masak, main campak campak je lah. Agak agak je apa yg dia gunakan.
Bahan bahan

200 gms kobis bulat - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai cili merah - dihiris
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit lobak merah - dihiris
1 sudu kecil chicken granules

Cara cara

1. Panaskan minya, tumis bawang besar, kunyit, biji sawi dan daun kari.
2. Masukkan chicken granules dan kacau rata. Kemudian masukkan kobis, cili merah, lobak merah dan kacau goreng buat seketika.
3. Perasakan dengan garam. Gaul rata dan biarkan hingga masak.

Sunday, December 20, 2009

Terung Goreng Sambal Bilis



Dah lama saya tak masak sayur terung bersambal cam ni. Selalu beli terung kalau nak masak gulai ikan je. Hari Jumaat lepas saya merayap ke AEON Bukit Tinggi, ternampak terung bulat lonjong yg digelar AUBERGINE.

Kalau takde lauk lain pun ok kalau ada sambal terung dengan ikan bilis ni. Makan pulak dengan nasi putih panas panas, fuhhh tak nampak dah kalau org lalu kat belakang.

Bahan bahan

1 biji terung "AUBERGINE"
Segenggan ikan bilis
2 sudu makan cili kering kisar
1 1 labu bawang besar dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 keping asam keping
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Sedikit belacan
1 sudu makan pati santan

Cara cara

1. Hiris terung secara bulat, gorengkan sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak.
3. Masukkan sedikit air,belacan dan air asam jawa, gaul rata dan masukkan ikan bilis. Biarkan ia mereneh seketika.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan pati santan dan gaul sekata.
5. Setelah sambal masak, masukkan terung yg telah digoreng tadi. Kaup balik dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti terung akan hancur dan lembik.

Sunday, December 13, 2009

Acar Rebung

First time saya makan acar rebung ni masa kenduri tahlil arwah my MIL. Sedaplah pulak tapi sebab buat tak banyak masa tu, jadi sempat la rasa sikit. Lepas tu terfikir kenapa tak buat sendiri kan, lagipun kat sini pun senang nak junpa rebung walaupun tak sama cam kat Perlis. So saya agak agak je lah bahan bahannya lagipun pernah nampak kat rumah TINTACYBER. Tapi ini saya buat versi saya yang simple je.

Bahan bahan

1 bungkus rebung jeruk ( yg color kuning tu ) - dipotong saiz yg sesuai
Sekit halia yg ditumbuk
5 ulas bawang merah di belah 2
5 ulas bawang putih dibelah 2
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan cuka
Garam secukup rasa
1/2 keping gula kabung
1/2 cawan air
Bijan untuk hiasan

Cara cara
  • Panaskan minyak, tumis halia, bawang merah dan putih hingga layu. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan gula kabung/melaka, sos cili dan sos tomato, tumis lagi hingga sebati.
  • Masukkan rebung dan gaul sekata.
  • Perasakan dengan cuka dan garam. Kalau perlu boleh masukkan sedikit air supaya rebung masak.
  • Biarkan ia merenih dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  • Semasa menghidang, taburkan sedikit bijan yg disangai terlebih dulu. (Optional)
  • Sedia dinikmati dengan nasi putih.

Friday, October 2, 2009

Sayur Petola Masak Air


Dah lama beno teringin nak makan sayur petola rebus cam ni jer. Alahai nikmatnya.....

Friday, August 14, 2009

Masak Lemak Umbut Kelapa dengan Perut

Dah lama teringin nak makan masak lemak umbut kelapa ni. Semalam masa pergi pasar, ada org jual umbut kelapa. Saya beli sikit je sebab nak rasa. Ok gak, sedap dan manis je rasanya.